Inilah Sisi Gelap Bisnes Dari Rumah Yang Ramai Tak Tahu

Inilah Sisi Gelap Bisnes Dari Rumah Yang Ramai Tak Tahu

Coretan pengalaman sebenar Aisah bisnes dari rumah selama 9 tahun.

Aisah masih ingat dengan jelas peristiwa ini.

Tarikhnya, 12 Disember 2022. Hari Isnin.

Walaupun ketika itu cuti sekolah telah pun bermula, tetapi tadika Ghazi masih buka.

Tadikanya hanya memulakan sesi percutian sekitar minggu ketiga Disember.

Seperti hari-hari kebiasaannya, pada pagi itu Aisah kejutkan Ghazi untuk ke sekolah.

Ghazi liat nak bangun. Katanya, masih mengantuk. Masuklah episod Ghazi meragam.

Makanya, terpaksa bergelut dan bersilatlah jawabnya dalam nak menyiapkan Ghazi pada hari tu.

Kejap masuk mode berkeras. Kejap masuk mode memujuk. Semata-mata Aisah nak dia pergi ke tadika juga.

Memang makan masa yang lama juga nak menyiapkannya. Daripada mandi, pakaikan uniform sehinggalah menyuapkan sarapan pagi.

Betul-betul menguji kesabaran mak-mak ni. Hanya Tuhan sajalah yang tahu.

This image has an empty alt attribute; its file name is 313340314_10159866044788725_3191764118963137753_n-705x1024.jpg

Bila dah siap semua, maka keluarlah rumah dan bawa Ghazi ke kenderaan.

Tiba-tiba terasa timbul perasaan macam pelik sesangat dengan suasana pagi tu.

Kereta-kereta jiran masih banyak berada di ‘parking‘ masing-masing.

Hurm, selalunya, pada waktu-waktu macam ni, ramai yang dah keluar pergi bekerja.

Tengok jalan besar di seberang rumah. Ada banyak kenderaan lalu-lalang.

Tapi tidaklah traffic jam seperti biasa. Makin ber’double-double‘ pelik jadinya.

Tiba-tiba suami tegur, “Hari ni cutilah.”

“Cuti apa?” Tanya Aisah.

“Selangor cuti hari ni,” kata dia selamba.

“Cuti apa?” Aisah ulang soalan yang sama.

“Cuti birthday Sultan Selangor.”

Haaaaaaaaaaaaa. Ya, Allah lupa.

Hari Jadi Sultan Selangor adalah pada 11 Disember 2022. Memandangkan ianya jatuh hari Ahad, maka hari Isninnya pun cutilah.

SINDROM LUPA HARI CUTI UNTUK ORANG BISNES DARI RUMAH

Aisah mula bisnes di dalam Shaklee sejak tahun 2014.

Sebelum tu, Aisah bertugas sebagai ‘clinical instructor‘ yang mengajar pelajar-pelajar diploma kejururawatan yang di’posting’kan di sebuah hospital.

Ketika zaman Aisah kerja dulu, cuti umum memang insyaAllah dalam kepala (walaupun hakikatnya masih kena masuk kerja di hospital).

Tapi ianya sangat berbeza lepas terjebak dalam bisnes dari rumah ni.

Kadang-kadang Aisah tak ingat pun cuti umum atau ‘public holiday‘. Lebih-lebih lagi, kalau ‘public holiday‘ tu jatuh masa cuti sekolah.

Sebabnya kalau ‘public holiday‘ masa hari sekolah, ada anak-anak Aisah yang lebih besar seperti Nuha dan Bouchra boleh ingatkan.

Dan sebenarnya Aisah tak keseorangan pun.

Ramai je kawan-kawan yang buat bisnes dari rumah pun selalu mengalami masalah sama. Terlepas pandang hari cuti umum.

BISNES DARI RUMAH TETAP ADA BANYAK KEISTIMEWAANNYA

Antara faktor utama Aisah terjun ke dalam bisnes Shaklee adalah sebab nak ‘spend‘ lebih banyak masa dengan anak.

Dalam kata lain, Aisah nak tengok mereka membesar depan mata.

Bila Aisah kerja dahulu, anak kena tinggal. Lepas separuh hari, baru pulang ke rumah.

Kadang-kadang Aisah hanya dapat ‘spend‘ masa sekejap saja dengan mereka.

Sebabnya, mereka dah tidur. Perkara biasa yang dialami oleh ibu-ibu zaman sekarang kan.

Tambahan pula, kerja Aisah perlukan ‘shift‘. Kadang-kadang siang, kadang-kadang malam.

Hujung minggu pun adakalanya kena masuk bertugas di hospital.

Jadi, terdetiklah perasaan di dalam hati;

“Aku ni asyik kerja, nanti tahu-tahu anak dah besar. Terlepas nak nikmati moment bersama diorang masa kecik-kecik.”

Kalau boleh, Aisah tak mahu jadi begitu.

Maka, Aisah pun mula buat bisnes separuh masa terlebih dahulu sebagai persediaan.

bisnes dari rumah
Dulu bisnes online tak sehebat sekarang, jadi Aisah mula-mula bisnes dengan rakan terdekat secara separuh masa.

Alhamdulillah. Selepas hampir 2 tahun, bisnes semakin besar dan stabil.

Aisah pun ambil keputusan ‘resign‘ dan buat bisnes dari rumah secara separuh masa.

Ketika itu, anak perempuan Aisah, Nuha dan Bouchra masing-masing berumur 3 tahun dan 2 tahun.

Agak terlewat sedikit.

Tetapi sekurang-kurangnya untuk anak ketiga, Ghazi, Aisah dapat jaganya secara penuh sejak dari lahir lagi. Syukur sangat.

Bukan apa, Aisah risau dan tak tenteram nak tinggalkan anak kecil dengan penjaga.

Sebab banyak kes-kes dilaporkan dalam media, penjaga mendera anak-anak di bawah jagaan mereka.

BISNES DARI RUMAH BERI ‘TIME FREEDOM

Antara Aisah dapat bila berbisnes dari rumah ini adalah kebebasan masa (‘time freedom‘).

Memang tak dinafikan bisnes memerlukan komitmen gerak kerja setiap hari.

Tetapi Aisah boleh ‘adjust‘ kan masa berbisnes tu untuk memenuhi tuntutan lain. Terutamanya untuk keluarga. Sangat ‘flexible‘ lah, orang kata.

Sebagai contoh, Aisah senang nak hadir ke hari ‘report card‘ sekolah anak.

Atau Aisah dapat iringi dan berikan sokongan kepada anak-anak yang mewakili sekolah mereka ke pertandingan.

Bila anak-anak naik pentas untuk terima anugerah tahunan di sekolah, Aisah boleh datang untuk meraikannya juga.

Macam tahun lepas, Aisah dapat menemani anak sulung setiap hari sepanjang peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA.

Kalau bekerja, mungkin bukan senang Aisah nak dapat peluang ini.

Kena minta cuti dulu. Dan belum tentu ianya dapat diluluskan.

Kan susah macam tu. Sedangkan momen macam ni belum tentu berulang lagi di tahun mendatang.

KENAPA SHAKLEE JADI PILIHAN SEBAGAI BISNES DARI RUMAH?

Ketika artikel ini ditulis, Aisah dah genap 9 tahun berbisnes Shaklee secara sepenuh masa.

Kalau dicampur dengan semasa separuh masa sebelumnya, jumlahnya 11 tahun lah ya.

Ada banyak sebab Aisah jatuh cinta dengan bisnes Shaklee.

1. Produk kesihatan berkesan dan mendapat sambutan

Aisah sendiri pengguna produk Shaklee sejak sekian lama hinggalah kini.

Dan Aisah sangat suka dengan keberkesanan produk Shaklee dalam penjagaan kesihatan dan juga kecantikan.

Maka tak hairanlah, produk Shaklee memang mendapat permintaan banyak dari rakyat Malaysia.

Sehinggakan Shaklee mendapat anugerah Malaysia Reader’s Digest Trusted Brand saban tahun.

bisnes dari rumah Shaklee

2. Modal permulaan rendah

Mungkin syarikat lain mewajibkan anda mengeluarkan sekian-sekian duit untuk membeli selambak stok sebelum layak menjadi rakan bisnes.

Tetapi Shaklee tidak.

Aisah memulakan bisnes Shaklee pada 2012 dengan hanya mengumpul order sahaja dari rakan sekerja di hospital.

Mereka bayar order. Dari duit tersebut Aisah belikan vitamin Shaklee dipesan. Dan kemudian saya hantar kepada mereka.

Mudah kan.

Tak perlu anda pening nak cari modal. Atau sampai nak berhutang.

3. Kewangan syarikat yang stabil

Ini paling penting. Aisah memang titikberatkan perkara ini.

Sebab ada banyak syarikat yang ‘struggle‘ nak bayar komisen kepada ejen atau pengedar mereka.

Ada yang buat bayaran lambat. Ada yang tak dapat bayar penuh. Ataupun ada yang sangkut terus.

Sedangkan kita ada komitmen setiap bulan yang perlu dijelaskan.

Sepanjang Aisah berbisnes di Shaklee, tak pernah lagi komisen bonus saya lambat bayar. Malah ada ketikanya dibayar lebih cepat beberapa hari.

Apa juga nombor yang tertera dalam slip ‘income‘ bulanan Shaklee, itu jugalah yang akan dimasukkan dalam akaun bank saya.

Tak pernah terkurang walau satu ringgit pun.

Oh ya, slip ‘income‘ Shaklee boleh buat loan dengan bank.

Kalau slip pendapatan kerja hakiki tak lepas, anda boleh tambahkannya dengan slip ‘income‘ Shaklee masa memohon pinjaman tu.

SIAPA AISAH DI DALAM BISNES SHAKLEE?

bisnes dari rumah shaklee
Mencapai ranking tertinggi Master Coordinator pada tahun 2015

Dengan menggunakan pengalaman dan ilmu dalam bidang kesihatan serta bisnes, Aisah membantu ramai orang menjana pendapatan daripada Shaklee.

Pelbagai bentuk latihan diberikan oleh Aisah, sama ada secara berkumpulan atau juga ‘private coaching‘. ‘Online‘ atau juga ‘offline‘.

Antara latihan yang diberikan adalah;

  • pemasaran secara online dan offline
  • strategi membuat konten di blog dan media sosial
  • motivasi diri
  • kemahiran berkomunikasi, dan banyak lagi
offline training tentang strategi pemasaran, kemahiran berkomunikasi dan motivasi
Saya bersama team selepas offline training tentang strategi pemasaran, kemahiran berkomunikasi dan motivasi
Online training melalui zoom tentang bagaimana merangka big why di dalam bisnes

Ini bagi membantu individu seperti anda untuk mencapai potensi diri dalam menggapai impian atau ‘big why‘ anda. Termasuklah impian ingin mempunyai ‘time freedom‘ untuk bersama keluarga.

JOM JOIN BISNES DARI RUMAH SEKARANG

Jika anda berminat, jom ‘join’ bisnes dari rumah bersama Aisah.

Bukan saja kita sama-sama menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi keluarga, tetapi juga berpotensi untuk kelihatan lebih sihat dan muda lebih lama.

Selain tu, Shaklee menawarkan pelbagai insentif. Antaranya pakej percutian mewah ke luar negara, bonus kereta, serta majlis gilang gemilang meraikan pencapaian bisnes anda.

bisnes dari rumah shaklee
Ganjaran trip percutian Shaklee ke Itali

Aisah menerima semua orang. Tak kira sama ada anda bekerja, atau ada bisnes lain, atau pun juga suri rumah.

Paling penting sekali, Aisah tak mengira kaum, agama dan negeri.

Sebab organisasi Aisah memang majmuk ya. Ada pelbagai bangsa dan agama. Dari Semenanjung sampai ke Sabah dan Sarawak.

Paling penting, umur anda sudah melepasi 18 tahun. Serta ada motivasi tinggi nak berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga menikmati insentif lumayan Shaklee sediakan.

Anda hubungi Aisah sekarang dengan klik link ini;

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

Nak call Aisah pun boleh terus. Dail nombor Aisah ini, 0176477837.

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *