Rahsia Kawal Tekanan Darah Tinggi?
Pernah tak anda rasa pening, cepat marah, atau jantung berdebar tanpa sebab? Ramai tak sedar, itu mungkin tanda-tanda tekanan darah tinggi, atau lebih dikenali sebagai hipertensi.
Masalahnya, ramai anggap darah tinggi hanya berlaku pada orang berumur. Tapi kini, golongan muda pun dah ramai yang mengalaminya.
Menurut artikel hellodoktor yang dibincangkan dalam tajuk tekanan darah tinggi di kalangan belia, di seluruh dunia, terdapat peningkatan kes tekanan darah tinggi dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan muda kerana peningkatan dalam faktor-faktor risiko gaya hidup. Di Amerika Syarikat, 20% daripada populasi umur 18-30 yang dikaji dalam Pembangunan Risiko Arteri Koronari pada Dewasa Muda (CARDIA) telah didapati memiliki tekanan darah tinggi.
Ini disebabkan oleh perubahan gaya hidup moden seperti stres, kurang tidur, makanan segera dan kurang bergerak semuanya jadi penyumbang utama.
Mari kita faham apa sebenarnya yang berlaku dalam badan bila tekanan darah naik, dan bagaimana anda boleh kawal secara semula jadi tanpa bergantung sepenuhnya pada ubat.
APA ITU TEKANAN DARAH TINGGI?

Darah tinggi berlaku bila tekanan darah terhadap dinding salur darah terlalu kuat dalam jangka masa lama. Bila tekanan ni berterusan, ia boleh melemahkan salur darah dan meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.
Bacaan tekanan darah normal biasanya sekitar 120/80 mmHg. Jika bacaan sering melebihi 140/90 mmHg, itu sudah dikira tekanan darah tinggi dan perlu diberi perhatian.
SIMPTOM DARAH TINGGI YANG SELALU DIABAIKAN
Masalahnya, darah tinggi ni selalunya tak ada simptom ketara. Sebab itu ia digelar “silent killer.” Tapi anda boleh perhatikan beberapa tanda awal seperti:
- Kerap pening kepala atau rasa berat di tengkuk
- Degupan jantung laju dan mudah berdebar
- Cepat letih walaupun cukup rehat
- Pandangan kabur
- Hidung berdarah tanpa sebab
- Susah tidur atau tidur tak lena
Kalau tanda-tanda ni kerap berlaku, sebaiknya periksa tekanan darah secara berkala.
PUNCA UTAMA TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi bukan datang secara tiba-tiba. Ia berpunca daripada gabungan gaya hidup dan faktor dalaman tubuh. Antara punca utamanya:
- Pengambilan garam berlebihan – garam berlebihan menyebabkan tubuh menakung air, lalu meningkatkan tekanan darah.
- Makanan tinggi lemak dan kolesterol – boleh menyempitkan saluran darah.
- Pengambilan gula berlebihan.
- Stres berpanjangan – hormon stres seperti kortisol menyebabkan tekanan darah meningkat.
- Kurang aktiviti fizikal – aliran darah jadi perlahan, jantung perlu bekerja lebih kuat.
- Kurang tidur dan rehat berkualiti.
- Faktor genetik dan umur.
CARA KAWAL TEKANAN DARAH SECARA SEMULA JADI.
Berita baiknya, tekanan darah tinggi boleh dikawal dengan perubahan gaya hidup yang konsisten dan nutrisi yang betul untuk sel badan.
Berikut langkah-langkah mudah yang boleh anda amalkan setiap hari:
1. Kurangkan Garam dan Makanan Terproses

Hadkan penggunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan segera atau makanan dalam tin. Pilih perasa semula jadi seperti bawang putih, halia, dan herba yang juga bantu menurunkan tekanan darah.
2. Amalkan Pemakanan Seimbang

Banyakkan makanan kaya serat seperti sayur hijau, buah-buahan, bijirin penuh, ikan dan kekacang. Kurangkan makanan bergoreng, daging merah dan minuman manis.
3. Lakukan Senaman Ringan Setiap Hari

Senaman seperti berjalan pantas, berbasikal atau yoga sekurang-kurangnya 30 minit sehari boleh bantu melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah secara semula jadi.
4. Tidur Berkualiti dan Urus Stres

Tidur yang cukup membantu tubuh menstabilkan hormon dan tekanan darah. Amalkan rutin tidur awal dan cuba teknik relaksasi seperti pernafasan dalam atau solat dengan tenang untuk redakan stres harian.
5. Sokong Kesihatan Sel Dengan Antioksidan Vivix / ResV
Vivix dan ResV: Penjaga Sel, Penstabil Tekanan Darah Secara Semula Jadi

