7 Tip TTC Ikhtiar Hamil Lebih Pantas

7 Tip TTC Ikhtiar Hamil Lebih Pantas

Perjalanan TTC (Trying to Conceive) atau ikhtiar mendapatkan zuriat bukanlah sesuatu yang mudah. Ada pasangan yang dikurniakan rezeki anak seawal perkahwinan, tetapi ramai juga yang perlu menunggu bertahun-tahun.

Hakikatnya, 1 daripada 6 pasangan di dunia menghadapi masalah kesuburan, sama ada dari pihak lelaki atau wanita.

Apa yang penting, pasangan perlu memahami bahawa kesuburan bukan hanya tanggungjawab wanita semata-mata. Lelaki juga memainkan peranan besar dalam menentukan peluang kehamilan.

Jadi, artikel ini Aisah akan berkongsi 7 tip penting untuk tingkatkan kesuburan lelaki & wanita, ada saya ambil sedikit dari artikel the parents agar perjalanan TTC anda lebih teratur, sihat dan penuh semangat positif.

TIP PERTAMA TTC : FAHAMI KITARAN SUBUR WANITA

Langkah pertama untuk meningkatkan peluang hamil ialah memahami kitaran haid wanita. OvulaSI biasanya berlaku sekali dalam sebulan, iaitu apabila telur matang dilepaskan dari ovari. Menurut petikan Hello Doctor waktu ini dipanggil hari subur.

  • Kitaran normal wanita adalah 28 – 32 hari.
  • Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 (bagi kitaran 28 hari).
  • Tanda ovulasi: perubahan cecair serviks menjadi lebih jernih & licin, suhu badan basal meningkat sedikit, serta sakit ringan pada bahagian perut bawah.

Bagi pasangan TTC, hubungan intim pada waktu subur inilah yang paling meningkatkan peluang untuk hamil. Sekarang juga sudah banyak alat ovulation test kit yang boleh membantu menentukan hari subur dengan lebih tepat.

TIP KE- 2 TTC : JAGA PEMAKANAN SEIMBANG

Makanan yang anda ambil memberi kesan besar kepada kesuburan. Kajian menunjukkan bahawa nutrisi tertentu mampu membantu meningkatkan kualiti telur wanita dan sperma lelaki.

Nutrisi penting untuk wanita:

  • Asid folik – elak kecacatan tiub saraf bayi.
  • Vitamin E & C – antioksidan yang lindungi sel telur daripada radikal bebas.
  • Zat besi – kurangkan risiko anemia yang menjejaskan ovulasi.

Nutrisi penting untuk lelaki:

  • Zinc – bantu penghasilan sperma yang lebih sihat & kuat.
  • Omega-3 – tingkatkan pergerakan sperma.
  • Vitamin C – kurangkan kerosakan DNA dalam sperma.

Elakkan makanan segera, tinggi gula, makanan bergoreng & minuman bergas kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma serta hormon wanita. Sebaliknya, pilihlah makanan segar seperti sayuran hijau, buah-buahan, kekacang, ikan berlemak sihat, dan bijirin penuh.

TIP KE-3 TTC : KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL DAN SENAMAN

Berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menjejaskan kesuburan. Wanita dengan BMI tidak seimbang lebih berisiko mengalami gangguan hormon, haid tidak teratur, atau tidak berovulasi langsung.

Bagi lelaki, obesiti boleh menjejaskan jumlah serta kualiti sperma. Kajian menunjukkan lelaki obes mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah.

Senaman ringan seperti brisk walk, yoga, berbasikal atau berenang sangat baik untuk mengekalkan berat badan ideal. Elakkan senaman terlalu ekstrem kerana ia boleh menekan hormon dan mengganggu ovulasi.

TIP KE-4 TTC : AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT 4

Kesuburan bukan hanya tentang makan & senaman, tetapi juga gaya hidup seharian. Antara perkara penting ialah:

  • Berhenti merokok & vape – Nikotin menjejaskan kualiti sperma & mengganggu rahim wanita.
  • Kurangkan alkohol & kafein berlebihan – Ia boleh melemahkan sperma dan mengganggu kitaran haid.
  • Urus stres dengan baik – Tekanan emosi boleh menyebabkan haid tidak teratur & menurunkan libido. Cuba meditasi, doa, journaling atau sekadar berjalan di taman.
  • Tidur cukup 7-8 jam sehari – Tidur yang berkualiti membantu menyeimbangkan hormon.

TIP KE-5 TTC : SUPLEMEN DAN SOKONGAN NUTRISI

Walaupun pemakanan harian penting, realitinya tubuh kita tidak selalu mendapat cukup nutrisi daripada makanan semata-mata. Faktor seperti cara masakan, makanan diproses, tekanan hidup, dan pencemaran boleh mengurangkan nutrisi yang diserap badan.

Di sinilah suplemen memainkan peranan untuk menyokong kesihatan kesuburan lelaki dan wanita.

