Masalah Kesuburan Lelaki Makin Membimbangkan, Isteri Tak Berjaya Hamil
Masalah kesuburan yang melanda lelaki Malaysia kini telah berada pada tahap membimbangkan.
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu semasa sidang Dewan Negara baru-baru ini.
Ia adalah berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN).
Ujikaji yang dijalankan telah mendapati sebanyak 60% sampel menunjukkan keputusan abnormal. Ianya satu angka yang agak tinggi dan membimbangkan.
“Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.
“Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin.” – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat
APA ITU SPERMA TIDAK NORMAL?
Ada pelbagai situasi yang boleh menunjukkan bahawa sperma anda tidak normal.
Memetik artikel dari laman web Kementerian Kesihatan, berikut merupakan beberapa situasi yang boleh mengakibatkan sperma anda dikira tidak normal.
- Bilangan atau kiraan sperma anda yang rendah berbanding kadar normal.
- Sebahagian besar sperma anda tidak bergerak secara normal.
- Bentuk sperma anda yang tidak normal, iaitu tidak kelihatan seperti berudu.
- Ketiadaan sel sperma di dalam air mani anda.
- Kuantiti isipadu air mani anda kurang.
SALAH FAHAM TENTANG KESIHATAN SPERMA
Mungkin ada di kalangan lelaki mengira bahawa dirinya normal serta subur.
Anggapan ini dinilai berdasarkan keadaan fizikal sedia ada. Antaranya imej kelelakian, tubuh fizikal serta prestasi ketika melakukan hubungan suami-isteri.
Namun hakikatnya tidak begitu.
Ini kerana, penilaian begitu bukanlah petunjuk indikator kepada status sebenar air mani atau sperma anda. Malah ia mungkin tiada kaitan langsung.
Bagi mengetahui dengan lebih tepat status sperma, seseorang lelaki disarankan untuk mendapatkan ujian air mani di makmal-makmal perubatan.
PUNCA YANG BOLEH MENYEBABKAN KETIDAKSUBURAN LELAKI
Tidak dinafikan ada kes-kes sperma abnormal ini disebabkan oleh faktor genetik.
Namun begitu, kualiti sperma anda juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran lain.
Ini disebabkan sperma merupakan sel pembiakan lelaki yang sangat sensitif. Dan ini boleh memberi kesan kepada status kesuburan seseorang lelaki.
Antara faktor-faktor yang boleh menyumbangkan kepada penurunan kesihatan sperma anda adalah;
- Terdedah asap rokok, ini termasuklah bagi active smoker dan second hand smoker.
- Masalah berat badan atau kegemukan.
- Pengambilan minuman beralkohol.
- Pengambilan dadah atau steroid (termasuklah testosterone).
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu akibat penyakit sedia ada.
- Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.
- Kemaluan terdedah pada suhu panas seperti duduk lama memandu, aktiviti berbasikal berpanjangan, meletakkan laptop terlalu lama di atas riba, atau juga aktiviti bersauna.
- Jangkitan seksual yang boleh menyebabkan halangan pada laluan keluar sperma atau bacaan sperma tidak normal.
LANGKAH KERAJAAN MENINGKATKAN MASALAH KESUBURAN LELAKI
Mengambil pendekatan lebih proaktif , LPPKN juga mewujudkan klinik kesejahteraan lelaki yang telahpun beroperasi sejak Oktober 2022.
Pelbagai khidmat ditawarkan oleh klinik ini, antaranya;
- Ujian saringan kesihatan lelaki.
- Khidmat nasihat hubungan seksual.
- Amalan gaya hidup sihat.
- Menawarkan rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan lelaki
VITAMIN UNTUK KESUBURAN LELAKI, MEMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN SPERMA
Selain daripada gaya hidup sihat dan aktiviti senaman, pengambilan beberapa vitamin dari Shaklee juga boleh membantu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma anda.
- Zinc Plus
Zinc merupakan mineral yang banyak tertumpu di dalam testis lelaki. Ada kajian mendapati kekurangan nutrien zinc boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki .
Antara kebaikan pengambilan supplemen Zinc Plus dari Shaklee untuk anda adalah;
- Menaikkan kiraan dan bilangan sperma di dalam air mani anda
- Meningkatkan hormon testosterone anda
- Proses pembentukan genetik pada DNA
- Membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi
2. Vitamin E
Selain bermanfaat untuk wanita, rupanya vitamin E juga dapat meningkatkan kesuburan lelaki.
Apalagi, masalah kesuburan lelaki ini biasa disebabkan oleh akibat tingginya radikal bebas di dalam tubuh.
Berikut beberapa manfaat vitamin E Shaklee untuk kesuburan lelaki, di antaranya adalah :
- Meningkatkan pergerakan sperma
- Menambah jumlah sperma
- Meningkatkan kebarangkalian hamil tinggi pada pasangan anda
- Menggalakkan pembentukan sel baru termasuk RNA & DNA
- Menyokong kualiti telur
- Membantu persenyawaan telur dengan mudah
3. CoQ-Trol Plus
CoQ-Trol Plus merupakan vitamin bersifat menjana tenaga. Ia mengandungi Coenzyme Q10 atau CoQ10 yang bersifat antioksida.
CoQ10 akan melindungi sperma daripada kerosakan akibat berpunca radikal bebas. Ia juga mampu meningkatkan jumlah sperma yang sihat dan aktif bergerak.
Anda kena tahu bukan semua sperma boleh berenang dengan baik.
Jadi, CoQ10 ni akan bekalkan tenaga dekat sperma ni untuk menjadikan sperma lebih aktif bekerja. Secara tidak langsung suami pun akan lebih subur.
4. OmegaGuard
Menurut satu hasil kajian yang dilakukan di Denmark, para penyelidik mendapati diet yang mengandungi Omega-3 fatty acids (asid lelemak) adalah sangat baik untuk kesuburan lelaki.
Ini kerana adalah sangat penting bagi membrane sel sperma untuk mempunyai tinggi kandungan Omega-3 fatty acids agar ia dapat berfungsi dengan baik. Dengan pengambilan supplement Omega-3 fatty acids, ia dapat membantu,
- Meningkatkan isipadu air mani anda.
- Meningkatkan bilangan sperma di dalam air mani anda.
- Meningkatkan peratusan sperma bergerak secara lurus.
- Meningkatkan peratusan penghasilan bentuk sperma yang lebih sihat.
Salah satu supplement Omega-3 yang boleh anda ambil adalah daripada Shaklee, iaitu minyak ikan OmegaGuard.
NAK BELI VITAMIN SHAKLEE UNTUK MASALAH KESUBURAN LELAKI
Jika anda ingin menjaga atau meningkatkan kesihatan kesuburan anda, boleh cuba vitamin Shaklee yang disebutkan di atas. Terbukti, selamat dan berkesan.
Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus www.wasap.my/60176477837/NakAnak.
Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Siti Aisah Mohd Ibrahim-Pengedar Shaklee Subang Jaya
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.
ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE
“The best shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong
“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri
Follow saya di media sosial
Instagram @sitiaisahmdibrahim
Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim
Tiktok sitiaisahmohdaibrahim
One thought on “Masalah Kesuburan Lelaki Makin Membimbangkan, Isteri Tak Berjaya Hamil”