Stress Masalah Bisnes? Anda Lihat Apa Video Motivasi Ini Kata

Stress Masalah Bisnes? Anda Lihat Apa Video Motivasi Ini Kata

Banyak betul cabaran buat bisnes tahun ni. Ekonomi slow, income slow. Bila stuck macam ni, memang tak ada motivasi, rasa nak stop je bisnes.

Mungkin belum terlambat untuk Aisah ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Maaf zahir batin.

Untuk kali ini, Aisah nak berbicara satu situasi yang agak menarik. Aisah rasa ramai antara kita yang sentiasa hadapinya pada 1 Syawal.

Apa dia? Jeng jeng jeng.

KISAH BIASA SETIAP KALI 1 SYAWAL

Pada pagi Syawal, kita sudah bersiap memakai baju raya lengkap, sedondon dengan pasangan dan anak-anak.

Untuk raya tahun ni, kita pilih warna hijau emerald (sebagai contoh). Sebabnya kita rasa warna ini cantik, unik dan eksklusif.

Selepas bersarapan pagi, kita pun pergi ke masjid untuk bersembahyang raya.

Kita pun duduk di atas permaidani masjid. Sambil mulut mengalunkan takbir raya, mata kita melihat jemaah lain yang turut hadir.

“Hurm, jemaah yang duduk depan aku ni pakai baju warna yang sama macam aku.”

Mata melilau ke tempat lain lagi.

“Eh, yang duduk hujung sana tu pun pakai baju hijau emerald juga.”

Kita buat-buat menoleh ke belakang.

“Huish, yang tu pun sama juga.”

Kemudian, kita nampak sesosok jemaah baru masuk ke ruang sembahyang.

“Dia pun pakai baju hijau emerald lah.”

Hati kita pun mula terdetik perasaan yang sesuatu.

Selesai sembahyang raya, kita pun pulang ke rumah. Dan ambil gambar sekeluarga cantik-cantik.

Kemudian, kita pun ‘upload‘ gambar raya tersebut di dalam media sosial seperti Facebook atau Instagram.

Menjelang tengah hari, kita perhatikan ramai rakan-rakan pun sudah ‘upload‘ gambar masing-masing.

‘Kita ‘scroll’ satu persatu, sambil menge’like‘ gambar mereka.

Tiba-tiba perasaan yang timbul di masjid pagi tadi muncul kembali,

“Eh, famili dia pun pakai sedondon hijau emerald.”

Scroll, scroll, scroll‘ lagi.

“Lah, kawan aku seorang ni pun pakai warna sama juga.”

‘Scroll, scroll, scroll‘ lagi.

“Fuh, ni lagi satu famili pakai hijau emerald.”

Minda kita pun secara automatik membuat satu rumusan.

“Ingatkan tak ramai pakai green emerald tahun ni. Rupanya, trend raya tahun ni hijau emerald.”

APA YANG DAH BERLAKU SEBENARNYA NI?

Tips motivasi, kita adalah apa yang kita selalu fikirkan.
Kita adalah apa yang kita selalu fikirkan di dalam minda

Realitinya, jika anda tanya orang yang memilih warna biru diraja tema raya tahun ni (atas dasar mahu cantik, unik dan eksklusif juga), mereka pun akan hadapi situasi yang sama macam anda.

Mereka juga akan cenderung nampak orang memakai baju raya berwarna biru di mana-mana saja.

Dan minda mereka mengatakan bahawa trend warna tema raya tahun ni adalah biru.

Dan begitu juga yang terjadi kepada orang lain yang memilih warna lain seperti ungu, kuning, merah, coklat atau pink sebagai tema raya.

Mereka pun kata warna pilihan mereka rupanya adalah trend raya pada tahun tersebut.

Eh, eh, eh, apa yang sedang berlaku ni?

Ok, pertama sekali jangan risau.

Benda ni normal. Ia bukan saja berlaku pada pagi raya. Ia berlaku juga pada waktu-waktu lain.

Sebagai contoh, anda tengah ‘survey‘ nak pasang ‘wainscoting‘ untuk dinding rumah.

Tiba-tiba anda macam perasan banyak pula gambar-gambar kawan anda dalam media sosial mempunyai latar belakang dinding rumah mereka yang dihias dengan ‘wainscoting‘.

Atau, mungkin sedang mengikuti drama bersiri yang sedang ‘trending’ sekarang.

Terus timbul rasa minat anda terhadap salah seorang pelakon tersebut. Bila anda memandu kereta di jalanraya, atau berjalan di ‘shopping mall‘ anda perasan,

“Eh, merata-rata muka dia ni dekat ‘billboard‘ tepi jalan atau papan iklan dalam shopping mall.”

