Tips Mudah Buang Lemak Musim Hari Raya, Dengan Shaklee
“Rasalah ketupat ini, dengan rendangnya sekali, sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana satu.”
Membaca sambil menyanyi ke tu? Memang Aisah saja pilih rangkap tu.
Sebabnya hari raya dan pelbagai juadah makanan memang tersangatlah sinonim. Tak kiralah anda beraya di negeri mana pun dalam Malaysia ini.
Dan paling best sekali, kita ini pula beraya sebulan. Kadang-kadang tu sampai boleh terlajak.
Yalah, Syawal dah habis 30 hari. Tapi kita masih lagi terima jemputan untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.
Jadi, memang pesta berjamu makanlah kita selama sebulan lebihlah ya.
MASA RAMADAN TURUN BERAT 4KG, BELUM HABIS SYAWAL DAH NAIK 7KG
Mungkin ada di kalangan kita yang menjadikan bulan Ramadan sebagai peluang untuk menurunkan berat badan.
Berbunga-bunga rasa di hati bila melihat angka tertera pada penimbang. Fuiyoo, berat badan kita menurun lah.
Dan bila balik kampung, ada pula saudara mara atau jiran-jiran menegur kita.
“Eh, Siti kau nampak kuruslah sekarang. Nampak lagi muda pula banding dengan acik tengok dekat dalam FB tu.”
Terasa tiba-tiba diri rasa macam di awang-awangan pula ketika itu.
Lagi pun memang kebiasaannya bila kita turun berat badan ni, wajah kita boleh nampak lebih muda. Haa apa tipsnya Aisah Hari Raya dengan Shaklee?
Tetapi malangnya kegembiraan tak kekal lama.
Syawal baru sampai ke pertengahannya, naik berat badan. Dan naik tu pula bukan sikit-sikit. Melebihi berat sebelum puasa pula.
Padahal, banyak lagi jemputan rumah terbuka bersusun yang perlu kita penuhi.
Di mana silapnya.
KENAPA KITA SENANG TURUN BERAT BADAN SEMASA RAMADAN?
Proses ini bermula 8 jam selepas kita ambil makanan yang terakhir.
Apabila glukosa yang disimpan digunakan, tubuh mula membakar lemak yang kemudiannya dijadikan sebagai sumber tenaga.
Maka sebab itu, berat badan kita pun boleh berkurangan apabila berpuasa di bulan Ramadan.
Selain dari itu, pada bulan Ramadan kita cenderung untuk mengambil buah-buahan seperti kurma atau tamar. Sama ada ketika berbuka puasa atau bersahur.
Buah-buahan ini tinggi kandungan serat, yang menyebabkan kita mudah untuk cepat rasa kenyang.
Secara tak langsung, kita tak tak terciduk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
Apabila kita kurang makan, pengambilan kalori seharian pun berkurangan. Maka bolehlah kita kawal berat badan.
KALORI JUADAH RAYA, BOLEH BIKIN TERKEJUT TAU
Perayaan Aidilfitri menjadi peluang kita untuk ziarah menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga.
Dari sebuah rumah, ke sebuah rumah yang lain.
Dan setiap rumah tersebut pastinya menyajikan pelbagai hidangan dan juadah raya.
Lemang. Ketupat. Kuah kacang. Rendang. Lontong. Dodol. Serunding. Kuih muih. Dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan, tentulah minuman manis seperti sirap, cordial, air tin, atau air kotak.
Secara tidak langsung, kita akan jadi lebih kerap untuk makan. Dan ini menyumbang kepada peningkatan dalam pengambilan kalori.
Sebagai rujukan kita semua, Aisah kongsikan kalori beberapa juadah hari raya. Ini hasil dapatan daripada laman web Kementerian Kesihatan.
Jom kita selak-selak.
Melihat pada jadual kalori ini, tak hairanlah badan kita sangat mudah untuk naik semasa Syawal. Besar-besar angkanya kan.
Itu yang baju dan seluar pun tiba-tiba boleh terasa sendat.
Paling tak seronok, bila bentuk perut mula ke depan. Boleh mengundang persoalan daripada orang pula,
“Dah masuk berapa bulan Siti mengandung?”
Uwaaaa.
BERSENAM ATAU KAWAL PEMAKANAN?
Cara untuk membakar lemak dengan cepat adalah dengan kita bersenam.
Kita disarankan untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu.
Walaubagaimana pun, bak kata orang putih, “it is easier said than done”.
Maksudnya, mudah untuk bercakap, berbanding untuk buat.
Lebih-lebih lagi bagi kita yang tinggal dan mencari rezeki di bandar serba sibuk ini.
Keluar rumah sebelum matahari terbit, sampai di rumah pula selepas matahari terbenam.
Kekangan masa juga selalu menjadi penghalang untuk bersenam, terutamanya buat mereka yang berkeluarga.
Ini membuatkan ramai antara kita sukar untuk bersenam secara konsisten dan berdisiplin.
