Bahaya Cuaca Panas, 7 Tips Lindungi Anak Terkena Strok Haba

Bahaya Cuaca Panas, 7 Tips Lindungi Anak Terkena Strok Haba

“Abang, adik. Jangan main panas. Nanti demam.”

Sekarang ni, negara sedang dilanda musim cuaca panas. Ada sesetengah negeri dah capai sehingga melebihi 37 celcius. Memang berbahang rasanya.

Jadi, apabila ada anak-anak keluar rumah bermain, memang ada mak-mak atau ibu-ibu yang risau. Termasuklah Aisah.

Takut-takut mereka terkena demam panas atau selesema pula.

Ya, memang tak dinafikan cuaca panas boleh mengakibatkan mereka sebegitu.

Tetapi dalam masa yang sama, kita kena tahu ada juga risiko kesihatan yang lebih besar akibat daripada cuaca sebegini.

Nak tahu apa dia?

Anak-anak berisiko mengalami serangan strok haba (‘heat stroke’).

Strok haba ini tidak boleh dipandang ringan oleh para ibu bapa serta penjaga.

Sebabnya, ia boleh mengakibatkan kecacatan kekal serta kerosakan organ dalaman seperti otak, jantung, ginjal dan hati. Atau untuk sesetengah kes, strok haba boleh membawa maut.

APA ITU STROK HABA (‘HEAT STROKE’)?

“Strok haba adalah suatu penyakit serius akibat pendedahan keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan.

Dan ia berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40 darjah celsius atau lebih, di mana kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.”

–          Prof Madya Dr Nik Rosmawati Nik Husain, Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Harian Metro
cuaca panas tips elak strok haba

Secara asasnya, serangan strok haba berpunca apabila seseorang itu terdedah pada cuaca panas. Atau juga berada di tempat panas dalam tempoh terlalu lama.

Akibatnya, sistem badan mengalami kegagalan fungsi dalam mengawal suhu tubuh. Ini termasuklah kegagalan dalam penghasilan peluh.

Sebenarnya, perpeluhan ini adalah satu mekanisme penting dalam menstabilkan suhu badan kita ya.

Sebabnya, peluh ini berfungsi dalam menyejukkan tubuh badan yang sedang panas.

Apabila kesemua ini gagal, maka suhu badan boleh mengalami lonjakan mendadak, sehingga mencecah melebihi 40 darjah celcius.

Dan ini yang menyebabkan seseorang tersebut mengalami serangan strok haba.

cuaca panas tips elak strok haba

KENAPA KANAK-KANAK BERISIKO TINGGI STROK HABA (‘HEAT STROKE’)?

Ada beberapa golongan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi untuk mendapat strok haba.

Salah satu daripadanya adalah kanak-kanak. Terutamanya bagi mereka berumur 5 tahun dan ke bawah.

Ini disebabkan sifat atau karakter semulajadi kanak-kanak tersebut.

Kebiasaannya kanak-kanak gemar untuk bermain di luar. Berkejar-kejaran, berbasikal, dan sebagainya.

Dan mereka masih tidak mempunyai pertimbangan yang baik dalam menilai keadaan cuaca, serta tahap kepenatan mereka sendiri.

Kanak-kanak juga kurang arif dalam menilai tahap hidrasi diri sendiri serta keperluan mengambil air setelah terdedah di dalam haba panas.

Selain itu, ada juga kes di mana anak-anak kecil ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan ketika cuaca panas.

TIPS ELAKKAN ANAK STROK HABA (‘HEAT STROKE’)

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cuaca atau haba panas sebenarnya boleh dielakkan. Ini termasuklah strok haba, yang dikira berisiko tinggi dan mengancam nyawa anak-anak.

Ada pelbagai langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh ibu bapa dan penjaga. Di sini, Aisah kongsikan untuk kebaikan kita semua bersama.

1. Pakaikan pakaian sesuai untuk anak-anak

cuaca panas tips elak strok haba

Pertama sekali, elakkan anak daripada memakai pakaian ketat, berlapis dan tebal semasa cuaca panas ini.

Sebabnya, pakaian sebegini memerangkap haba keluar daripada penyejatan peluh.

Sebaliknya, didik mereka untuk memakai pakaian yang nipis dan longgar. Lagi baik, pilih fabrik ‘cotton‘ atau kapas.

Ada satu kajian atau eksperimen dijalankan oleh National Institute for Environmental Studies di Jepun pada Jun 2019.

Di dalam kajian tersebut, 9 helai baju polo yang berbeza warna (tapi sama design dan material fabrik) diletakkan di bawah cahaya panas matahari.

Selepas 5 minit, setiap baju tersebut diambil suhunya oleh pengkaji. Dan ranking keputusannya adalah seperti berikut;

Baju putih adalah yang paling kurang panas, diikuti pula warna kuning. Kedua-duanya mempunyai suhu sekitar 30 darjah celcius.

