Tak Cukup Tidur Boleh Buat Anda Demam, Betul Atau Mitos?

Anda tak cukup tidur? Jika anda berikan jawapan ya, maka anda tidak keseorangan.
Ramai kan.
Walaupun pandemik ni bolehlah kita kira sudah berlalu, tapi benda ni masih beri kesan sampingan kepada kita semua.
Selain daripada itu, kesibukan tugasan seharian, sama ada bekerja (bagi pekerja) atau juga belajar (bagi pelajar) membuatkan ramai antara kita mengorbankan masa tidur.
Ini demi untuk mencari rezeki atau juga mencapai pencapaian akademik yang baik.
Namun begitu, di satu sudut yang lain ada juga yang tak cukup tidur disebabkan gejala yang kurang sihat.
Sebagai contoh, ketagihan bermain dengan permainan (‘game‘) atau juga melayari media sosial serta menonton filem dan drama sehingga larut malam.
BERAPA JAM KAH SESEORANG PERLU TIDUR?

Asasnya seorang dewasa yang berusia dari 18 tahun ke 60 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam tidur sehari.
Jika anda kurang daripada ini, maksudnya anda mungkin dalam golongan yang tidak cukup tidur.
Ramai orang menganggap tidur adalah sekadar rehat. Tapi ianya lebih daripada itu.
Salah satu daripadanya adalah dari segi manfaat kualiti kesihatan. Sama ada dari segi mental dan fizikal, mahupun luaran dan juga dalaman.
Ini kerana tidur merupakan suatu proses pemulihan bagi pelbagai sistem di dalam badan. Antaranya, sistem pertahanan badan.
KESAN TAK CUKUP TIDUR KEPADA SISTEM PERTAHANAN BADAN
Asasnya, apabila virus memasuki badan, sel T mengaktifkan integrins bagi membunuh mana-mana sel yang dijangkiti penyakit.
Individu yang mengalami kekurangan tidur mempunyai kadar pengaktifan sel T yang rendah berbanding dengan golongan yang tidur cukup.
Tidak hairanlah, kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang mudah dijangkiti sakit seperti batuk, demam dan selesema.
Dan apabila sel-sel di dalam badan anda mula diserang apa-apa jangkitan, keradangan, badan anda memerlukan cytokines ini sebagai pelindung.
Jadi, sekiranya anda tidak cukup tidur, maka protein pelindung ini akan terhasil dengan sedikit oleh badan.
Dan ini boleh membuatkan sistem badan anda tidak berada di tahap optimum untuk melawan sebarang jangkitan yang datang.
Maka, asasnya badan anda memerlukan tidur yang cukup untuk melawan jangkitan yang berkemungkinan tersebar daripada individu yang berada di sekeliling kita.
Tambahan pula, anda perlu berjaga-jaga jika kerap tidak cukup tidur secara konsisten.
Sebabnya, dalam jangka masa panjang, ia boleh meningkatkan risiko anda mendapat tekanan darah tinggi, strok, dan juga penyakit jantung.
JIKA ANDA TAK CUKUP TIDUR, CUBA BUAT INI

Ada beberapa cara yang boleh anda cuba untuk lakukan bagi memudahkan anda dapat tidur yang cukup.
Pertama, cuba lakukan senaman di siang hari. Tak perlu pening-pening nak buat senaman apa. Berjalan kaki dengan pantas selama 10-15 minit pun sudah memadai.
Dengan bersenam, ia membantu meningkatkan kualiti tidur. Kita lebih mudah tidur, dan kurang terjaga di tengah malam.
Kedua, hadkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kafein macam kopi, teh, cola, minuman tenaga atau coklat sebelum tidur.
Ketiga, anda boleh ambil vitamin atau suplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium.
Menurut laporan daripada laman Medical News Today, ada kajian menyatakan pengambilan supplemen ini membantu kita untuk dapatkan tidur berkualiti.
Ini termasuklah membantu kita mendapatkan deep sleep dan kurang terjaga di tengah malam.
SUPPLEMEN ATAU VITAMIN UNTUK ORANG TAK CUKUP TIDUR

Salah satu supplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium adalah Ostenutrix dari Shaklee.
Ramai yang mengambil supplemen Ostenutrix Shaklee ni berpendapat dapat membantu mereka lebih mudah untuk tidur dengan lena atau nyenyak.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Ostenutrix Shaklee anda boleh hubungi Aisah.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/naktidurlena
www.wasap.my/60176477837/naktidurlena
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).