Vivix dan ResV bukan sekadar suplemen biasa. Ia diformulasikan daripada gabungan polifenol dan resveratrol, dua bahan semula jadi yang sangat kuat dalam dunia sains kesihatan moden.
Kedua-dua bahan ini bertindak pada peringkat selular iaitu pada akar kepada masalah kesihatan bukan sekadar menutup simptom.
Tekanan darah tinggi berlaku bila salur darah kehilangan keanjalan, aliran darah tidak lancar dan jantung bekerja terlalu keras.
Apa yang menjadikan Vivix / ResV istimewa ialah kemampuannya untuk melindungi, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel tubuh, termasuk sel dalam salur darah, hati dan jantung.
Berikut bagaimana ia membantu menstabilkan tekanan darah secara semula jadi:
1. Melindungi Salur Darah Daripada Kerosakan Oksidatif
Dalam tubuh kita, setiap hari ada penghasilan radikal bebas akibat stres, pemakanan tidak sihat, rokok dan pencemaran. Radikal bebas ini menyerang sel dan dinding arteri, menjadikannya keras, kaku dan sempit.
Bila ini berlaku, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk memastikan darah sampai ke seluruh tubuh dan di sinilah tekanan darah mula meningkat.
Vivix / ResV bertindak sebagai perisai antioksidan yang sangat kuat.
Polifenol dan resveratrol membantu:
- Menentang serangan radikal bebas.
- Mengurangkan tekanan oksidatif yang menyebabkan salur darah menjadi sempit.
- Mengekalkan keanjalan arteri supaya darah boleh mengalir dengan lancar.
Apabila salur darah sihat dan fleksibel, jantung tidak perlu bekerja terlalu kuat tekanan darah pun lebih stabil.
2. Meningkatkan Fungsi Sel dan Metabolisme
Setiap sel dalam badan kita mempunyai “pusat tenaga” yang dipanggil mitokondria. Ia bertugas menghasilkan tenaga untuk seluruh tubuh, termasuk jantung. Tapi apabila kita semakin berusia atau kerap stres, mitokondria jadi lemah dan tenaga sel menurun.
Bila tenaga tak cukup, fungsi jantung dan salur darah turut terganggu.
Di sinilah Vivix / ResV memainkan peranan penting. Kajian menunjukkan resveratrol membantu:
- Mengaktifkan semula mitokondria supaya lebih bertenaga.
- Menjadikan sel lebih cekap menggunakan oksigen dan nutrisi.
- Mempercepat pembaikan sel rosak akibat tekanan darah tinggi.
Hasilnya, jantung dapat mengepam darah dengan lebih efisien tanpa tekanan berlebihan, dan anda akan rasa lebih bertenaga sepanjang hari.
3. Mengurangkan Keradangan Dalam Tubuh
Keradangan dalaman adalah antara punca tersembunyi tekanan darah tinggi yang ramai tak sedar. Ia berlaku bila sistem imun tubuh terlalu aktif akibat stres, toksin atau diet tidak seimbang.
Keradangan ni menyebabkan salur darah jadi tegang dan mudah rosak, meningkatkan lagi tekanan darah.
Polifenol dan resveratrol dalam Vivix / ResV mempunyai kesan anti-radang semula jadi yang membantu:
- Mengurangkan keradangan kronik dalam salur darah.
- Menenangkan sistem imun supaya tak terlalu “agresif.”
- Memulihkan struktur dinding arteri agar lebih kuat dan sihat.
Bila keradangan berkurang, tekanan darah menjadi lebih stabil dan jantung tidak terbeban.
4. Menyokong Kesihatan Hati dan Jantung
Hati ialah organ utama yang mengawal kandungan lemak dan kolesterol dalam darah. Bila hati lemah, lemak jahat (LDL) terkumpul dan mengganggu aliran darah, sekali gus meningkatkan tekanan darah.
Vivix / ResV membantu melindungi sel hati daripada kerosakan oksidatif dan menyokong fungsinya untuk menapis toksin serta mengawal kolesterol.
Dalam masa yang sama, resveratrol juga membantu:
- Menguatkan otot jantung supaya dapat mengepam darah dengan lebih stabil.
- Melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
- Mengurangkan risiko pembentukan plak kolesterol yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.
Gabungan kesihatan hati dan jantung yang baik menjadikan tekanan darah lebih terkawal dan tubuh lebih sihat secara menyeluruh.
Perubahan Positif Bila Tekanan Darah Terkawal
Apabila anda mula menjaga pemakanan, tidur cukup dan konsisten dengan Vivix / ResV, anda akan mula perasan perubahan seperti:
✨ Badan lebih ringan dan bertenaga
✨ Kepala tak lagi berat atau cepat pening
✨ Tidur lebih lena
✨ Emosi lebih stabil dan tenang
✨ Tekanan darah kembali ke paras normal
Darah tinggi bukan sekadar angka di mesin bacaan ia isyarat tubuh yang minta perhatian.
Kawalan tekanan darah sebenarnya bermula dengan penjagaan sel, hati, dan gaya hidup yang sihat.
Dengan langkah kecil seperti mengawal garam, bersenam ringan dan mengambil Vivix / ResV sebagai pelindung sel, anda bukan sahaja bantu menstabilkan tekanan darah tapi juga jaga kesihatan jantung untuk jangka panjang.
MACAM MANA NAK BELI VIVIX SHAKLEE?

Jika anda mementingkan penampilan, tenaga serta kesihatan darah tinggi terus dari dalam, anda boleh mencuba menggunakan Vivix Shaklee.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/NakVivix
www.wasap.my/60176477837/NakVivix
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Selain itu, Aisah akan membantu anda mendapat ‘cash rebate‘ daripada pembelian produk Vivix Shaklee.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Vivix Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)










