Dari 64 kg ke 58 kg, Ini Cara Turunkan Berat Badan Yang Best

(Nota: Jika anda sedang mencari tips cara turunkan berat badan, tulisan kisah pengalaman Aisah ini mungkin boleh membantu anda.)
Sebelum setuju nak kahwin dulu, macam-macam soalan Aisah tanya pada suami (dulu bakal lah ya).
Soalan senang ada. Soalan killer pun ada. Haaa, mengalahkan interview. Kata nak kahwin kan, mestilah sanggup menjawab kan.
TERBAYANG BERAT BADAN NAIK LEPAS DAH KAHWIN
Ada antara soalan-soalan tu yang Aisah dah lupa. Ada soalan yang Aisah masih ingat.
Salah satu soalan tu adalah…
“Katakan lepas bersalin, badan saya mengembang tak turun-turun. Apa perasaan? Apa nak dibuat?”
“Dalam famili saya, ramai badan ‘besar-besar’. So dalam medical, memang chances tinggi untuk badan saya jadi ‘besar’ juga. Apa perasaan? Apa nak dibuat?”
Soalan-soalan ni taklah Aisah tanya berderet sekali gus kan. Mental dia nanti.
So, hari ni Aisah tanya macam ni. Bulan depan Aisah adjust sikit bentuk soalan tu pula.
Ada sebab Aisah tanya soalan ni. Sebab, satu nak test dia. Dalam masa sama memang Aisah sendiri risau badan naik.
Dalam kepala masa tu, dah terbayang umur 40 tahun nanti macam mana rupa bentuk badan Aisah. Huhuhu.
CARA TURUN BERAT BADAN SELEPAS AISAH BERSALIN

Ini cerita belasan tahun dulu. Sekarang, Aisah pun dah lebih 40 tahun dah. Anak pun dah tiga orang kesemuanya.
Alhamdulillah, apa yang Aisah terbayang-bayangkan masa bujang dulu masih belum terjadi. (Dan harapnya tak terjadi lah).
Memang Aisah mengalami berat naik semasa mengandung. Tapi selepas bersalin berat Aisah turun balik.
Salah satu cara turun berat berat badan yang Aisah gunakan adalah dengan menyusukan anak, atau breastfeeding.
Ya, ketiga-tiga anak Aisah semuanya melalui proses breastfeeding secara eksklusif.
Maksudnya, Aisah tak ada campur-campurkan susu anak tu dengan susu formula. Never ever, orang putih kata.
Dan Aisah lakukan breastfeeding ini secara konsisten. Hurm, belum habis pantang lagi, berat badan Aisah dah kembali macam sebelum mengandung.
Kalau ada ibu-ibu yang nak cepat kurus lepas bersalin, Aisah cadangkan buat breastfeeding. Kalau tak tahu teknik yang betul, boleh contact Aisah.
Haaa, kalau Aisah kerja di hospital dulu, memang dah terbiasa guide ibu-ibu dalam bab breastfeeding ni. Siap pernah bagi talk lagi semasa minggu penyusuan bayi.

BERAT BADAN NAIK KETIKA TERKURUNG DI RUMAH
Pengalaman masa terkurung dalam rumah akibat PKP pada tahun 2020 sampai 2021 memang tak boleh lupa.
Masa PKP nilah berat Aisah naik sampai 64 kg. Dahlah kurang bergerak, lepas tu tak jaga makan.
Almaklumlah, masa tu banyak betul resipi-resipi yang viral. Jadi, kita pun senanglah nak teracun untuk mencuba. At least, ada aktiviti di rumah kan.
Habis saja PKP, baru rasa nak tersedar balik. Yalah, dah boleh keluar rumah. Dah boleh beraya jumpa orang. Tak mahu lah orang terkejut tengok saiz fizikal dah berubah.
4 CARA TURUNKAN BERAT BADAN YANG AISAH GUNA
Berat Aisah sekarang maintain pada 58 kg je, hampir 2 tahun dah. Turun 6 kg dari 64kg.
Bukan tu saja, Aisah dapat maintain flat belly. Alhamdulillah. Rezeki diizinkan Allah.
Apa rahsia yang Aisah buat? Haaa, anda boleh take note ya.

