Penghidap Resdung & Alahan Lebih Mudah Dapat Influenza?
Ramai yang tak tahu bahawa resdung dan alahan sebenarnya boleh menjadi punca utama sistem imun badan lemah. Bila imun badan lemah, tubuh lebih mudah diserang virus termasuk virus influenza yang menyebabkan demam, batuk dan selsema berpanjangan.
Kedua-dua masalah ini sering datang “berkawan” bila resdung atau alahan mula menyerang, sistem imun jadi keliru dan cepat letih. Akhirnya, badan kita tak cukup kuat untuk melawan kuman yang masuk.

KENAPA PENGHIDAP RESDUNG & ALAHAN MUDAH DAPAT INFLUENZA?
1. Sistem imun badan lemah
Menurut artkel hellodoctor, resdung dan alahan menyebabkan keradangan kronik dalam saluran pernafasan. Sistem imun yang sepatutnya melindungi badan terpaksa bekerja lebih masa melawan alahan menyebabkan tenaga dan sel imun semakin berkurang.
Hasilnya: bila virus influenza datang, badan dah “letih” dan sukar bertahan.
2. Saluran pernafasan lebih sensitif
Hidung tersumbat, lendir berlebihan dan sinus yang bengkak menjadikan persekitaran dalam hidung lembap dan sesuai untuk virus membiak.
Ini sebab penghidap resdung sering alami selsema atau batuk yang sukar sembuh.
3. Kekurangan nutrisi penting
Ramai yang tak sedar, kekurangan nutrisi seperti Vitamin C, Zink dan Omega-3 boleh menjejaskan kekuatan sistem imun. Tanpa nutrien ini, badan lambat membina sel pertahanan dan mudah dijangkiti virus.
CARA SEMULAJADI KUATKAN IMUN BADAN.
Berita baiknya, kita boleh bantu badan lawan virus dan kawal alahan secara semulajadi, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat tahan selsema.
Berikut antara cara dan nutrisi penting yang boleh diamalkan setiap hari 👇
CARA PERTAMA: Amalkan Vitamin C setiap hari
Vitamin C ialah antioksidan kuat yang membantu:
- Mengurangkan keradangan akibat alahan dan resdung.
- Meningkatkan fungsi sel imun seperti sel darah putih.
- Menyokong kesihatan kulit dan tisu, termasuk lapisan dalam hidung dan sinus.
Cadangan Shaklee:
Sustained Release Vita-C Plus — dilepaskan perlahan-lahan selama 5 jam untuk perlindungan berterusan sepanjang hari.
Sesuai untuk yang mudah selsema, kerap bersin atau hidung gatal akibat alahan.
CARA KE-2: Sokong imun dengan Nutriferon
Nutriferon bukan sekadar suplemen biasa. Ia merupakan gabungan eksklusif empat tumbuhan semula jadi (biji labu, safflower, honeysuckle & biji plantago) yang membantu aktifkan interferon semula jadi tubuh.
Interferon ni ialah barisan pertahanan pertama badan melawan virus dan bakteria.
Bila interferon aktif, badan lebih cepat kenal pasti virus seperti influenza dan melawannya sebelum ia merebak.
Sesuai diambil setiap hari terutamanya bila musim influenza atau bila terasa nak mula demam.

CARA KE-3: Kurangkan keradangan dengan Omega Guard
Minyak ikan Omega-3 daripada Shaklee mengandungi EPA dan DHA tulen, yang terbukti membantu:
- Mengurangkan keradangan sinus.
- Menstabilkan tindak balas alahan dalam badan.
- Menyokong fungsi paru-paru dan pernafasan sihat.
Pengambilan secara konsisten boleh bantu hidung lebih “lega”, kurangkan bersin, dan elak jangkitan berulang.
CARA KE-4: Tidur & rehat cukup
Kajian menunjukkan, tidur yang cukup membantu tubuh menghasilkan sel imun baharu.
Kalau selalu berjaga malam atau stres, imun sistem menurun dengan cepat menyebabkan jangkitan mudah berulang.
CARA KE-5: Minum air suam secukupnya
Air penting untuk mengekalkan kelembapan saluran hidung, mencairkan lendir dan membantu badan menyingkirkan toksin.
Tip: Campurkan sedikit lemon + madu asli untuk kesan antioksidan tambahan.
SOLUSI SEMULAJADI SHAKLEE UNTUK RESDUNG, ALAHAN & INFLUENZA
Set Cadangan Shaklee :
- Sustained Release Vita-C Plus – kuatkan imun & kurangkan keradangan.
- Nutriferon – aktifkan pertahanan badan melawan virus.
- Omega Guard – kawal alahan & redakan resdung dari dalam.

Set ini membantu tubuh bekerja secara semulajadi, bukan menutup simptom, tapi menguatkan sistem imun sebenar supaya badan lebih tahan terhadap virus influenza
Resdung dan alahan bukan sekadar gangguan kecil ia boleh menjadi punca utama sistem imun lemah yang membuka ruang kepada jangkitan seperti influenza.
Dengan pemakanan seimbang, rehat cukup dan sokongan nutrisi semulajadi Shaklee, badan kita akan lebih kuat, lebih bertenaga dan tak mudah tumbang bila virus datang menyerang.
“Jaga imun hari ini, elak influenza esok. Kesihatan bukan sekadar rawatan ia pencegahan yang bermula dari dalam.”
Boleh baca artikel yang berkaitan influenza cara mengurangkan risiko jangkitan berulang.
Jika anda mula mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan daripada resdung dan alahan, boleh mencuba untuk Set Imun di atas..
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/SetImunLemah
www.wasap.my/60176477837/SetImunLemah
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)