Ini diikuti pula dengan warna kelabu cerah dan juga merah.

Di pertengahan pula, adalah baju berwarna ungu, biru dan hijau.

Dan yang paling panas sekali adalah baju hitam dan hijau gelap. Suhu baju-baju ini mencecah sehingga 50 celcius.

Jadi, pilihlah pakaian yang berwarna terang, seperti putih dan kuning untuk anak-anak.

Sebabnya, pakaian berwarna tenang lebih banyak memantulkan cahaya dan haba panas matahari, berbanding pakaian gelap.

2. Pakai topi atau payung

cuaca panas tips elak strok haba

Jika bawa anak-anak keluar, berikan mereka payung atau topi di saat berjalan. Ini untuk melindungi mereka di bawah cuaca panas.

Masa-masa begini tak perlu pun kalau ada orang kata anak kita digelar sebagai “puteri lilin” atau “putera lilin”.

Keselamatan anak lebih penting daripada cakap-cakap orang kan.

3. Minimumkan aktiviti luaran

Sebaik-baiknya, anak-anak tidak seharusnya keluar ketika musim cuaca panas. Duduk saja di dalam rumah atau bangunan.

Ini terutamanya semasa suhu panas terik memuncak. Kebiasaannya, ini berlaku dari waktu tengah hari hinggalah ke pukul 4 petang.

Kalau mereka nak keluar sekali pun, hadkan sekitar awal pagi dan juga lewat petang. Kerana suhunya adalah lebih rendah.

3. Galakkan anak mandi dengan kerap

cuaca panas tips elak strok haba

Di saat cuaca panas ini, ibu ayah boleh galakkan anak untuk mandi dengan kerap berbanding kebiasaan.

Selain dapat menstabilkan suhu badan, mandian juga boleh menyegarkan badan mereka. Jadi, masa inilah nak beri mereka rasa main air.

Kalau yang tinggal di kampung-kampung, mungkin boleh berendam dalam belakang rumah. Kalau yang tinggal di kondominium pula, boleh berendam dalam kolam renang.

Tetapi nasihat Aisah, pastikan keselamatan mereka juga. Pengawasan ibu ayah serta penjaga kena sentiasa ada semasa mereka bermain air.

Ini untuk mengelakkan sebarang tragedi lain pula berlaku.

4. Amalkan pemakaian krim pelindung matahari (‘sunscreen’)

Jika membawa anak pergi keluar rumah walaupun untuk berendam dan berenang, sapukan pada mereka krim pelindung matahari (‘sunscreen‘). Pilihlah ‘sunscreen’ yang mempunyai SPF15 atau lebih.

‘Sunscreen’ berfungsi melindungi kulit daripada sinaran matahari (yang mengandungi radiasi ultraviolet) mengakibatkan selaran matahari (‘sunburn‘).

Sebabnya, ‘sunburn’ mampu menjejaskan keupayaan badan untuk menyejukkan diri.

5. Pasang aircond dan kipas

cuaca panas tips elak strok haba

Di saat cuaca panas, anda boleh pasang pendingin hawa atau menggunakan kipas ketika berada di rumah.

Tetapi, anda perlu berjaga-jaga sedikit bila menggunakan kipas. Ini supaya kipas kita tidak menghasilkan tiupan angin yang berhaba atau panas pula.

Selain itu, ibu ayah boleh bawa anak-anak ke tempat awam yang mempunyai pendingin hawa. Contohnya, perpustakaan awam, muzium, atau pusat membeli belah,

6. Tidak meninggalkan anak di dalam kenderaan

Meninggalkan anak-anak kecil di dalam kereta adalah sesuatu yang sangat tidak digalakkan, walaupun dengan tingkap terbuka.

Mungkin ibu ayah beralasan nak singgah ke kedai sekejap. Tetapi ia tetap tidak selamat, lebih-lebih lagi sewaktu cuaca panas.

Sebabnya, suhu dalam kereta boleh meningkat secara mendadak dengan kadar yang sangat cepat.

Jadi, dalam masa singkat anak-anak boleh terkena serangan strok haba.

7. Jaga hidrasi badan anak

cuaca panas tips elak strok haba minum air

Seperti Aisah beritahu di awal artikel tadi, anak-anak kecil tidak mempunyai daya kemampuan menentukan tahap hidrasi mereka.

Dan ada pula di antara mereka merasakan minum air hanya diperlukan apabila tekak sudah dahaga atau haus sahaja.

Ini tidak tepat ya, terutamanya dalam keadaan musim cuaca panas.

Anak-anak perlu kerap diingatkan untuk minum air walaupun belum rasa cukup haus. Setiap setengah jam mereka meneguk air pun tidak apa.

