Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Kesan Diet Yoyo Masa Hari Raya, Punca Penyakit Kronik Datang

Kesan Diet Yoyo Masa Hari Raya, Punca Penyakit Kronik Datang

“Kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang, ketupat rendang sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi.”

Hari raya di negara kita ini sangat sinonim dengan juadah raya. Betul tak?

Bermacam makanan dan minuman disajikan. Bukan saja sedap dipandang, malah sedap disuapkan ke dalam mulut.

Ada pedas, masin. Ada berlemak, manis.

Fuh, memang menggoda deria rasa kita. Bukan mudah nak menahan diri. Lebih-lebih lagi orang sekeliling kita pun betul-betul nampak berselera menjamahnya.

“Sedap ni, rugi tau kalau kau tak rasa,” dipujuk dirayunya kita pula.

Terus kita pun lalai dan makan semahu-mahunya. Itu yang kadang-kadang sampai tak ingat dunia.

Orang kata, ke laut jadinya. Oppsss.

ANDA PERASAN TAK, JUADAH RAYA KITA MAJORITINYA TAK ADA…

Juadah hari raya aidilfitri

Sama ada kita sedar atau tidak, juadah raya kita sebenarnya tak berapa seimbang.

Kalau kita sepanjang hari meluangkan masa mengunjung ke rumah sanak saudara atau rumah terbuka, besar kemungkinan kita tak dapat amalkan pemakanan suku-suku separuh pun.

Apa itu suku-suku separuh?

Maksudnya dalam sepinggan makanan kita mestilah mempunyai,

  • ¼ atau suku pinggan adalah makanan daripada sumber bijirin (seperti nasi, pulut, mi).
  • ¼ atau suku pinggan adalah makanan daripada sumber ikan, telur, daging, itik, atau ayam.
  • ½ atau separuh pinggan adalah sayur-sayuran atau buah-buahan.
diet suku suku separuh

Ehem, pembaca blog Aisah semua nampak tak di mana kekurangan juadah raya kita?

Ya, kita sukar dapat sayur-sayuran atau buah-buahan dalam pinggan kita.

Sebab memang kebanyakan juadah raya kita memang hampir tiada sayur-sayuran atau buah-buahan.

Jika ada pun, mungkin lontong. Tetapi tidak semua negeri di dalam Malaysia ini menjadikan lontong sebagai hidangan hari raya.

Selain itu, mungkin mi kari, mi sup atau juga soto. Hidangan ini ada sayur, tapi kuantitinya sangatlah sedikit.

Jadi, secara kesimpulannya memang pemakanan semasa raya kita memang susah nak seimbang. Tak dapat nak ikut carta piramid pemakanan pun.

diet piramid makanan terbaru

Maka, tak hairanlah memang sangat-sangat senang nak ke laut tabiat pemakanan kita pada musim hari raya.

Berat badan kita sendiri pun naik mendadak semasa perayaan ni. Melebihi berat semasa sebelum masuk bulan Ramadan tempoh hari pula.

Bukan itu saja.

Silap haribulan, paras kolestrol dan gula pun boleh ‘shoot’ naik. Oh tidak.

DIET YOYO, BUKAN SALAH HARI RAYA

“Tak apa, hari tu dah berpuasa sebulan. Nanti habis Syawal nanti kita control makan balik.”

Mungkin ramai yang berfikiran sebegini.

Dan, Aisah sendiri pun dulu berfikiran macam ni juga. Dengan harapan lepas habis raya, kita usaha untuk turun berat badan balik.

Lama kelamaan, baru Aisah sedar pandangan ini kurang tepat. Sebab realitinya susah nak jadi, kan?

Siapa setuju, kita geng.

Selalunya, harapan tinggal harapan saja.

In fact‘, pandangan sebegini menyumbang kepada diet yoyo.

Dan diet yoyo ini boleh memberi kesan negatif bukan saja pada fizikal, malahan juga psikologi.

APA ITU DIET YOYO?

diet hari raya
Photo by PNW Production on Pexels.com

Secara umumnya, diet yoyo merupakan keadaan di mana anda mengalami kehilangan berat badan tetapi berat kembali naik dalam tempoh masa yang sekejap.

Keadaan ini boleh berlaku secara berulang-ulang. Malah ia juga boleh berlaku disebabkan perubahan corak pemakanan.

Aisah bagi satu contoh mudah untuk kefahaman kita semua.

Kita mungkin kehilangan beberapa kilo berat selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Ini disebabkan jumlah pengambilan pemakanan kita sepanjang bulan tersebut berkurangan.

Selain itu, kebiasaannya tempoh seharian kita berpuasa di Malaysia ini adalah sekitar 13 jam.

Menurut beberapa kajian yang dijalankan, berpuasa bagi tempoh 10-16 jam boleh menyebabkan tubuh kita akan menukarkan lemak yang tersimpan di dalam badan kepada tenaga.

Seterusnya, ia membebaskan ketone ke dalam aliran darah. Dan ini membuatkan kita mengalami penurunan berat badan di bulan Ramadan.

Tetapi apabila memasuki Syawal, gaya dan corak pemakanan kita menjadi berubah.

Kita makin menjadi lebih kerap. Jumlah keseluruhan kuantiti hariannya pula lebih banyak. Ditambah pula hidangan tidak seimbang.

Maka tidak hairanlah baru sahaja beberapa minggu di bulan Syawal, berat badan kita naik banyak dan mendadak.

Adakalanya lebih banyak daripada apa yang hilang semasa Ramadan pula tu.

Situasi ini yang dinamakan sebagai diet yoyo. Dan ianya juga dikenali dengan nama ‘yoyo effect’ atau ‘weight cycling’.

KESAN DIET YOYO KEPADA FIZIKAL ANDA

Jika anda melalui situasi diet yoyo seperti yang Aisah terangkan, besar kemungkinan anda akan mengalami pelbagai kesan fizikal.

1. Kehilangan jisim otot (‘muscle mass‘)

Semasa berpuasa, kita berkemungkinan untuk kehilangan jisim otot (‘muscle mass‘).

Kebiasaannya, kita jarang sekali melakukan aktiviti fizikal di bulan Ramadan.

Sebabnya, kita kepenatan atau risau badan menjadi semakin lapar dan haus. Tak tahan nak berpuasa pula nanti, kan.

Asasnya, individu yang mempunyai ‘muscle mass‘ lebih tinggi, mereka akan dapat membakar lebih banyak lemak, walaupun ketika dia sedang berehat.

Apabila ‘muscle mass‘ semakin menurun, maka kadar metabolisme badan kita juga berkemungkinan untuk turun. Kuranglah kadar lemak dapat dibakar.

Dan ini membawa kepada kesan yang seterusnya di bawah.

2. Pertambahan peratusan lemak badan (‘body fat percentage‘)

Adalah tak menghairankan jika anda mula perasan bahagian badan tertentu mulai berlipat selepas perayaan.

Antaranya bahagian perut, dada, atau bahagian bawah lengan.

Apabila anda mengubah tabiat pemakanan (yang tentunya sangat berbeza dengan ketika Ramadan), maka berlakulah pertambahan berat badan.

Perlu kita semua ketahui ya.

Pertambahan berat badan boleh terjadi sama ada melalui lemak atau otot (‘muscle’).

Tetapi di antara kedua-duanya, lemak adalah paling mudah dan cepat sekali bertambah di dalam badan kita berbanding otot.

Ada kajian menyatakan, diet yoyo akan menghasilkan peratusan lemak di dalam badan yang berganda lebih banyak. Serta ukur lilit perut yang besar.

Kalau nak mudah faham, perut kita jadi makin memboroi atau ada ‘belly fat‘.

Dan ianya tak berhenti di sini sahaja ya.

3. Peningkatan hati berlemak (‘fatty liver‘)

hati berlemak fatty liver

Lemak hati atau ‘fatty liver‘ terjadi apabila badan kita menyimpan lebihan lemak yang terkumpul pada sel-sel hati.

Sebab itu, golongan obesiti seringkali dikaitkan dengan masalah ‘fatty liver‘.

Dan pertambahan berat badan juga boleh membuatkan anda mempunyai risiko yang sedemikian.

Masalah ‘fatty liver‘ boleh meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang menghidap penyakit hati.

4. Pencetus penyakit kronik

Juadah raya kita ni sememangnya tinggi kandungan gula, garam, lemak dan karbohidrat. Tapi tidaklah sampai kita perlu menolaknya secara total.

Tuan rumah dah penat-penat sediakan, kita pula tak mahu menjamahnya.

Tak ada salah pun dengan juadah raya tu. Kita boleh saja mengambilnya, tapi biarlah secara bersederhana.

Usah berlebihan sampai perut rasa penuh atau sendat. Rasa nak tersandar pada kerusi dan dinding kejap.

Sebab bila kita terlebih makan ni, umpama menjemput penyakit datang masuk ke dalam badan kita. Antaranya, kencing manis, darah tinggi, obesiti, penyakit jantung serta kanser.

KESAN DIET YOYO KEPADA PSIKOLOGI ANDA

Diet yoyo bukan saja boleh memberi kesan negatif kepada fizikal, tetapi juga kepada psikologi anda.

Pernah tak anda dengar kata-kata sebegini,

“Nak turun berat badan punyalah payah, tapi nak naiknya senang betul.”

Ya, proses menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah. Aisah rasa ramai di kalangan anda setuju dengan penyataan ini.

Kalau berat badan naik balik, dan kita perlu nak kawal semula pemakanan daripada mula, ia membuatkan kita rasa susah sangat nak lakukannya.

Bila rasa susah, maka mental kita pun diasak pelbagai perasaan.

Putus asa. Putus harapan. Kecewa. Sedih. Stress. Kemurungan.

Akhirnya kita hilanglah keyakinan kepada kebolehan badan sendiri untuk turun berat serta ‘maintain‘kannya.

Hilang keinginan nak jaga bentuk badan. Hilang keinginan nak jaga kesihatan badan.

Secara tak langsung, kita cenderung untuk meneruskan tabiat pemakanan yang silap tersebut.

Sambil mengenang kembali saat-saat manis pernah turun berat badan suatu ketika dulu, serta melihat pada saiz baju-baju lama.

TIPS MUDAH CONTROL DIET MAKAN MUSIM HARI RAYA

Minimumkan pengambilan air manis. Sebaliknya lebihkan meminum air kosong atau suam.

Sebaiknya ambil air ini sebelum makan, supaya perut kita rasa sedikit penuh atau sebu. Maka kuranglah kita nak terlajak makan secara berlebihan.

Selain itu, anda juga boleh mengambil minuman yang boleh memberi kekenyangan segera kepada perut. Serta mampu membantu memotong rasa ‘craving’ atau keinginan untuk makan.

“Ada ke minuman sebegitu?”

Ada je, dan Aisah sendiri mengambilnya hampir setiap hari.

Bukan saja boleh membantu dari tak nak terlajak makan. Tapi juga mampu membantu dengan mudah untuk ‘maintain‘ berat badan yang sudah kurus.

Minuman yang Aisah ambil adalah Cinch Mixed Soy Protein dari Shaklee.

CINCH MIXED SOY PROTEIN SHAKLEE TAHAN ANDA DARI MAKAN BERLEBIHAN

Minuman cinch shaklee shake diet cepat kenyang tahan lapar

Cinch Mixed Soy Protein merupakan sejenis minuman protein yang dapat membantu anda dalam untuk kawal pemakanan.

Sebab di dalamnya mempunyai beberapa bahan-bahan yang berkesan dalam tujuan sedemikian.

Ekstrak Guar Gum

Juga dikenali sebagai guaran, dan diesktrak dari tumbuhan kekacang guar.

‘Guar gum‘ merupakan salah satu jenis makanan tergolong dalam kategori serat larut (‘soluble fiber‘).

Makanan jenis ini membantu memperlahankan penghantaran makanan dari perut untuk sampai kepada usus.

Apabila ini berlaku, badan anda akan mengambil lebih masa untuk menghadam dan menyerap nutrien makanan.

Kesannya, anda akan berasa kenyang lebih lama. Atau dalam kata lain, lambat nak lapar.

Secara tak langsung, ‘guar gum‘ membantu mengawal serta menurunkan selera makan anda.

Leusine

Leusine membantu dalam pengawalan insulin dan glukosa dalam badan.

Orang yang selalu rasa nak kerap makan (‘craving’) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.

Dengan pengambilan leusine, ia membantu dalam pengawalan kedua-kedua kandungan tersebut di dalam badan.

Kesannya, ia dapat mengawal perasaan keinginan nak makan.

Selain itu, leusine juga membantu badan anda daripada kehilangan jisim otot (‘muscle mass’). Mengekalkan ‘muscle mass’ adalah penting dalam menurunkan berat badan.

Sebabnya, ototlah yang membantu badan anda untuk membakar lebih banyak kalori setiap hari, walaupun ketika sedang berehat di atas sofa.

Oh ya. Minuman Cinch Mixed Soy Protein Shaklee ini didatangkan dalam 3 perisa.

Vanilla. Cokelat. Cafe Latte.

Jadi, anda boleh pilih mana-mana satu yang menepati selera kegemaran anda.

MANA NAK BELI PRODUK SHAKLEE?

Aisah sendiri pengguna produk Shaklee untuk membantu mengekalkan berat badan serta membakar lemak, lebih-lebih lagi semasa Syawal ini. Berat Aisah sekarang 56 kg tau. Maintain dari tahun lepas.

Jika anda mementingkan penampilan serta mempunyai kebimbangan terhadap berat badan menaik, boleh cuba produk di atas.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus. 

www.wasap.my/0176477837/SayaNakControlMakan

www.wasap.my/0176477837/SayaNakControlMakan

Aisah juga akan beri tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh “self-collect” terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya di Rancha-Rancha.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

vitamin anak Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

Follow saya di media sosial berikut:

Instagram: sitiaisahmdibrahim

Youtube: https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok: sitiaisahmohdaibrahim

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?