Sukarlah untuk kita membakar kalori dan menurunkan berat badan.
Jadi, pilihan yang seterusnya adalah kita mengawal pengambilan kalori itu sendiri sepanjang Syawal.
Antaranya, minimumkan pengambilan air manis. Sebaliknya lebihkan meminum air kosong atau suam.
Sebaiknya ambil air ini sebelum makan supaya perut kita rasa sedikit penuh atau sebu. Maka kuranglah kita nak makan secara berlebihan.
Memandangkan kita akan beraya dari rumah ke rumah, disiplinkan diri untuk mengambil makanan pada kuantiti kecil.
Walaupun sesedap mana juadah yang disediakan oleh tuan rumah, elakkan mengisi perut kita sehingga penuh bagi setiap rumah yang dikunjungi.
SUKAR MENDAPAT MAKANAN SEIMBANG KETIKA AIDILFITRI
Kita perlu beringat ya.
Jarang sekali juadah raya kita mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jika ada sekali pun, seperti mi kari atau laksa, jumlah sayurannya kecil sahaja.
Sedangkan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan tinggi serat yang memungkinkan dapat mengawal berat badan.
Oh ada satu juadah raya yang banyak sayuran. Lontong. Tetapi tidak semua rumah menyediakannya.
Dan ada negeri tertentu tidak menjadikan lontong sebagai salah satu juadah raya mereka pula kan.
Jadi, kebanyakannya juadah raya kita adalah berlemak, bersantan, tinggi gula, tinggi garam dan pedas.
Bila kita sedar hakikat ini, maka tahulah kita bahawa agak sukar untuk mendapat makanan yang seimbang semasa Aidilfitri.
Senang cerita, diet kita tersangatlah mudah nak ke laut semasa Aidilfitri.
Nak letak kaki di atas penimbang berat pun tidak lagi yakin macam semasa Ramadan dulu.
“Oh, tidak. Berat naik. Perut ke depan. Dan kolestrol!”
MAKANAN TAMBAHAN DAN VITAMIN SHAKLEE BAKAR LEMAK SEMASA RAYA AIDILFITRI
Ada beberapa produk vitamin dan makanan tambahan dari Shaklee yang boleh membantu anda membakar lemak serta pengurusan berat badan sepanjang Syawal.
Itulah rahsia Aisah bagaimana boleh maintain berat walau dah berkunjung ke rumah rumah barhari raya.
Jika anda jenis tak ada masa bersenam, susah kawal pengambilan kalori, serta mengamalkan pemakanan seimbang, Aisah sarankan anda boleh mencubanya. Ini tips Aisah Hari Raya dengan Shaklee.
Cinch Tea Mix Shaklee
Cinch Tea Mix ini merupakan campuran pelbagai jenis teh yang berkhasiat tinggi.
White tea (teh putih). Red tea (teh merah). Matcha green tea (teh hijau matcha).
“First time saya dengar pasal teh putih dan teh merah, apa tu?”
Teh putih: Seperti teh hitam (black tea) dan teh hijau, teh putih diekstrak daripada tumbuhan teh yang sama.
Cuma yang membezakan adalah cara memproses tumbuhan tersebut bagi mendapatkan teh.
Ini kerana teh putih mempunyai kafein dan katekin (“catechin”) seperti epigallocatechin gallate (EGCG).
Kedua-dua kandungan ini berkerjasama dalam memberi fungsi dalam membakar lemak.
Ada kajian juga menyatakan EGCG dapat merangsang pemecahan lemak serta menghalang sel lemak baru terbentuk.
Selain itu, teh putih juga membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme badan kita 4-5%.
Ini bersamaan tambahan 70-100 kalori terbakar setiap hari. Hurm, banyak juga ya.
Teh merah: Dikenali juga sebagai rooibos tea. Seperti namanya, minuman teh ini berwarna coklat perang kemerahan-merahan.
Leptin ini merupakan hormon yang membantu dalam mengawal pengambilan makanan.
Dan ia menghantar isyarat kepada badan tentang rasa sudah kenyang.
Seperti teh merah, teh putih juga membantu menghentikan sel lemak baru.
Selain itu, ia mempercepatkan kadar metabolisme dalam pembakaran lemak.
Teh hijau: Khasiat teh hijau memang sangat popular pada masa kini. Sehinggakan teh hijau dianggap minuman tersihat di dalam dunia.
Banyak kajian sudah dijalankan tentang khasiat teh hijau. Dan antaranya adalah teh hijau mampu membantu dalam menurukan berat badan.
Seperti teh putih, teh hijau juga mempunyai kandungan kafein dan katekin yang mampu menaikkan kadar metabolisme badan kita serta membakar lemak.
Cinch Mixed Soy Protein Shaklee
Cinch Mixed Soy Protein merupakan sejenis minuman protein yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan (“weight loss”).
Sebab di dalamnya mempunyai beberapa bahan-bahan yang berkesan dalam tujuan sedemikian.
Ekstrak Guar Gum: Juga dikenali sebagai guaran, dan diesktrak dari tumbuhan kekacang guar.
Guar gum merupakan salah satu jenis makanan tergolong dalam kategori serat larut (“soluble fiber”).
Makanan jenis ini membantu memperlahankan penghantaran makanan dari perut untuk sampai kepada usus.
Kesannya, anda akan berasa kenyang lebih lama. Atau dalam kata lain, lambat nak lapar.
Secara tak langsung, guar gum membantu mengawal serta menurunkan selera makan anda.
Leusine: Membantu dalam pengawalan insulin dan glukosa dalam badan.
Orang yang selalu rasa nak kerap makan (craving) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.
Dengan pengambilan leusine, ia membantu dalam pengawalan kedua-kedua kandungan tersebut di dalam badan.
Kesannya, ia dapat mengawal perasaan keinginan nak makan.
Selain itu, leusine juga membantu badan anda daripada kehilangan jisim otot (‘muscle mass’). Mengekalkan ‘muscle mass’ adalah penting dalam menurunkan berat badan.
Sebabnya, ototlah yang membantu badan anda untuk membakar lebih banyak kalori setiap hari.
Oh ya. Minuman Cinch Mixed Soy Protein Shaklee ini didatangkan dalam 3 perisa.
Vanilla. Cokelat. Cafe Latte.
Jadi, anda boleh pilih mana-mana satu yang menepati selera kegemaran anda.
Lecithin Shaklee
Lecithin dikenali sebagai emulsifier (emulsi) semulajadi, dan merupakan ejen pemecah lemak kepada molekul-molekul kecil untuk penghadaman,
Memandangkan lecithin berupaya untuk memecahkan lemak, ia juga membantu menghalang sel-sel lemak untuk menempel di bahagian dinding arteri darah dan juga jantung.
Jadi, secara tidak langsung, lecithin juga berupaya membantu menurunkan paras kolestrol.
Herb-Lax Shaklee
Tabiat pemakanan semasa kita berhari raya mungkin boleh membuatkan kita mengalami masalah penghadaman.
Ini boleh terjadi jika kita kurang untuk minum air yang cukup serta kekurangan pengambilan menu mempunyai serat. Terutamanya serat jenis larut (‘soluble fiber’).
Salah satu bahan utama di dalam Herb-Lax Shaklee adalah daun senna atau juga dikenali sebagai daun gelenggang. Daun senna berfungsi sebagai pelawas.
Anda boleh mengambil 1-2 kali sebulan sebagai fungsi detoks bagi melegakan penghadaman. Dan memudahkan untuk anda membuang air besar.
Jadi, ia bagus untuk anda puas semasa membuang.
Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa Shaklee diperbuat daripada bahan utamanya iaitu esktrak secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan alfalfa.
Tumbuhan alfalfa ini memang terkenal mempunyai pelbagai jenis mineral dan nutrien termasuklah serat (‘fiber’) yang membantu dalam penghadaman anda.
Vitamin B Complex Shaklee
Antara kandungan di dalam vitamin B Complex Shaklee adalah vitamin B1, B2, B3, B6, B12.
Jadi, ia adalah nutrien penting dalam membolehkan metabolisme badan anda dapat berfungsi secara efisien.
Secara tidak langsung, vitamin B dapat membantu menurunkan berat badan.
OmegaGuard Shaklee
OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan berbentuk softgel (gel lembut) yang mengandungi tinggi Omega 3.
Ada kajian menyatakan Omega-3 mampu menaikkan kadar metabolik badan.
Apabila tinggi kadar metabolik badan, maka semakin banyak kadar lemak dibakar. Dan ini membantu dalam penurunan berat badan, ‘inch loss’ (kehilangan inci) dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan.
MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?
Jika anda mementingkan penampilan serta mempunyai kebimbangan terhadap kolestrol, anda boleh mencuba menggunakan produk di atas.
Usah risau. Bukanlah anda perlu mengambil kesemuanya.
Aisah akan recommend produk berdasarkan keperluan nutrisi seseorang.
Jadi, hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus.
www.wasap.my/60176477837/SayaNakBakarLemak
www.wasap.my/60176477837/SayaNakBakarLemak
Aisah juga akan beri tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian.
Anda juga boleh klik link seterusnya —> Hari Raya dengan Shaklee untuk dapatkan tips supaya di Hari Raya ni kita lebih sihat dan berat tidak naik mendadak pula kan.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh “self-collect” terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya di Rancha-Rancha.
ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE
“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong
“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh
Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan
Follow saya di media sosial berikut:
Instagram: sitiaisahmdibrahim
Youtube: https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim
Tiktok: sitiaisahmohdaibrahim
#nextlevelblogginh
#shakleetriumph
#shakleethrive
oh seronoknya baca sharing ni! banyak info baru. tq sgt
semoga mendapat manfaat