Shaklee, sebagai jenama suplemen semula jadi yang telah lebih 60 tahun di pasaran, sering menjadi pilihan ramai pasangan TTC kerana ia berkesan, selamat dan diuji secara klinikal.

Berikut adalah nutrisi penting yang disarankan untuk pasangan yang sedang berusaha menimang cahaya mata:

1. Asid Folik (Wanita)

Asid folik sangat penting untuk wanita yang merancang kehamilan. Ia membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi dan menyokong proses pembentukan sel darah merah yang sihat.

  • Pilihan Shaklee: B-Complex with Folic Acid
  • Membekalkan asid folik semula jadi yang mudah diserap.
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B penting yang membantu metabolisme tenaga, kurangkan stres, dan menyokong sistem saraf.
  • Disyorkan diambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil untuk kesan optimum.

2. CoQ10 (Wanita)

CoQ10 ialah sejenis koenzim yang bertindak sebagai antioksidan kuat untuk melindungi sel telur daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga membantu meningkatkan tenaga dalam sel, sekaligus menyokong kualiti telur yang lebih sihat.

  • Pilihan Shaklee: CoQ-Trol Plus
  • Diformulasikan dengan CoQ10, resveratrol dan tocopherol (vitamin E).
  • Membantu meningkatkan tenaga sel, termasuk sel reproduktif.
  • Kajian menunjukkan wanita dengan tahap CoQ10 mencukupi mempunyai peluang ovulasi yang lebih baik.

3. Zinc & Vitamin E (Lelaki)

Kesihatan sperma sangat bergantung pada dua nutrisi utama iaitu zinc dan vitamin E. Zinc berfungsi menghasilkan sperma yang lebih banyak dan berkualiti, manakala vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sperma daripada kerosakan.

  • Pilihan Shaklee:
    • Zinc Complex – menyokong penghasilan hormon testosteron & kualiti sperma.
    • Vita-E Complex – mengandungi vitamin E semula jadi bersama selenium, berfungsi meningkatkan daya tahan sperma serta kesihatan reproduktif lelaki.
    • Kombinasi zinc + vitamin E ini sangat digalakkan untuk lelaki TTC kerana ia membantu meningkatkan kualiti, kuantiti dan pergerakan sperma.

Boleh juga membaca artikel saya bagaimana meningkatkan kesuburan terutamanya kesihatan lelaki – Masalah kesuburan lelaki makin membimbangkan.

4. Omega-3 (Pasangan)

Omega-3 bukan sahaja bagus untuk jantung dan otak, tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam kesuburan lelaki dan wanita. Bagi wanita, omega-3 membantu menyeimbangkan hormon dan meningkatkan kesihatan rahim. Bagi lelaki pula, ia membantu meningkatkan motiliti sperma.

Untuk lelaki, ia menyokong kesihatan sperma agar lebih aktif & berkualiti.

Pilihan Shaklee: Omega Guard

Sumber omega-3 tulen daripada ikan laut dalam.

Membantu mengurangkan keradangan dalam badan, menstabilkan hormon, dan menyokong kesihatan rahim.

TIP KE-6: BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN KESUBURAN

Jika sudah lebih 1 tahun berusaha tetapi masih belum berhasil, adalah wajar untuk mendapatkan pemeriksaan kesuburan daripada doktor pakar.

  • Bagi wanita: doktor akan menilai tahap hormon, keadaan rahim & tiub fallopian.
  • Bagi lelaki: ujian analisis sperma akan dilakukan untuk menilai kualiti & kuantiti sperma.

Pemeriksaan awal boleh membantu mengenal pasti masalah sebenar dan memudahkan rawatan yang lebih tepat.

Perjalanan TTC memerlukan kesabaran, usaha berterusan dan doa yang ikhlas. Jangan sesekali menyalahkan diri atau pasangan jika rezeki belum tiba. Ingatlah bahawa setiap pasangan mempunyai perjalanan berbeza, dan rezeki zuriat adalah ketentuan Allah yang datang pada waktu terbaik.

Dengan menjaga pemakanan, gaya hidup, berat badan, serta mengambil nutrisi tambahan yang sesuai, peluang untuk hamil pasti akan meningkat.

Paling penting, kekalkan komunikasi yang baik antara pasangan agar perjalanan TTC ini menjadi lebih ringan dan penuh kasih sayang.

Jangan berhenti berharap, jangan berhenti berusaha, kerana setiap ikhtiar anda adalah satu langkah lebih dekat dengan rezeki yang ditunggu-tunggu.

Jika anda ingin menjaga atau meningkatkan kesihatan kesuburan anda, boleh cuba vitamin Shaklee yang disebutkan di atas. Terbukti, selamat dan berkesan.

Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus www.wasap.my/60176477837/NakAnak.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Siti Aisah Mohd Ibrahim-Pengedar Shaklee Subang Jaya

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

“The best shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *