Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Awas Cuaca Panas, Strok Haba Boleh Risiko Kematian

Awas Cuaca Panas, Strok Haba Boleh Risiko Kematian

“Panas betul sekarang ni. Macam duduk dalam ketuhar. Boleh terkena strok haba.”

Aisah tengok sana sini orang mengeluh cuaca kebelakangan ini sangat panas. Sama ada di media sosial atau juga semasa bertemu fizikal.

Fuh, memang terasa berbahang betul.

Di satu segi cuaca panas ini ada hikmahnya. Terutama untuk geng ibu-ibu atau mak-mak macam Aisah kan.

Bukan apa, pakaian yang baru dicuci jadi cepat kering bila disidai di luar. Tak sampai beberapa jam pun kan.

Dari segi yang lain, pendedahan terhadap cuaca panas juga boleh membawa pelbagai kesan buruk kepada kita.

Ini termasuklah dari sudut kesihatan. Salah satunya, cuaca panas boleh menyebabkan strok haba (‘heat stroke‘).

APA ITU STROK HABA (‘HEAT STROKE‘)?

“Strok haba adalah suatu penyakit serius akibat pendedahan keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan.

Dan ia berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40 darjah celsius atau lebih, di mana kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.”

–          Prof Madya Dr Nik Rosmawati Nik Husain, Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Harian Metro
cuaca panas tips elak strok haba

Secara asasnya, serangan strok haba berpunca apabila seseorang itu terdedah pada cuaca panas. Atau juga berada di tempat panas dalam tempoh terlalu lama.

Akibatnya, sistem badan mengalami kegagalan fungsi dalam mengawal suhu tubuh. Ini termasuklah kegagalan dalam penghasilan peluh.

Sebenarnya, perpeluhan ini adalah satu mekanisme penting dalam menstabilkan suhu badan kita ya.

Sebabnya, peluh ini berfungsi dalam menyejukkan tubuh badan yang sedang panas.

Apabila kesemua ini gagal, maka suhu badan boleh mengalami lonjakan mendadak, sehingga mencecah melebihi 40 darjah celcius.

Dan ini yang menyebabkan seseorang tersebut mengalami serangan strok haba.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysa, strok haba boleh membawa kerosakan organ dalaman seperti ginjal, otak, jantung dan hati.

Selain itu, ia juga berisiko untuk memberi kecacatan kekal. Dan ada juga kes, strok haba boleh membawa maut.

Haa, jangan buat main-main dengan cuaca panas ni. Bahaya tau.

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA AWAL STROK HABA (‘HEAT STROKE‘)

Memandangkan strok haba boleh memberi kesan negatif yang serius, maka kita kena alert dengan tanda-tanda awal gejala dan simptom tentangnya.

Ini supaya kita tak terlepas pandang. Dan kita boleh mengambil tindakan dalam mendapatkan rawatan segera daripada fasiliti kesihatan terdekat.

Antara tanda-tanda awal strok haba adalah;

  • Mengalami sakit kepala atau pening-pening,
  • Mual-mual atau muntah-muntah,
  • Badan terasa lesu dan keletihan,
  • Pitam dan pengsan,
  • Dehidrasi, ini termasuklah mengalami kekeringan pada mata, mulut dan kulit,
  • Hilang daya tumpuan atau fokus,
  • Lemah otot-otot badan dan kekejangan
  • Denyutan nadi atau degupan jantung bertambah cepat.
cuaca panas tips elak strok haba

SIAPA BERISIKO DAPAT STROK HABA (‘HEAT STROKE‘)?

Umumnya, setiap diri antara kita berisiko mendapat strok haba jika terdedah pada suhu panas berpanjangan.

Namun begitu, ada golongan tertentu yang lebih tinggi risiko untuk mendapatnya.

  • Individu yang pekerjaannya memerlukan banyak masa di luar. Antaranya golongan dalam sektor perladangan (pekebun, penternak), kerja-kerja pembinaan (buruh, juruukur), keselamatan (polis, tentera, pengawal), dan juga pengendali mesin dan jentera berhaba tinggi.
  • Individu yang melakukan kegiatan bersukan di luar, seperti berlari, berbasikal, dan bola sepak.
  • Homeless‘, atau golongan gelandangan
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Penghidap masalah pernafasan dan jantung.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kalenjar tiroid.
  • Individu yang memakai pakai berlapis, tebal dan ketat.

TIPS ELAK STROK HABA (‘HEAT STROKE‘)

“Mencegah lebih baik daripada mengubati.”

Kata-kata pepatah ini terpakai apabila kita menghadapi situasi cuaca panas ketika ini. Lebih-lebih lagi mengambil kira kesan serius akibat strok haba.

Oleh itu, kita disarankan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko berpunca daripada cuaca panas yang melanda negara sekarang.

1. Pakai pakaian yang sesuai

cuaca panas tips elak strok haba

Pertama sekali, bersama-samalah kita elakkan daripada memakai pakaian ketat, berlapis dan tebal masa cuaca panas ini.

Pakaian sebegini memerangkap haba keluar daripada penyejatan peluh. Sebaliknya, kita boleh memakai pakaian nipis dan longgar.

Selain itu, pilihlah pakaian yang berwarna terang, seperti putih. Pakaian berwarna tenang lebih banyak memantulkan cahaya dan panas matahari, berbanding pakaian gelap.

Oh ya. Bawa bersama juga payung atau topi di saat berjalan di bawah cuaca panas. Masa-masa begini tak perlu pun kita hiraukan jika digelar sebagai “puteri lilin” atau “putera lilin”.

Keselamatan diri dan keluarga tu lebih penting daripada cakap-cakap orang kan.

cuaca panas tips elak strok haba

2. Minimumkan aktiviti luaran

Kita disarankan untuk mengehadkan masa berada di luar bangunan. Serta mengurangkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas ini. Lebih-lebih lagi untuk golongan berisiko.

Kalau boleh, elakkan terus diri terdedah di luar semasa suhu panas terik memuncak. Kebiasaannya, ini berlaku dari waktu tengah hari hinggalah ke pukul 4 petang.

Jika hendak berkebun atau bersukan, boleh pilih waktu pagi atau lewat petang. Sebab suhu cuacanya adalah sedikit rendah.

3. Sejukkan badan anda

Di saat cuaca panas ini, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan agar kita dapat menyejukkan badan.

Antaranya, kita boleh mandi dengan lebih kerap berbanding kebiasaan. Selain dapat menstabilkan suhu badan, mandian juga boleh menyegarkan badan kita.

Di samping itu, kita juga boleh pasang pendingin hawa atau menggunakan kipas ketika berada di dalam rumah.

Tetapi, anda perlu berjaga-jaga sedikit bila menggunakan kipas. Ini supaya kipas kita tidak menghasilkan tiupan angin yang berhaba atau panas pula.

cuaca panas tips elak strok haba

4. Tidak meninggalkan anak di dalam kenderaan

Kita biasa mendengar kes-kes anak kecil atau bayi ditinggalkan di dalam kereta.

Ini disebabkan kononnya nak singgah ke kedai sekejap. Atau juga kes-kes terlupa dan terlalai.

Hati-hati ya. Dalam cuaca yang panas sekarang, suhu dalam kereta boleh meningkat secara mendadak dengan kadar yang sangat cepat.

Jadi, dalam masa singkat anak-anak atau bayi ini boleh terkena serangan strok haba yang boleh membawa kepada risiko kematian.

5. Jaga hidrasi badan anda

Ada ramai di kalangan kita yang mempunyai tabiat hanya akan meneguk air apabila tekak terasa dahaga.

Haaa, tabiat begini tak digalakkan ketika musim cuaca panas ini ya. Kita perlu minum air walaupun belum rasa cukup haus.

Cuaca panas boleh menyebabkan badan kita mudah terdehidrasi (‘dehydration‘), iaitu kehilangan cecair dalam badan.

Salah satunya penyebabnya adalah berpunca apabila badan kita berpeluh-peluh.

Jadi, adalah penting untuk kita semua menjaga hidrasi (‘hydration‘) badan. Sebab hidrasi juga merupakan komponen penting bagi menstabilkan suhu badan.

cuaca panas minum air hidrasi elak strok haba

Bersama-samalah kita minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya 8 gelas, atau bersamaan 2 liter sehari.

Tetapi elakkan diri daripada mengambil minuman berikut;

  • air mengandungi kafein, seperti kopi dan teh
  • air berkarbonat, seperti cola
  • minuman beralkohol
  • minuman manis tinggi gula

Minuman-minuman ini sebenarnya boleh meningkatkan kepekatan darah dan seterusnya membuatkan kita dehidrasi.

Jadi, ia bukanlah minuman yang sesuai untuk meningkatkan hidrasi di dalam badan kita semasa cuaca panas ini.

CARA MUDAH PERIKSA JIKA KITA CUKUP MINUM AIR ATAU TERHIDRASI

“Saya rasa macam dah banyak minum air. Cukup air rasanya dalam badan dah.”

Aisah memang selalu jumpa orang begini. Tetapi bila diselidiki, rupanya tak cukup.

Pernyataan dah banyak minum air ini sebenarnya berbentuk terlalu umum (‘general’) dan juga subjektif.

Sebabnya, rata-rata kita tak sukat atau ‘monitor‘ pun berapa kuantiti pengambilan air sebenar setiap hari. Atau dalam bahasa lainnya, kita main agak-agak saja kecukupan air tersebut.

Mungkin pada mulut dan tekak kita merasa kuantiti air yang diminum sudah cukup. Tetapi hakikatnya, mungkin tidak cukup bagi badan kita secara keseluruhannya untuk terhidrasi.

Jadi, salah satu cara paling mudah untuk memeriksa kecukupan pengambilan air dan tahap hidrasi kita adalah dengan melihat pada keadaan air kencing.

Kredit: Healthline, Are You Dehydrated? Our Pee Color Chart Will Tell You

Umumnya, individu yang mengambil air dengan cukup mempunyai warna kencing yang lebih cerah dan baunya tidak terlalu kuat.

Ini berbeza dengan individu yang kurang minum air. Warna kencing mereka adalah gelap dan berbau kuat.

Walaupun begitu, warna dan bau air kencing bukanlah suatu yang konklusif. Tetapi bolehlah kita ambilnya sebagai salah satu petanda sama ada kita sudah mengambil air yang cukup atau tidak.

MINUMAN MENINGKATKAN DAN MENGEMBALIKAN HIDRASI DALAM BADAN ANDA

Semasa cuaca panas ini, rehidrasikan badan anda dengan betul melalui minuman rehidrasi yang betul.

Ada pelbagai manfaat apabila badan kita terhidrasi dengan baik dan betul sepanjang musim ini, antaranya;

  • menstabilkan suhu badan kita serta degupan jantung dan denyutan nadi,
  • membantu meningkatkan tenaga seharian serta memberi daya fokus dan perhatian,
  • membantu meningkatkan sistem perkumuhan badan, sama ada perpeluhan atau juga pembuangan,
  • membantu mengelakkan gejala seperti pening kepala, mual-mual, muntah dan kekejangan.

Macam Aisah, di samping mengambil air kosong, Aisah juga mengambil minuman yang mengandungi tinggi elektrolit.

Sebabnya minuman elektrolit mengandungi banyak zat mineral penting dalam penghidrasian badan.

Ini kerana apabila kita berpeluh, pelbagai garam dan mineral turut hilang dari badan.

Antara manfaat minuman elektrolit adalah membantu untuk mengembalikan dan mengekalkan cecair bendalir dalam badan.

Secara langsung, minuman ini dapat memastikan badan Aisah sentiasa terhidrasi dengan baik.

Tambahan pula, minuman elektrolit juga boleh menghilangkan haus dengan sangat cepat, dan membantu meningkatkan tenaga.

MINUMAN ELEKTROLIT PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Aisah dan keluarga memilih minuman Performance Drink dari Shaklee.

Sebab utamanya minuman Performance Drink ini bukan jenis berkarbonat seperti kebanyakan minuman elektrolit lain di pasaran.

Maka, ia tidaklah membuatkan perut kita rasa bergas, kembung atau tak selesa selepas meminumnya kan.

Lagi pun rasanya sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila minum-minum sejuk-sejuk tu, memang rasa sangat menyegarkan.

Anak-anak Aisah sendiri secara sukarela bawa botol air besar berisi Performance Drink Shaklee ke sekolah hampir setiap hari.

Memang habis diminum mereka. Lebih-lebih lagi masa musim panas, atau selepas Pendidikan Jasmani dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Oh ya, Performance Drink Shaklee ini didatangkan dalam dua jenis perasa, oren dan juga ‘lime‘ (limau).

Mudah saja nak sediakan, bancuhkannya dengan air suam atau kosong. Terus anda boleh minum dah.

Tapi kalau anda nak variasikan cara penyediaan pun boleh je. Macam dalam video ni.

MANA NAK BELI PERFORMANCE DRINK SHAKLEE?

Jika anda ingin mencuba produk di atas, boleh hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus. 

www.wasap.my/60176477837/SayaNakHidrasi

www.wasap.my/60176477837/SayaNakHidrasi

Pengedar Shaklee Subang Jaya
Anda order produk Shaklee, Aisah uruskan penghantaran. Mudah kan?

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh “self-collect” terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya di Rancha-Rancha.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

vitamin anak Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

Follow saya di media sosial berikut:

Instagram: sitiaisahmdibrahim

Youtube: https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok: sitiaisahmohdaibrahim

#shakleetothrive

#nextlevelblogging

#shakleetriumph

2 thoughts on “Awas Cuaca Panas, Strok Haba Boleh Risiko Kematian

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?