Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Tips Travel Untuk Pastikan Keselamatan & Keselesaan Ibu Hamil

Tips Travel Untuk Pastikan Keselamatan & Keselesaan Ibu Hamil

Cuti umum atau cuti panjang long weekend biasanya digunakan oleh rakyat Malaysia untuk berjalan.

Sama ada pergi makan angin di dalam negeri atau pulang ke kampung halaman.

Kalau sebelum mengandung, mungkin mudah bagi kita untuk pergi berjalan-jalan. Tapi bila dah mengandung ni banyak perkara yang perlu difikirkan.

Salah satu daripadanya nak menjaga keselamatan bayi yang dikandung.

MENGANDUNG BUKAN HALANGAN

Mungkin ada ibu-ibu yang teragak-agak untuk travel jauh.

Hakikatnya, mengandung ni bukanlah satu penghalang untuk ibu-ibu melancong dalam negeri dan balik kampung.

Anda boleh je enjoy perkara ini. Untuk artikel kali ini, Aisah akan kongsikan beberapa tips travel yang ibu-ibu hamil boleh ikuti.

tips berjalan ibu mengandung hamil

TIPS TRAVEL #1: BUKU PINK

Sepanjang anda mengandung, buku pink perlulah dibawa ke mana-mana.

Kalau anda menghadapi situasi kecemasan ketika melancong atau pun balik kampung, mudahlah fasiliti perubatan yang berdekatan merujuk rekod kesihatan anda.

TIPS TRAVEL #2: PAKAIAN

Ibu-ibu boleh memilih untuk memakai pakaian yang selesa dan longgar. Ini termasuklah pakaian dalam.

Pakaian sebegini penting untuk peredaran darah anda. Dan mengelakkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.

TIPS TRAVEL #3: KASUT ATAU SELIPAR

Pastikan kasut atau selipar yang ingin di pakai dan dibawa adalah selesa untuk dibawa berjalan-jalan jauh.

Sebaiknya pilihlah kasut dan selipar yang stabil, bertapak rata dan tidak haus.

Salah satu tujuannya adalah untuk mengelakkan anda tergelincir semasa berjalan.

TIPS TRAVEL #4: KAPAL TERBANG

Jika anda ingin menaiki kapal terbang elakkan terus menempah atau membeli tiket penerbangan.

Sebaik-baiknya anda periksa terlebih dahulu dengan syarikat penerbangan tentang polisi mereka berkaitan penumpang hamil.

Setiap syarikat penerbangan mungkin mempunyai polisi yang sedikit berbeza di antara satu sama lain.

Perancangan awal sangat penting tambahan lagi apabila seorang ibu bukan sahaja mengandung tetapi dalam masa sama mempunyai anak-anak kecil lain.

Boleh klik link seterusnya untuk tahu lebih lanjut tentang tips travel bersama anak-anak.

TIPS TRAVEL #5: AIR

Pastikan anda sentiasa sediakan air kosong yang cukup untuk dibawa bersama ketika berjalan.

Ini bagi memastikan anda dapat kerap minum ketika perjalanan serta mengekalkan tahap hidrasi badan.

TIPS TRAVEL #6: SEAT BELT

tips berjalan ibu mengandung hamil

Walaupun perut sudah membesar, usah sesekali abaikan untuk pakai tali pinggang keselamatan kenderaan.

Ini untuk pastikan keselamatan ibu-ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Tanpa pemakaian tali pinggang keledar, ibu-ibu berisiko terhantuk dengan struktur dalaman kereta jika brek mengejut.

Atau juga terpelanting keluar dari kenderaan ketika kemalangan.

TIPS TRAVEL #7: BERHATI-HATI

Salah satu perkara yang ditakuti oleh ibu-ibu yang mengandung adalah tergelincir dan terjatuh.

Jadi, apabila ibu ibu berjalan bergeraklah dengan tidak terlalu laju. Jika menggunakan tangga atau eskalator, anda boleh memegang ada pemegang.

Selain itu, berhati-hati bila berjalan di kawasan yang licin. Antaranya seperti di kolam renang, tandas-tandas awam dan juga kaki lima yang basah.

TIPS TRAVEL #8: SURVEY

Sebelum bertolak, anda digalakkan untuk membuat sedikit survey.

Cuba cek klinik-klinik kesihatan ataupun hospital-hospital yang berdekatan di lokasi destinasi anda.

Jadi, jika anda mengalami sebarang kecemasan semasa bercuti, mudahlah anda nak tahu ke mana yang hendak dituju.

Nak lagi baik anda juga boleh save siap-siap nombor telefon klinik dan hospital berkenaan sebelum memulakan perjalanan.

TIPS TRAVEL #9: BERHENTI

Jika anda menaiki kereta bagi perjalanan yang jauh, cuba berhenti setiap 3-4 jam.

Ambil peluang ini untuk buang air kecil dan bergerak keluar dari kenderaan. Selain itu, semasa dalam perjalanan sentiasalah anda renggangkan kaki.

Ini untuk membantu mengurangkan kaki anda daripada cramp ataupun kejang.

CARA ATASI KEJANG KAKI

Kekurangan nutrisi turut menjadi punca kejang kaki. Keadaan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan terutama pada trimester kedua dan ketiga.

Oleh itu, ibu hamil digalakkan mengambil susu sebagai minuman harian, sekuarang-kurangnya 2 gelas sehari.

Secara alternatifnya, mungkin ada ibu-ibu yang tidak boleh mengambil susu disebabkan alahan. Oleh, itu ibu-ibu hamil boleh perlu mengambil makanan tambahan secukupnya terutama magnesium dan kalsium.

Bagi wanita hamil, dos kalsium yang disarankan adalah 1200 miligram setiap hari.

VITAMIN YANG BANTU AISAH ELAK KEJANG KAKI SEMASA HAMIL

vitamin kalsium magnesium shaklee ibu mengandung hamil kejang kaki tips berjalan

Aisah merupakan seorang yang kurang gemar untuk mengambil susu dalam diet seharian.

Jadi, semasa mengandung dahulu, memang mudah untuk dapat kekejangan kaki. Oleh sebab tu, doktor perubatan menyarankan Aisah untuk beli vitamin kalsium dan magnesium.

Dan Aisah pun mengambil vitamin Ostenutrix (dahulunya dikenali sebagai Ostematrix) daripada keluaran Shaklee.

Alhamdulillah, Ostenutrix ni sangat membantu Aisah dalam mengurangkan masalah kejang kaki semasa hamil.

MACAM MANA NAK BELI VITAMIN KALSIUM SHAKLEE?

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Ostenutrix Shaklee anda boleh hubungi Aisah.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/kejangkaki

www.wasap.my/0176477837/kejangkaki

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).


Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?