Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Cara Betul Check Suhu Demam Anak, Bukan Guna Tangan

Cara Betul Check Suhu Demam Anak, Bukan Guna Tangan

Suhu demam bagi anak-anak berapa? Dan apa suhu demam panas yang berbahaya?

Sekarang musim anak-anak demam dan selsema. Lebih-lebih lagi sesi persekolahan baru saja dibuka. Maka lebih mudahlah ia berjangkit dari rakan persekolahan.

Jadi, tidak menghairankan jika ada di kalangan anak anda pulang dari sekolah mengeluh badan berasa macam hendak demam.

Dan kebiasaannya, kebanyakan ibu bapa akan menyentuh dahi atau bahagian leher anak-anak.

Tujuannya adalah untuk merasa sama ada mereka ini benar-benar demam.

Namun begitu, adakah amalan sebegini tepat?

SUHU DEMAM ATAU SUHU NORMAL?

Sebelum menjawab persoalan demikian, baik kita melihat dulu takrifan suhu badan normal seorang manusia.

Apakah suhu badan normal bagi setiap manusia?

Pasti ada ramai di kalangan anda menjawab 37 darjah celcius.

Ini tidak menghairankan sebab sekian lama kita diajar angka sedemikian sejak dari bangku sekolah lagi.

Hakikatnya, ia tidak berapa tepat. Laman web Hello Doktor menjelaskan julat suhu badan yang normal adalah seperti berikut;

  • Bayi dan kanak-kanak mempunyai nilai purata normal di antara 36.6°C hingga 37.2°C
  • Orang dewasa mempunyai nilai purata normal di antara 36.1°C hingga 37.2°C

Secara umumnya, suhu normal tubuh anda boleh menjadi berbeza-beza sepanjang hari. Boleh jadi rendah ketika waktu pagi dan tinggi pada lewat petang atau malam.

Oleh itu, menyimpulkan bahawa anak adalah demam dengan sekadar menggunakan tangan kita adalah suatu amalan kurang tepat.

Ini kerana ada banyak lagi faktor lain yang boleh meningkatkan suhu kulit atau badan secara fisiologi.

Contohnya;

– keadaan cuaca panas

– suhu persekitaran ruang yang panas,

– kanak-kanak yang sedang berselimut ataupun

– kanak-kanak yang melakukan aktiviti fizikal yang aktif atau bersenam

PENGGUNAAN TERMOMETER DALAM MENILAI SUHU DEMAM

suhu demam anak

Setiap rumah disarankan untuk mempunyai termometer suhu.

Penggunaan termometer dapat menentukan dengan lebih baik keadaan suhu badan anak.

Walaupun begitu, mengukur suhu badan sahaja belum cukup untuk menentukan sama ada anak demam.

Anda juga harus memerhatikan keadaan dan kelakuan anak. Antara yang boleh diperhatikan adalah sama ada mereka:

  • Tidak aktif atau tidak berkelakuan seperti biasa
  • Lemah anggota badan dan banyak tidur sahaja
  • Badan menggigil atau berpeluh
  • Sakit kepala atau sakit-sakit badan
  • Tidak berselera untuk makan seperti biasa
  • Dehidrasi atau tanda kekurangan air
  • Emosi terganggu, seperti mudah marah, cerewet, dll

Setelah itu ibu bapa juga perlu tahu untuk menilai julat suhu badan yang betul sebelum membuat keputusan anak mereka mild fever atau high fever.

Nilai julat suhu bagi mild fever (demam bersuhu rendah) adalah 37.5 Celcius sehingga 37.9 Celcius.

Manakala demam bersuhu tinggi ataupun ‘high-grade fever’ adalah 38 Celcius dan ke atas.

Ibu bapa perlu berjaga-jaga jika anak-anak dikategorikan mengalami demam tinggi.

Ia berpotensi untuk memberi kesan kesihatan kepada anak-anak. Antaranya seperti sawan.

Jadi, anda perlu bersegera membawa anak ke fasiliti kesihatan untuk dapatkan perhatian doktor perubatan.

KESAN DEMAM KEPADA PERKEMBANGAN ANAK

Anak yang kerap jatuh sakit boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada perkembangan mereka.

Apabila anak demam, kebiasaannya mereka tidak dapat ke sekolah, atau juga mengulangkaji pelajaran di rumah.

Semakin kerap anak-anak jatuh sakit, dikhuatiri ia memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik mereka, serta kemahiran pergaulan bersama rakan-rakan.

Selain itu, kebiasaannya anak demam akan kehilangan selera makan.

Ini boleh membuatkan mereka tidak mendapat nutrisi yang cukup.

Sedangkan nutrisi-nutrisi ini adalah penting untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan mental yang positif untuk anak-anak.

Dalam masa yang sama, ibu bapa juga mungkin perlu bersilih ganti untuk selalu mengambil cuti bekerja jika anak-anak kerap sakit.

VITAMIN TINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN ANAK-ANAK

Di sini Aisah kongsikan kepada ibu-ibu di luar sana beberapa contoh vitamin yang boleh membantu untuk tingkatkan sistem pertahanan badan anak-anak daripada penyakit.

  • Vita-C 250mg Chewable Tablets

Vitamin C sangat terkenal sebagai vitamin penting dalam meningkatkan sistem imun.

Macam Vita-C dari Shaklee ini mudah sangat nak dihisap oleh anak-anak anda.

Antara sebab Aisah berikan vitamin C ini kepada anak-anak Aisah sendiri adalah sebab pelbagai kajian menunjukkan kebaikan pengambilan vitamin C:

  1. Jika demam, simptom kesakitan anak itu adalah kurang berbanding mereka yang tidak mengamalkan pengambilan vitamin C.
  2. Cepat sembuh, iaitu tempoh demam anak adalah lebih singkat berbanding mereka yang tidak konsisten mengambil vitamin C.

Seperti ditulis di dalam laman web kesihatan terkenal Healthline, vitamin C berfungsi:

  1. Membantu menggalakkan penghasilan sel darah putih yang dikenali sebagai lymphocytes & phagocytes. Kedua-dua ini melindungi tubuh badan anak terhadap jangkitan.
  2. Membantu sel darah putih berfungsi lebih berkesan dalam melawan jangkitan.
  • Hero Kiddo

Selain daripada vitamin C, Aisah juga suka berikan Hero Kiddo pada anak-anak.

Hero Kiddo ini adalah sejenis gummies yang sangat sedap untuk dikunyah anak-anak setiap hari.

Dan memang anak-anak Aisah sangat sukakannya. Kalau Aisah bagi anak jiran yang bertandang ke rumah pun boleh jadi berebut.

Of course, Aisah happy bila tengok macam tu. Sebab kunyah Hero Kiddo ini menyihatkan berbanding mengunyah gummies junkfood kan.

Hero Kiddo kaya dengan kandungan vitamin C, vitamin D, zink dan estrak buah elderberi.

Bahan-bahan ini sangat bagus untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan anak-anak.

Aisah kongsikan pada anda tentang manfaat vitamin dan mineral dalam Hero Kiddo;

Vitamin C – penghasilan sel darah putih yang membantu melindungi badan anak-anak dalam melawan penyakit, seperti Aisah terangkan di atas tadi.

Vitamin D – Sebuah kajian dijalankan ke atas anak-anak sekolah di Jepun. Mereka mendapati anak-anak mendapat vitamin D setiap hari adalah 40% kurang berisiko dijangkiti demam influenza A berbanding tidak mengambil.

Zink – Zink membantu penyerapan vitamin C di dalam badan anak-anak menjadi lebih berkesan. Tak hairanlah, zink juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan anak-anak yang demam dan selesema.

Elderberry – merupakan sejenis buah beri yang digunakan secara turun temurun untuk menyembuhkan demam dan selsema. Dan buah ini juga kaya dengan vitamin C.

ubat demam

APA KATA IBU-IBU TENTANG VITA-C CHEWABLE & HERO KIDDO?

suhu demam anak
vitamin c
hero kiddo shaklee

MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE HERO KIDDO?

Jika anda ingin meningkatkan tahap kesihatan dan sistem pertahanan anak-anak, anda boleh cuba vitamin yang Aisah kongsikan di atas. Terbukti, selamat dan berkesan.

Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus www.wasap.my/60176477837/NakBoostImunAnak.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Siti Aisah Mohd Ibrahim-Pengedar Shaklee Subang Jaya

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

“The best shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?