Walhal, sebenarnya mungkin muka artis tersebut dah lama berada di situ. Cuma anda baru perasan.

APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN DI DALAM BISNES?

Apa yang berlaku sebenarnya adalah disebabkan sudut pandang kita dalam melihat sesuatu perkara.

Jika kita rasakan sesuatu perkara itu sangat penting atau sentiasa bermain dalam fikiran, minda kita secara tak langsung (di luar sedar) juga memandu ke arah perkara tersebut.

Sebab itu ada ‘quote‘ yang popular mengatakan,

“It is easy to spot a red car when you are always thinking of red car.”

motivasi ubah cara minda berfikir

Hakikatnya, reaksi kita banyak dipandu atau dipengaruhi oleh pemikiran kita. Apa yang kita selalu fikirkan itulah yang akan kita seringkali nampak.

Dalam kehidupan kita, pasti setiap hari akan berjumpa cabaran, ujian dan masalah. Dan ini termasuklah dalam dunia bisnes.

Di satu sudut, ada orang bisnes mengatakan ia dah jadi lumrah. Atau dalam bahasa lain, dah jadi makanan harian.

Tapi di satu sudut lain, ada orang bisnes tak biasa dengan benda-benda begini. Atau dalam bahasa lain, tak boleh nak telan atau hadam.

Dan yang membezakan kedua-dua ini adalah cara dan corak bagaimana kita melatih minda kita melihat dan menafsir sesuatu perkara.

KATA-KATA MOTIVASI YANG BOLEH BANTU KITA KELUAR DARIPADA DIBELENGGU MASALAH BISNES

Di sini Aisah kongsikan sebuah video daripada ‘speaker‘ motivasi terkenal Simon Sinek. Kata-kata motivasi beliau mampu membantu ubah perspektif kita.

Dia ada menjelaskan bagaimana pemain ski (‘ski player’) boleh meluncur di atas salji bersimpang siur dengan mudah tanpa melanggar pokok.

Sebabnya, mereka dilatih untuk meluncur dengan mengikut laluan salji. Ajarannya adalah “follow the path“. Jadi, minda mereka secara automatik memandu mata untuk melihat hanya pada laluan.

Minda mereka tak dilatih untuk mengelak pokok-pokok. Mereka tak diarahkan, “don’t hit the trees“.

Anda nak tahu kenapa?

Sebabnya, arahan sebegitu membuatkan minda akan memimpin mereka untuk sentiasa fokus melihat pokok. Dan akhirnya… dia kerap langgar pokok.

https://www.youtube.com/shorts/YT6AnoKrdqo
Kata-kata motivasi dari Simon Sinek yang mampu mengubah cara kita keluar daripada belenggu cabaran berbisnes

ORANG BISNES PERLU TAHU CARA LATIH MINDA

“Sales jatuh, income jatuh.”

“Bila aku respon customer yang PM, terus krik krik. Blue tick je.”

“Bila promote di FB, selalu orang tak ada respon pun.”

Cabaran dan masalah dalam bisnes akan jadi bebanan bila kita sentiasa melatih minda fokus padanya.

Kita pun akan bertindak secara negatif. Merungut, atau ‘complain’. Ianya memenatkan, tetapi masalah tetap tidak juga pergi.

Akibatnya, bisnes kita akan jadi ‘stuck‘. Kita susah nak menggerakkan bisnes sendiri. Hilang motivasi dan terus ke laut. Kecewa, sedih, murung.

Apa juga catatan ‘big why’ kita di dalam bisnes pun lenyap entah ke mana.

Inilah yang terjadi pada pihak yang sukar nak telan dan hadam cabaran dan masalah seperti yang Aisah cerita di perenggan sebelum ni.

Jika orang bisnes nak elakkan perkara sebegini, maka kita kena latih minda untuk fokus kepada penyelesaian. Solusi.

“Aku tak boleh biar sales jatuh, aku wajib buat sesuatu.”

“Selalu kena krik-krik, aku kena cari idea macam nak improve teknik close sales.”

“Hurm, promote dekat FB tak ada respon, mesti ada cara lain boleh tarik orang ni.”

Apabila solusi sentiasa bermain dalam fikiran, secara automatik ia akan memimpin diri kita untuk nampak idea penyelesaian.

Dan jangan terkejut, solusi tersebut sebenarnya mudah, tetapi tak terlintas dalam fikiran pun.

Jadi, taklah bisnes kita selalu ‘stuck‘, dan tidak bergerak. Hati kita pun sentiasa motivasi tinggi dalam bisnes.

Taklah kita terbuang masa dan tenaga berlebihan untuk berada dalam ‘vibe‘ negatif.

Itulah yang dikatakan oleh sesetengah pihak masalah adalah sebagai makanan harian saja.

PENGALAMAN AISAH DALAM BISNES SHAKLEE

Aisah telah terlibat dalam bisnes bersama Shaklee sejak 2012. Dan kini mempunyai ramai ‘sales leader‘ di dalam organisasi team Aisah sendiri.

Seperti Aisah, mereka juga sudah begitu lama dalam bisnes Shaklee.

Hampir saban hari ada pelbagai jenis cabaran dan permasalahan berkenaan bisnes dihadapi oleh kami. Dan selalu juga kami akan ‘brainstorming‘ bagaimana untuk mencari solusi keluar daripadanya.

“Kak, tempat saya susah dapat line nak buat bisnes. Ada cara tak nak buat bisnes Shaklee?”

“Kak, saya nervous nak cakap depan orang, nak buat live. Macam mana ya?”

“Aisah, saya kurang pandai nak buat konten, macam mana nak start?”

“Aisah, akak tengok Aisah ok je approach customer dekat whatsapp. Macam mana nak mesej diorang supaya tak nampak macam mendesak?”

Ini adalah sebahagian daripada ribuan permasalahan yang ditemui sepanjang berbisnes di dalam Shaklee.

Dan alhamdulillah, hasil daripada mengubah fokus daripada masalah kepada solusi, memang kami boleh menggerakkan bisnes.

SIAPAKAH AISAH?

Aisah dahulunya merupakan seorang jururawat ICU serta clinical instructor yang bekerja di beberapa buah hospital di dalam Malaysia dan Arab Saudi.

Kini Aisah sudah pun menumpukan bisnes Shaklee secara sepenuh masa (‘full time‘), dan mencapai pelbagai anugerah daripada syarikat.

Antaranya mencapai ranking tertinggi dalam Shaklee iaitu, Master Coordinator, pada tahun 2015.

Dengan menggunakan pengalaman dan ilmu dalam bidang kesihatan serta bisnes, Aisah membantu ramai orang menjana pendapatan daripada Shaklee.

Pelbagai bentuk latihan diberikan, sama ada secara berkumpulan atau juga ‘private coaching‘. ‘Online‘ atau juga ‘offline‘.

Antara latihan yang diberikan adalah;

  • pemasaran secara online dan offline
  • strategi membuat konten di blog dan media sosial
  • motivasi diri
  • kemahiran berkomunikasi, dan banyak lagi

Ini bagi membantu mana-mana individu untuk mencapai potensi diri dalam menggapai impian atau ‘big why‘ mereka.

offline training tentang strategi pemasaran, kemahiran berkomunikasi dan motivasi
Saya bersama team selepas offline training tentang strategi pemasaran, kemahiran berkomunikasi dan motivasi
Online training melalui zoom tentang bagaimana merangka big why di dalam bisnes

JOM JOIN BISNES ONLINE SHAKLEE BERSAMA AISAH SEKARANG

Aisah pelawa anda untuk ‘join‘ bisnes Shaklee bersama-sama Aisah.

Bukan saja sama-sama menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Tetapi juga berpotensi untuk kelihatan lebih sihat dan muda lebih lama.

Selain tu, Shaklee menawarkan pelbagai insentif. Antaranya pakej percutian mewah ke luar negara, bonus kereta, serta majlis gilang gemilang meraikan pencapaian bisnes anda.

Trip percutian Shaklee ke Itali

Anda boleh baca perkongsian Aisah tentang insentif ni dengan lebih ‘detail‘ dalam artikel sebelum ni, anda boleh kliknya di sini.

Aisah menerima semua orang. Tak kira sama ada anda bekerja, atau ada bisnes lain, atau pun juga suri rumah.

Dan Aisah tak mengira kaum, agama dan negeri. Sebab organisasi Aisah memang majmuk ya.

Ada pelbagai bangsa dan agama. Dari Semenanjung sampai ke Sabah dan Sarawak.

Paling penting, umur anda sudah melepasi 18 tahun. Serta ada motivasi tinggi nak berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga menikmati insentif lumayan Shaklee sediakan.

Anda hubungi Aisah sekarang dengan klik link ini;

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

Nak call Aisah pun boleh terus. Dail nombor Aisah ini, 0176477837.

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *