Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Nak Kurus Lepas Raya? Ini Caranya Supaya Azam Tak Ke Laut

Nak Kurus Lepas Raya? Ini Caranya Supaya Azam Tak Ke Laut

Lemang dan rendang. Nasi impit dan kuah kacang serta kuah lodeh.

Mi kari, mi sup, mi bandung, soto atau laksa. Kek lapis. Biskut raya moden dan tradisional.

Air sirap bandung, kordial oren, cincau soya, air soda, teh tarik.

Aduh. Menyebutnya saja dah terliur. Kalau dah terhidang depan mata apatah lagi kan.

Itulah kebanyakan juadah raya di rumah-rumah yang kita bertandang kan. Sedap-sedap belaka. Manis, masin, pedas, lemak.

Sebab tu, masa beraya ni memang mudah diet pemakanan kita nak ke laut. Semua nak dirasa, semua nak dibedal.

Ehem. Lebih-lebih lagi lepas sebulan kita berpuasa kan.

kurus lepas raya

“Takpe, takpe. Rezeki depan mata jangan ditolak. Lepas raya nanti, kita semua pulun cuba kurus balik.”

Tapi tak tahu lagi lah sama ada ianya akan sekadar tinggal impian. Cuma harapan Aisah, moga azam kita itu tidak ke laut lah.

Sebabnya, kita nak elakkan berat badan tiba-tiba melonjak naik. Sampai melebihi berat sebelum bulan Ramadan tempoh hari.

Dah penat-penat hilang beberapa kilo semasa berpuasa, tiba-tiba naik berat berbelas kilo semasa Syawal.

Sebabnya lemak banyak ni bukan sahaja boleh menjemput penyakit-penyakit kronik.

Tapi ia juga boleh membuatkan kita rasa kurang bertenaga, serta memberi kesan kepada bentuk fizikal badan dan kulit kita.

kurus lepas raya

Jadi, sama-samalah kita menjayakan impian untuk jadi lebih sihat bertenaga serta tampil cantik menawan.

Di sini Aisah kongsikan beberapa tips kurus dan turunkan berat badan.

Yang penting lakukannya secara konsisten atau istiqamah.

1. LAKUKAN AKTIVITI SENAMAN

Cara untuk membakar lemak dan kurus dengan cepat adalah dengan bersenam.

Kita disarankan untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu.

Anda banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan.

Anda boleh lompat ‘skipping’ di depan rumah. Atau juga berjalan cepat (‘brisk walk’) serta berjogging di sekitar kejiranan anda.

Bersenam juga dapat meningkatkan kesihatan jantung serta kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis.

tips nak kurus senaman

2. MASUK TIDUR AWAL

Masuk tidur awal memang kunci untuk kurus.

Haa, nak tahu sebab apa tidur awal ada kena mengena dengan nak kurus?

Sebab berjaga hingga lewat malam ni membuatkan kita cenderung untuk dapatkan “late night snacking”.

Ekstra jam berjaga tu membuatkan perut rasa memanggil dan memujuk kita masuk ke dapur.

Buka peti ais, ambil minuman manis sejuk. Buka kabinet dapur, ambil kudap-kudapan.

3. PUASA SUNAT

Jika yang beragama Islam, anda boleh lakukan puasa Sunat dua kali seminggu. Hari Isnin dan Khamis.

Selain daripada bersifat sebagai amal ibadah, puasa juga memberi kesan positif kepada kesihatan kita.

Kebiasaannya tempoh seharian berpuasa di negara Malaysia ini adalah sekitar 13 jam.

Menurut beberapa kajian yang dijalankan, berpuasa bagi tempoh 10-16 jam boleh menyebabkan tubuh kita akan menukarkan lemak yang tersimpan dalam badan kepada tenaga.

Seterusnya, ia membebaskan ketone ke dalam aliran darah. Dan ini membantu dalam proses kita nak kurus badan.

4. INTERMITTENT FASTING

Anda juga boleh melakukan ‘intermittent fasting‘.

Kalau ada di kalangan anda tak berapa jelas tentang ‘intermittent fasting‘ ni, Aisah boleh terangkan serba ringkas sedikit.

Intermittent fasting‘ adalah sejenis diet yang menyusun pemakanan kita mengikut penggiliran antara waktu berpuasa dan waktu makan.

Kalau diet lain lebih menfokuskan berkenaan apa yang anda makan, tetapi ‘intermittent fasting‘ pula menfokuskan waktu bila anda makan.

Melalui kaedah ini, anda hanya akan makan pada waktu tertentu sahaja.

Contoh antara jadual ‘intermittent fasting’ yang pernah saya amalkan adalah,

  • Puasa 12 jam (7 malam – 7 pagi).
  • Puasa 14 jam (6 petang – 8 pagi)
  • Puasa 16 jam (6 petang – 10 pagi)
  • Puasa 20 jam (6 pm – 12 tengah hari)

Selain daripada waktu tersebut, anda boleh makan.

Sepanjang berpuasa tu anda hanya digalakkan minum air kosong sahaja atau minuman lain tanpa gula.

Anda boleh baca artikel terdahulu, tentang pengalaman Aisah turun berat daripada ‘intermittent fasting‘, dengan klik link ini.

testimoni intermittent fasting kurus

5. ELAK MAKAN BERLEBIHAN

Macam biasalah, kalau nak kurus, kita kena elakkan makan berlebihan.

“Aisah, saya bab makan ni memang ada pantang. Pantang jumpa, pantang nampak. Susahlah nak control dari makan terlebih-lebih ni.”

Aisah tahu nasihat elak makan berlebihan ni memang susah nak buat. Tapi ada caranya yang boleh membuatkan kita jadi kurang selera nak makan banyak.

Cara pertama, minum air sebelum makan.

Minimumkan pengambilan air manis. Sebaliknya lebihkan meminum air kosong atau suam.

Sebaiknya ambil air ini sebelum makan, supaya perut kita rasa sedikit penuh atau sebu. Maka kuranglah kita nak terlajak makan secara berlebihan.

Selain itu, anda juga boleh mengambil minuman yang boleh memberi kekenyangan segera kepada perut. Serta mampu membantu memotong rasa ‘craving‘ atau keinginan untuk makan.

“Ada ke minuman sebegitu?”

Ada je, dan Aisah sendiri mengambilnya hampir setiap hari.

Bukan saja boleh membantu dari tak nak terlajak makan. Tapi juga mampu membantu dengan mudah untuk ‘maintain‘ berat badan yang sudah kurus. Serta membakar lemak yang ada.

Minuman yang Aisah ambil adalah Cinch Mixed Soy Protein dan Cinch Tea Mix dari Shaklee.

CINCH MIXED SOY PROTEIN SHAKLEE TAHAN ANDA DARI MAKAN BERLEBIHAN

Minuman cinch shaklee shake diet cepat kenyang tahan lapar kurus

Cinch Mixed Soy Protein merupakan sejenis minuman protein yang dapat membantu anda dalam untuk kawal pemakanan.

Sebab di dalamnya mempunyai beberapa bahan-bahan yang berkesan dalam tujuan sedemikian.

Ekstrak Guar Gum

Juga dikenali sebagai guaran, dan diesktrak dari tumbuhan kekacang guar.

‘Guar gum‘ merupakan salah satu jenis makanan tergolong dalam kategori serat larut (‘soluble fiber‘).

Makanan jenis ini membantu memperlahankan penghantaran makanan dari perut untuk sampai kepada usus.

Apabila ini berlaku, badan anda akan mengambil lebih masa untuk menghadam dan menyerap nutrien makanan.

Kesannya, anda akan berasa kenyang lebih lama. Atau dalam kata lain, lambat nak lapar.

Secara tak langsung, ‘guar gum‘ membantu mengawal serta menurunkan selera makan anda.

Leusine

Leusine membantu dalam pengawalan insulin dan glukosa dalam badan.

Orang yang selalu rasa nak kerap makan (‘craving’) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.

Dengan pengambilan leusine, ia membantu dalam pengawalan kedua-kedua kandungan tersebut di dalam badan.

Kesannya, ia dapat mengawal perasaan keinginan nak makan.

Selain itu, leusine juga membantu badan anda daripada kehilangan jisim otot (‘muscle mass’). Mengekalkan ‘muscle mass’ adalah penting dalam menurunkan berat badan.

Sebabnya, ototlah yang membantu badan anda untuk membakar lebih banyak kalori setiap hari, walaupun ketika sedang berehat di atas sofa.

Oh ya. Minuman Cinch Mixed Soy Protein Shaklee ini didatangkan dalam 3 perisa.

Vanilla. Cokelat. Cafe Latte.

Jadi, anda boleh pilih mana-mana satu yang menepati selera kegemaran anda.

CINCH TEA MIX SHAKLEE BAKAR LEMAK

Cinch Tea Mix ini merupakan campuran pelbagai jenis teh berkhasiat tinggi.

White tea’ (teh putih). ‘Red tea’ (teh merah). ‘Matcha green tea’ (teh hijau matcha).

 “First time saya dengar pasal teh putih dan teh merah, apa tu?”

Teh putih: Seperti teh hitam (‘black tea’) dan teh hijau, teh putih diekstrak daripada tumbuhan teh yang sama.

Cuma yang membezakan adalah cara memprosesnya.

Menurut laman web kesihatan antarabangsa, Healthline, teh putih ni ada banyak khasiat kesihatan. Salah satunya adalah untuk pengurusan berat badan.

Sebab teh putih mempunyai kafein dan katekin (“catechin”) seperti epigallocatechin gallate (EGCG).

Kedua-dua kandungan ini berkerjasama berfungsi dalam membakar lemak.

Ada kajian juga menyatakan EGCG dapat merangsang pemecahan lemak serta menghalang sel lemak baru terbentuk.

Selain itu, teh putih juga membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme badan kita 4-5%.

Ini bersamaan tambahan 70-100 kalori terbakar setiap hari.

Teh merah: Dikenali juga sebagai rooibos tea.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada 2014, teh merah mampu membantu dalam pengurusan berat badan dengan cara menaikkan paras leptin di dalam badan.

Leptin ini merupakan hormon yang membantu dalam mengawal pengambilan makanan.

Dan ia menghantar isyarat kepada badan tentang rasa sudah kenyang.

Seperti teh merah, teh putih juga membantu menghentikan sel lemak baru dan mempercepatkan kadar metabolisme dalam pembakaran lemak.

Teh hijau: Banyak kajian sudah dijalankan tentang khasiat teh hijau. Dan antaranya adalah teh hijau mampu membantu dalam menurukan berat badan.

Seperti teh putih, teh hijau juga mempunyai kandungan kafein dan katekin yang mampu menaikkan kadar metabolisme badan kita serta membakar lemak.

MACAM MANA NAK BELI SHAKLEE?

tips kurus lepas raya
Aisah sendiri pengguna produk Shaklee untuk membantu mengekalkan berat badan serta membakar lemak, lebih-lebih lagi semasa Syawal ini. Berat Aisah sekarang 56 kg tau.

Jika anda mementingkan penampilan serta dengan nak kurus selepas raya, anda boleh mencuba menggunakan produk di atas.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/NakKurus.

www.wasap.my/0176477837/NakKurus.

Dapatkan juga konsultasi tentang produk Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.

Siti Aisah Mohd Ibrahim – Pengedar Shaklee Subang Jaya

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

vitamin anak Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

2 thoughts on “Nak Kurus Lepas Raya? Ini Caranya Supaya Azam Tak Ke Laut

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?