Cara Turunkan Berat Badan #1: Intermittent fasting (IF)
Aisah buat intermittent fasting hampir setiap hari kecuali Isnin dan Khamis.
Berapa lama Aisah buat IF?
Ok. Paling minimum 16 jam. Paling lama yang Aisah pernah buat adalah 20 jam.
IF ni adalah salah satu cara turunkan berat badan yang bagus.
Sebab ada kajian menunjukkan apabila kita puasa 10-16 jam, kita boleh jadi kurangkan berat badan.
Ini disebabkan badan akan pergi kepada lemak yang tersimpan dalam badan dan tukarkannya kepada tenaga.
Selain tu, berpuasa lebih daripada 12 jam boleh aktifkan proses autophagy dalam badan.
Cara Turunkan Berat Badan #2: Cut gula
Sudah hampir dua tahun sejak artikel ni ditulis, Aisah dah kurangkan pengambilan manisan berlebihan dalam makanan dan minuman.
Dan Aisah banyakkan minum air kosong. Air manis tu minum dalam sesekali je sebulan.
Orang kata, sekadar buat rasa-rasa. Bukannya sampai mesti jadi minuman harian.
“Alah, takkan air kosong tiap-tiap hari? Tak bosan ke?”
Aisah ada juga ambil kopi dan teh hijau. Tapi tanpa ditambah gula. Minum macam tu juga.
Mula-mula tu memang lah tak sedap ya. Lama-lama kelamaan lidah kita sendiri akan terbiasa. Sampai satu tahap kopi dan teh hijau bergula tu jadi tak sedap pula untuk ditelan.
Kopi dan teh hijau ni sebenarnya bagus untuk diambil untuk turun berat badan. Sebab dia boleh menaikkan kadar metabolisme.
Asalkan tak ditambah gula lah ya. Sebab tanpa gula, kopi dan teh hijau ni akan jadi berkalori rendah.
Cara Turunkan Berat Badan #3: Tetap makan nasi macam biasa tapi…
Aisah tetap makan nasi putih macam biasa setiap hari. Tapi portionnya taklah sampai penuh pinggan ya. Kita bersederhana saja.
Untuk lauknya, Aisah lebihkan sayur-sayuran, ulam-ulaman atau tauhu dan tempeh.
Ayam dan daging tu dikurangkan ambilannya.
Cara Turunkan Berat Badan #4: Ambil makanan tambahan dan vitamin
Aisah ambil juga makanan tambahan dan vitamin. Sebabnya Aisah nak pastikan makronutrien dan mikronutrien cukup.
Antara makan tambahan yang Aisah ambil adalah protein soya, lecithin, omega 3, herb-lax, dan alfafa.
Jadi, keempat-empat cara yang disebutkan ni memang Aisah konsisten buat.
RESULT LEBIH SOLID DAN SENANG NAK MAINTAIN

Mungkin ada orang kata banyaknya nak kena buat.
Sebenarnya, banyak nak kena buat atau sikit nak kena buat tu adalah subjektif. Bergantung pada orang.
Lagipun, saya buat benda ni sebab nak result yang lebih solid sebenarnya.
Apa maksud result yang lebih solid tu?
Bila dah turun berat tu, senang je AIsah nak maintain. Dan dalam masa yang sama saya nak kurus dengan sihat.
Bukan apa.
Ada je kes orang cuba nak kuruskan badan tapi sampai beri kesan kesihatan. Antaranya, immune system badan dia pula jadi rendah. Maka, senanglah jatuh sakit.
(Boleh baca artikel Aisah yang terdahulu tentang kesan diet penurunan berat badan yang tidak betul di sini.)
Dan paling penting sekali, dalam Aisah turunkan berat badan, kulit saya pun turut sama terkesansecara positif.
Maksudnya, kulit Aisah jadi lebih nampak muda serta melambatkan proses penuaan (slow aging).
NAK CARI VITAMIN YANG AISAH AMBIL?
Shaklee menjalankan kempen program Hello New You dalam membantu pengurusan berat badan.
Antara produk yang membantu mencapai objektif demikian adalah;
Cinch Mixed Soy Protein Shaklee

Cinch Mixed Soy Protein merupakan sejenis minuman protein yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan (“weight loss”).
Sebab di dalamnya mempunyai beberapa bahan-bahan yang berkesan dalam tujuan sedemikian.
- Ekstrak Guar Gum
Juga dikenali sebagai guaran, dan diesktrak dari tumbuhan kekacang guar.
Guar gum merupakan salah satu jenis makanan tergolong dalam kategori serat larut (‘soluble fiber‘).
Makanan jenis ini membantu memperlahankan penghantaran makanan dari perut untuk sampai kepada usus.
Kesannya, anda akan berasa kenyang lebih lama. Atau dalam kata lain, lambat nak lapar.
Secara tak langsung, guar gum membantu mengawal serta menurunkan selera makan anda.
- Leusine
Membantu dalam pengawalan insulin dan glukosa dalam badan.
Orang yang selalu rasa nak kerap makan (‘craving‘) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.
Dengan pengambilan leusine, ia membantu dalam pengawalan kedua-kedua kandungan tersebut di dalam badan.
Kesannya, ia dapat mengawal perasaan keinginan anda nak makan.
Selain itu, leusine juga membantu badan anda daripada kehilangan jisim otot (‘muscle mass’).
Mengekalkan ‘muscle mass’ adalah penting dalam menurunkan berat badan.
Sebabnya, ototlah yang membantu badan anda untuk membakar lebih banyak kalori setiap hari.
Selain itu, minuman ini juga mengandungi mikronutrien seperti vitamin A, B, C, D, E, kalsium, magnesium dan zink.
Oh ya. Minuman Cinch Mixed Soy Protein Shaklee ini didatangkan dalam 3 perisa.
Vanilla. Cokelat. Cafe Latte.
Jadi, anda boleh pilih mana-mana satu yang menepati selera kegemaran anda.
OmegaGuard Shaklee


OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan berbentuk softgel (gel lembut) yang mengandungi tinggi Omega 3.
Ada kajian menyatakan Omega-3 mampu menaikkan kadar metabolik badan.
Apabila tinggi kadar metabolisme badan, maka semakin banyak kadar lemak dibakar. Dan ini membantu dalam penurunan berat badan, ‘inch loss’ (kehilangan inci) dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan.
Lecithin Shaklee


Lecithin dikenali sebagai emulsifier (emulsi) semulajadi, dan merupakan ejen pemecah lemak kepada molekul-molekul kecil untuk penghadaman,
Memandangkan lecithin berupaya untuk memecahkan lemak, ia juga membantu menghalang sel-sel lemak untuk menempel di bahagian dinding arteri darah dan juga jantung.
Jadi, secara tidak langsung, lecithin juga berupaya membantu menurunkan paras kolestrol.
Herb-Lax Shaklee

Tabiat pemakanan mungkin boleh membuatkan kita mengalami masalah penghadaman.
Ini boleh terjadi jika kita kurang untuk minum air yang cukup serta kekurangan pengambilan menu mempunyai serat. Terutamanya serat jenis larut (‘soluble fiber’).
Jika kita tidak membuang air besar dalam tempoh yang lama, ia boleh menjadi toksin di dalam badan.
Salah satu bahan utama di dalam Herb-Lax Shaklee adalah daun senna atau juga dikenali sebagai daun gelenggang. Daun senna berfungsi sebagai pelawas.
Anda boleh mengambil 1-2 kali sebulan sebagai fungsi detoks bagi melegakan penghadaman. Dan memudahkan untuk anda membuang air besar.
Jadi, ia bagus untuk anda rasa puas semasa membuang.
Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Shaklee diperbuat daripada bahan utamanya iaitu esktrak secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan alfalfa.
Tumbuhan alfalfa ini memang terkenal mempunyai pelbagai jenis mineral dan nutrien termasuklah serat (‘fiber’) yang membantu dalam penghadaman anda.
Antara kandungan mikronutrien alfalfa adalah vitamin K, vitamin C, zat besi dan magnesium.
MACAM MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?
Jika anda nak turun berat badan atau kurus dengan cara yang lebih sihat, anda boleh cuba produk di atas.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/NakImejBaru
www.wasap.my/60176477837/NakImejBaru
Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya yang juga merupakan pengedar Shaklee Labuan.