Perlu ingat, tubuh anak-anak kecil. Ini menjadikan mereka lebih mudah kehilangan air dan mengalami penyahhidratan (‘dehydration‘).

Salah satunya penyahidrasi adalah berpunca apabila badan anak berpeluh-peluh.

Jadi, adalah penting untuk mereka sentiasa menjaga hidrasi (‘hydration‘) badan. Sebab hidrasi juga merupakan komponen penting bagi menstabilkan suhu badan.

Sentiasa galakkanlah mereka membawa botol air besar ke mana-mana sahaja ketika musim cuaca panas.

REHIDRASIKAN BADAN DENGAN BETUL MELALUI MINUMAN YANG BETUL

Di saat cuaca panas, memang sedap untuk anak minum minuman sejuk. Tetapi elakkan mereka daripada mengambil minuman berikut;

  • air mengandungi kafein, seperti teh
  • air berkarbonat, seperti cola
  • minuman manis tinggi gula, seperti air kotak, air tin

Tidak dinafikan ianya memang sedap diteguk oleh anak-anak.

Tetapi minuman ini tidak membantu daripada segi memberi hidrasi kepada anak-anak. Malahan ia membuatkan mereka lebih terhidrasi.

Minuman-minuman ini sebenarnya boleh meningkatkan kepekatan darah dan seterusnya membuatkan anak mengalami penyahhidratan.

Jadi, ia bukanlah minuman yang sesuai untuk menghidrasikan anak-anak semasa cuaca panas ini.

MINUMAN MENINGKATKAN DAN MENGEMBALIKAN HIDRASI DALAM BADAN ANDA

Semasa cuaca panas ini, rehidrasikan badan anda dengan betul melalui minuman rehidrasi yang betul.

Ada pelbagai manfaat apabila badan kita terhidrasi dengan baik dan betul sepanjang musim ini, antaranya;

  • menstabilkan suhu badan kita serta degupan jantung dan denyutan nadi,
  • membantu meningkatkan tenaga seharian serta memberi daya fokus dan perhatian,
  • membantu meningkatkan sistem perkumuhan badan, sama ada perpeluhan atau juga pembuangan,
  • membantu mengelakkan gejala seperti pening kepala, mual-mual, muntah dan kekejangan.

Macam anak-anak Aisah, di samping mengambil air kosong, mereka juga mengambil minuman yang mengandungi tinggi elektrolit.

Sebabnya minuman elektrolit mengandungi banyak zat mineral penting dalam penghidrasian badan.

Ini kerana apabila anak berpeluh, pelbagai garam dan mineral turut hilang dari badan.

Antara manfaat minuman elektrolit adalah membantu untuk mengembalikan dan mengekalkan cecair bendalir dalam badan.

Secara langsung, minuman ini dapat memastikan badan Aisah sentiasa terhidrasi dengan baik.

Tambahan pula, minuman elektrolit juga boleh menghilangkan haus dengan sangat cepat, dan membantu meningkatkan tenaga.

MINUMAN ELEKTROLIT PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Aisah memilih minuman Performance Drink dari Shaklee untuk menjaga hidrasi anak-anak.

Sebab utamanya minuman Performance Drink ini bukan jenis berkarbonat seperti kebanyakan minuman elektrolit lain di pasaran.

Maka, ia tidaklah membuatkan perut anak rasa bergas, kembung atau tak selesa selepas meminumnya kan. Memang sesuai untuk anak-anak.

Lagi pun rasanya sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila minum-minum sejuk-sejuk tu, memang rasa sangat menyegarkan.

Anak-anak Aisah sendiri secara sukarela bawa botol air besar berisi minuman Performance Drink Shaklee ke sekolah hampir setiap hari.

Memang habis diminum mereka. Lebih-lebih lagi masa musim panas, atau selepas Pendidikan Jasmani dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Oh ya, Performance Drink Shaklee ini didatangkan dalam dua jenis perasa, oren dan juga ‘lime‘ (limau).

Mudah saja nak sediakan, bancuhkannya dengan air suam atau kosong. Terus anda boleh minum dah.

Tapi kalau anda nak variasikan cara penyediaan pun boleh je. Macam dalam video ni.

MANA NAK BELI PERFORMANCE DRINK SHAKLEE?

Jika anda ingin mencuba produk di atas, boleh hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus. 

www.wasap.my/60176477837/HidrasiAnak

www.wasap.my/60176477837/HidrasiAnak

Pengedar Shaklee Subang Jaya
Anda order produk Shaklee, Aisah uruskan penghantaran. Mudah kan?

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh “self-collect” terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya di Rancha-Rancha.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

vitamin anak Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

Follow saya di media sosial berikut:

Instagram: sitiaisahmdibrahim

Youtube: https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok: sitiaisahmohdaibrahim

#shakleetothrive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *