Sebab Bisnes Online, Mertua Dapat Hadiah Naik Cruise Mewah
Siapa sangka buat bisnes online boleh memberi hadiah percutian bertaraf 5 star dengan layanan VIP?
Handphone Aisah bergetar. Ada SMS baru masuk.
Jari jemari pantas meng”unlock” kan skrin.
Mata Aisah membaca mesej yang terpapar.
“RM0.00 Dear BLs, please bring along your I/C & Passport for Star Cruise boarding. Kindly arrive assemble point before 4pm on 22-Nov. TQ.”
Aisah copy SMS tersebut, dan forwardkan kepada mak mertua di whatsapp.
PERCUTIAN MEWAH LAGI EKSKLUSIF HASIL BISNES ONLINE
Pada 2017, Aisah direzekikan mendapat dua tiket bercuti naik cruise.
Jadual percutiannya, Port Klang-Langkawi-Phuket-Penang-Port Klang. 4 hari 3 malam.
Banyak tempat yang disinggah tu. Dan semua tempat disinggah boleh turun dari cruise dan pergi berjalan.
Percutian ni semuanya ditanggung oleh syarikat. All-in.
Makan minum. Tiket masuk ke tempat menarik serta aktiviti di Langkawi, Penang dan Phuket.
Bukan tu saja. Dapat luggage seorang satu. Duit saku. Ada juga surprise gift hampir setiap hari dari syarikat.
Dan lagi best, memang kena layan macam VIP.
Luggage tak payah susah-susah kita nak tolak sorong naik kapal bawa masuk bilik. Ada orang tolong uruskan.
Senang cerita, Aisah dan suami hanya bawa diri, pakaian, passport dan IC je. Dan duit tambahan kalau nak bershopping sakan.
Tinggalkan semua stress yang ada di Pelabuhan Klang.
HADIAHKAN PERCUTIAN BUAT MAK AYAH MERTUA HASIL BISNES ONLINE
Pada ketika itu, Aisah sedang sarat mengandung anak ketiga.
Memang agak berisiko kalau Aisah melancong. Lebih-lebih lagi di atas laut dan juga ke negara orang.
Apa yang saya buat adalah menghadiahkan kedua-dua tiket tersebut buat mak dan ayah mertua Aisah.
Sebenarnya mereka ni kaki melancong. Lebih-lebih lagi selepas pencen. Tetapi mereka belum pernah sekali pun naik cruise lagi.
Lagi pun, selama ini mereka melancong ala backpackers. Segala-galanya diuruskan oleh mereka sendiri.
Tetapi percutian diberikan oleh syarikat adalah eksklusif. Mewah berserta layanan VIP.
KENANGAN MAK AYAH ENJOY BETUL
Setiap kali percutian, syarikat akan buat malam gala dinner. Memang happening habis malam ni.
Makan mewah. Ada persembahan dari penghibur.
Setiap malam gala dinner Shaklee ni ada temanya. Dan ia berlainan dari tahun ke tahun. Kalau sama nanti boring la pula ya.
Untuk tahun tersebut, ianya bertemakan Tropical Sunset Dinner.
Jadi, sebelum mak ayah mertua saya berlepas, Aisah dah pesan siap-siap pada mereka.
“Umi ayah kena ready kan pakaian ikut tema tau. Mana tau ada rezeki menang best dressed award. Bukan calang-calang hadiah tau.”
Aisah taklah menaruh harapan tinggi sangat mereka nak ikut pesanan. Yalah, takut mereka segan nak menggayakan pakaian sebegitu.
Tapi rupa-rupanya mereka lagi advance.
Mak mertua Aisah bawa kain batik, topi sawah. Ayah mertua Aisah bawa topi jawa dengan tongkat.
Hahaha.
MAK AYAH MENANG BERMACAM-MACAM AKTIVITI
Malam tu, bertubi-tubi masuk mesej whatsapp di handphone Aisah.
Rakan-rakan Aisah update yang mak ayah mertua menang best dressed award.
Antara hadiah yang mereka menang adalah vivix. Memang happy lah ayah, sebab dia pengguna Vivix.
(Ehem, nilah rahsia dia aktif dan nampak muda walaupun umur dah 60-an.)
Selain daripada menang best dressed award, mak ayah Aisah juga menang beberapa hadiah lain daripada aktiviti-aktiviti sepanjang di atas cruise.
Antaranya menang sagu hati pertandingan Treasure Hunt. Dapatlah mereka tiket naik banana boat di Phuket.
Selain tu, mak ayah Aisah juga menang lucky draw. Dapat tiket main Zip Line di Phuket.
Betul-betul mereka enjoy bercuti. Happy sangat.
Banyak betul kisah yang dikongsikan mereka. Tak dapat Aisah nak tulis kesemuanya di sini.
Layanan Shaklee memang tip top untuk mak ayah mertua Aisah.
TAK SEMUA SYARIKAT BISNES ONLINE IZINKAN KELUARGA JOIN PERCUTIAN
Memang menjadi kebiasaan untuk sales leader diberikan imbuhan percutian tahunan percuma oleh syarikat. Tak kiralah apa industri pun.
Namun, banyak syarikat hanya mengehadkan tiket percutian untuk sales leader dan pasangan terbabit.
Kalau ada syarikat yang baik sedikit, boleh juga membawa anak-anak sendiri.
Di Shaklee, ianya berbeza. Sangat berbeza-beza.
Habuan tiket percutian tidak terhad untuk keluarga sales leader sahaja.
Kita boleh berikanny pada mak ayah kandung. Dan macam kes Aisah, boleh juga diberikan kepada mak ayah mertua.
Sangat best. Sebab ia boleh menjadi salah satu cara kita untuk menggembirakan mereka.
Kalau kerja makan gaji pun, jarang sekali mak dan ayah mertua dicover oleh benefit diberikan oleh syarikat.
TIAP-TIAP TAHUN DAPAT PERCUTIAN PERCUMA DARI SHAKLEE
Tahun 2017 bukanlah kali pertama Aisah dapat tiket percutian percuma VIP all in dari Shaklee.
Dah beberapa kali dah Aisah dapat sebelum tahun tu. Bermacam destinasi. Dalam dan luar negara.
Hatta, selepas tahun 2017, Aisah masih dapat percutian.
Bercuti bersama Shaklee memang dijamin menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, selepas berusaha membina bisnes sepanjang tahun secara konsisten.
Tanpa kenal putus asa. Tanpa kenal lelah. Memang berbaloi lah dengan usaha dan masa yang dikeluarkan.
ANDA NAK MERASA PERCUTIAN MEWAH 5 STAR PERCUMA?
Sebenarnya, bukan sahaja saya, pasangan, anak-anak, mak ayah dapat merasai percutian yang mewah dan eksklusif bersama Shaklee.
Anda pun berpeluang merasainya.
Dan tentunya bukan anda seorang sahaja. Anda juga berpeluang bawa pasangan, ahli keluarga, serta mak ayah.
Langkah-langkah awal untuk anda ke arah itu amatlah mudah.
Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee bersama saya.
Ketika artikel ini ditulis, yuran pendaftaran sebagai ahli Shaklee adalah RM35 sahaja. Kemudian, anda sudah boleh memulakan bisnes bersama Shaklee.
“Alah, kena bayar ke?”
Tak apa.
Ada cara alternatif untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma. Setiap bulan, Shaklee ada buat kempen tertentu yang boleh melayakkan anda menjadi ahli secara percuma.
Oleh kerana kempen ini berbeza dari setiap bulan, anda boleh contact Aisah untuk maklumat lanjut.
APA KELEBIHAN BISNES BERSAMA SHAKLEE?
Ada banyak kelebihan bisnes bersama Shaklee. Maka tak hairanlah Aisah kekal komited dalam bisnes ini sejak dari 2012 lagi.
1) Fleksibel
Bisnes Shaklee boleh dijalankan di mana-mana saja. Pada bila-bila masa.
Anda tak perlu pening nak keluar modal nak buka kedai. Tak perlu pening kalau hari hujan ribut menimpa payung meja jualan anda.
Anda boleh buat bisnes Shaklee secara online, di mana juga. Bila-bila masa.
Sama ada ketika anda di rumah, mahu pun di kampung.
Mungkin juga ketika anda menaiki pengangkutan awam. Atau ketika pasangan anda sedang memandu kereta.
Boleh juga dibuat ketika anda lepak-lepak di cafe. Atau juga ketika menunggu anak keluar dari sekolah.
Psst, Aisah pernah juga buat bisnes Shaklee ketika di KLIA. Semasa tengah menunggu kapal terbang tu, Aisah dapat beberapa sales.
2) Modal Permulaan Rendah
Mungkin syarikat lain mewajibkan anda mengeluarkan sekian-sekian duit untuk membeli selambak stok sebelum layak menjadi rakan bisnes.
Tetapi Shaklee tidak.
Aisah memulakan bisnes Shaklee pada 2012 dengan hanya mengumpul order sahaja dari rakan sekerja di hospital.
Mereka bayar order. Dari duit tersebut Aisah belikan vitamin Shaklee dipesan. Dan kemudian saya hantar kepada mereka.
Mudah kan.
Tak perlu anda pening nak cari modal. Atau sampai nak berhutang.
3) Kewangan Syarikat Stabil
Ini paling penting. Aisah memang titikberatkan perkara ini.
Sebab ada banyak syarikat yang struggle nak bayar komisen kepada team sales mereka.
Ada yang bayaran lambat. Ada yang tak dapat bayar penuh. Ataupun ada yang sangkut terus.
Sedangkan kita ada komitmen setiap bulan yang perlu dijelaskan.
Sepanjang Aisah berbisnes di Shaklee, tak pernah lagi komisen bonus saya lambat bayar. Malah ada ketikanya dibayar lebih cepat beberapa hari.
Apa juga nombor yang tertera dalam slip income bulanan Shaklee, itu jugalah yang akan dimasukkan dalam akaun bank saya.
Tak pernah terkurang walau satu ringgit pun.
Oh ya, slip income Shaklee boleh buat loan tau dengan bank.
Kalau slip pendapatan kerja hakiki tak lepas, anda boleh tambahkannya dengan slip income Shaklee masa memohon pinjaman tu.
4) Syarikat & Produk Yang Dah Established
Shaklee bukanlah syarikat baru setahun dua kewujudannya.
Di Malaysia, Shaklee dah bertapak sejak tahun 1990-an lagi. Memang lama dah.
Tapi kalau dalam dunia, Shaklee lagi lama. Shaklee dah ditubuhkan sejak 1956 di Pleasanton, California. Lagi tua dari negara kita Malaysia yang tercinta ni.
Macam mana syarikat Shaklee boleh bertahan sebegini lama?
Tentulah sebab produk dia.
Mana mungkin sebuah syarikat yang mengeluarkan produk tidak berkualiti boleh bertahan lama.
Mana mungkin juga sebuah syarikat yang mengeluarkan produk tak digemari orang boleh bertahan lama.
Hakikatnya produk Shaklee ni berkualiti tinggi, hasil R&D yang berterusan.
Maksudnya, jika ada penemuan sains baru, Shaklee akan sentiasa mengimprovekan mutu produknya. Tak adalah produk stuck pada level yang sama.
Maka sebab itu produk Shaklee terbukti selamat dan berkesan.
Lebih-lebih lagi saya ni dahulunya pernah bekerja dalam bidang kesihatan.
Sudah pasti Aisah dan keluarga tidak akan mengambil produk yang diragui keselamatan kandungannya.
Dan tentu sekali Aisah tidak mahu menjual produk sebegitu kepada orang.
Oh ya, Shaklee juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Buktinya, Shaklee memenangi anugerah SuperBrand Award selama bertahun-tahun.
SIAPA SAYA DI DALAM BISNES SHAKLEE?
Saya merupakan seorang bekas jururawat dan juga clinical instructor.
Saya memulakan bisnes Shaklee secara separuh masa pada tahun 2012 setelah melihat kesan positif daripada penggunaan produk penyusuan bayi.
Lebih kurang setahun kemudian, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menfokuskan kepada Shaklee secara sepenuh masa.
Pada Februari 2015, saya telah mencapai ranking tertinggi di dalam Shaklee, iaitu Master Coordinator.
Kini, saya telah membimbing ramai usahawan menjadi sales leader di dalam Shaklee. Dan membantu mereka mencapai objektif yang diimpikan daripada bisnes ini.
APA YANG ANDA AKAN DAPAT SELEPAS MENDAFTAR BERSAMA SAYA?
- Percuma personal coaching berterusan tentang kesihatan dan keistimewaan tentang produk Shaklee
2. Percuma personal coaching berterusan tentang bisnes secara online. Ini termasuklah pemasaran melalui website, serta media sosial.
JOIN BISNES ONLINE SHAKLEE BERSAMA SAYA SEKARANG
Terbuka untuk semua.
Tak kira sama ada anda bekerja, atau ada bisnes lain, atau pun juga suri rumah.
Tanpa mengira kaum, agama dan negeri mana.
Sebab organisasi Aisah memang majmuk ya. Sampai Sabah dan Sarawak.
Asalkan umur anda sudah melepasi 18 tahun. Dan ada motivasi tinggi untuk berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga mendapat trip percutian Shaklee yang eksklusif setiap tahun.
Hubungi Aisah sekarang di www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee
Nak call pun boleh, 0176477837.
Anda juga boleh menghubungi leader kami terutamanya bagi mereka yang berada di Labuan dan Sabah. Klik link di bawah:
Bisnes Online Pengedar Shaklee Labuan
Follow saya di media sosial
Instagram @sitiaisahmdibrahim
Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim
Tiktok sitiaisahmohdaibrahim
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
One thought on “Sebab Bisnes Online, Mertua Dapat Hadiah Naik Cruise Mewah”