Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Selalu Gagal Nak Kurus? Ini Program ‘Hello New You’ Untuk Anda

Selalu Gagal Nak Kurus? Ini Program ‘Hello New You’ Untuk Anda

Setiap kali tahun baru menjelma, ramai di kalangan kita yang bercita-cita untuk turun berat badan atau kurus. Tapi hasilnya mungkin tak seperti anda harapkan.

Betul tak?

Pelbagai jenis diet itu dan ini yang anda sudah cuba, tapi tidak berjaya.

Mungkin juga anda dah pernah turun berat, tapi susah nak ‘maintain‘. Kemudian, berat naik lebih tinggi pula berbanding sebelumnya.

Atau anda pernah cuba melanggan keahlian gymnasium. Tapi tak sampai 2 bulan, berhenti. Sebab kekangan masa.

Nak buat macam mana?

AZAM NAK KURUS DAN TURUN BERAT BADAN

berat badan berlebihan obesiti tip kurus cepat

Memetik kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan pada tahun 2022, kes terlebih berat badan serta obesiti di Malaysia sudah mencapai tahap membimbangkan.

Kebanyakannya adalah disebabkan oleh gaya hidup kita zaman sekarang inilah.

Selalu stress. Tidur pun tak cukup. Jarang ada masa nak bersenam.

Dan…. yang paling utama sekali, makan pun susah nak disiplin.

Lebih-lebih lagi Malaysia ni syurga makanan. Sampai tengah malam pun kita masih boleh cari kedai makan. Haish, memang mencabar nak kurus, kan.

Laporan dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menyatakan 50.1% dari orang dewasa Malaysia ni terlebih berat.

Maksudnya 1 daripada 2 orang dewasa di sekeliling kita adalah ‘overweight’.

Bayangkanlah masalah berat badan ini sudah menular dalam kalangan masyarakat.

Maka, tak hairanlah keazaman nak kurus tu memang sangat popular (dan juga selalu ke laut) di kalangan orang Malaysia.

MASALAH BERKAITAN BERAT BADAN BERLEBIHAN (‘OVERWEIGHT‘)

Berat badan berlebihan kalau tidak dikawal boleh membawa kepada situasi obesiti.

Perkara macam ni boleh merisikokan diri untuk menjemput pelbagai masalah kesihatan masuk ke dalam badan kita.

Dan ada antaranya boleh mengancam nyawa. Hurm, jaga-jaga ya.

1. Masalah tidur

Kebiasaanya, orang yang mengalami berat badan berlebihan akan mengalami masalah tidur. Puncanya disebabkan lemak terkumpul di sekeliling leher.

Bila ini terjadi, mereka akan mengalami masalah ‘obstructive sleep apnea‘ (OSA) iaitu kekurangan oksigen semasa tidur.

Lemak-lemak yang terkumpul tadi menyekat rongga pernafasan. Ini membuatkan mereka jadi berdengkur dan sukar bernafas semasa tidur.

2. Tekanan darah tinggi (‘hypertension‘)

tekanan darah kurus

Bila berat badan berlebihan, jantung anda akan bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh tubuh badan.

Dalam masa yang sama, proses mengepam darah ini akan memberikan tekanan yang kuat pada arteri atau salur darah anda.

Saluran darah anda pula tidak mahu mengalirkan darah dengan tekanan yang kuat ini.

Ini yang menjadikan tekanan darah meningkat.

3. Masalah jantung dan strok

Berat berlebihan meningkatkan kemungkinan untuk anda mempunyai ‘low-density lipoprotein’ (LDL), di dalam darah.

LDL ini biasanya dikenali juga sebagai kolestrol jahat dalam masyarakat kita.

Apabila LDL dah terlalu banyak berada dalam darah, ia membuatkan deposit-deposit lemak meningkat.

Akibatnya, arteri kita pun sempit dan menghalang kelancaran aliran darah. Ini yang boleh membawa kepada masalah jantung atau strok.

4. Diabetes atau kencing manis

diabetes obesiti turunkan berat badan kurus

Kegemukan juga boleh sebabkan badan kita mengalami peningkatan kadar asid lemak dan keradangan (‘inflammation‘).

Dan ini boleh menyumbangkan kepada kerintangan insulin (‘insulin resistance‘), dan kandungan gula dalam darah anda pun menjadi tinggi.

Akibatnya, anda berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2 (‘Type 2 diabetes‘).

Penyakit kencing manis ni boleh membawa kepada kegagalan fungsi buah pinggang serta saraf, kehilangan daya penglihatan, masalah jantung dan juga strok.

Banyak tu kesan negatifnya.

5. Osteoartitis atau sakit sendi

obesiti osteoartitis tips kurus

Masalah gemuk juga boleh memberi masalah osteoartitis atau sakit sendi.

Ini menyebabkan anda kehilangan tulang rawan dan mengalami keradangan. Majoritinya di kawasan lutut.

Bila ni terjadi, pergerakan anda pun terganggu. Susah nak berjalan jauh atau lama-lama.

Dan kalau tidak dibendung pertambahan berat badan, ia boleh membuatkan anda hilang keupayaan untuk berjalan.

6. Kesan psikologi

Tak dinafikan, ada kes-kes berlaku di mana golongan yang mempunyai masalah berat badan berlebihan ini didiskriminasikan.

Antara contohnya adalah pengambilan pekerja. Ada majikan secara sengaja memilih pekerja baru mereka berdasarkan rupa bentuk fizikal. Padahal calon-calon tersebut mempunyai kelayakan sama.

Selain itu, ada juga kes individu yang mengalami masalah kegemukan diketepikan daripada naik pangkat serta kenaikan gaji.

Kalau buka rancangan TV di Malaysia ni, pelakon yang berbadan besar juga seringkali dijadikan bahan lawak.

Situasi-situasi macam ni boleh menjejaskan keyakinan diri untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan.

obesiti kurus
Kredit: Laman Facebook Public Health

TAPI TAK SEMUA CARA TURUN BERAT BADAN ITU BERI KESAN POSITIF

Jika anda ingin berazam untuk menurunkan berat badan demi kebaikan kesihatan, maka ia adalah suatu yang sangat digalakkan.

Namun begitu, dalam nak mengejar nak kurus tersebut, kita haruslah beringat.

Mungkin kita mahu cepat turun berat badan, 5-7 kg atau lebih dalam masa seminggu. Yalah, orang Malaysia kan, semuanya nak hasil cepat (‘fast result‘).

Tapi secara peribadi, Aisah berpendapat bersederhana adalah lebih baik.

Sebabnya, ada diet kurus atau cara turun berat badan tertentu boleh memberi kesan negatif kepada anda. Sama ada secara mental atau fizikal.

1. Kecelaruan pemakanan (‘eating disorder‘)

Eating disorder‘ merupakan masalah berkaitan mental dan psikologi yang menyebabkan tabiat pemakanan kita berubah menjadi tidak sihat.

Ianya boleh tercetus apabila kita terlalu obses dengan sesuatu kelas makanan, bentuk badan dan juga berat badan.

Ada kajian dari Universiti Minnesota pada tahun 2016 menunjukkan, pelan diet tertentu meningkatkan risiko ‘eating disorder‘.

Ini disebabkan pelan pemakanan mereka yang terlalu ‘strict‘ dan memberi kesan negatif kepada imej tubuh kita sendiri.

Selain itu, ada juga pelan diet yang menfokuskan secara berlebihan untuk kita makan secara sempurna (‘eat perfectly‘).

Kesannya, ia boleh memberi kesan psikologi, seperti tekanan mental.

Atau boleh juga timbul perasaan terlebih-lebih dalam nak menolak sesuatu pemakanan.

Sedangkan pemakanan tersebut mungkin boleh menyokong dari segi mikronutrien, seperti zat mineral dan vitamin.

2. Kekurangan nutrisi penting (‘nutrient deficiency‘ atau ‘nutritional gap‘)

Ada sesetengah pelan-pelan diet hanya menfokuskan pengambilan pemakanan berdasarkan pada kategori makronutrien sahaja.

Diet-diet sebegini tak ambil perhatian pun kepada mikronutrien. Sedangkan mikronutrien sangat penting kepada kesihatan tubuh kita.

Apabila kita hanya fokus pada segelintir pemakanan atau kurangkan kalori secara drastik, besar kemungkinan kita tidak mendapat nutrien dengan cukup.

Dan ada kajian menunjukkan diet-diet ini menyumbang kepada situasi ‘nutrient deficiency‘ ataupun ‘nutritional gap.

Haaa, mungkin ada di kalangan pembaca blog Aisah yang tanya,

Apa beza makronutrien dan mikronutrien tu?

Ok, makronutrien adalah nutrien pemakanan yang kita ambil dalam kuantiti yang besar setiap hari.

Selalunya makronutrien ni diukur dengan ‘gram’ atau ‘kalori’.

Tugas makronutrien ni adalah mengekalkan struktur badan serta membantunya berfungsi.

Contoh makronutrien adalah seperti karbohidrat, protein dan lemak.

Mikronutrien pula nutrien pemakanan yang kita ambil dalam kuantiti kecil.

Ia selalu diukur dengan ‘miligram‘, ‘microgram‘ atau ‘International Units‘ (IU).

Mikronutrien membantu sistem badan kita untuk berfungsi secara optimum.

Antaranya, sistem imun, sistem penghadaman, hormon, otak dan lain-lain lagi.

Contoh mikronutrien adalah vitamin (vitamin B, C, D, dll) dan zat mineral (kalsium, zink, magnesium, dll).

Bila kita kurang mikronutrien ni mulalah badan selalu jatuh sakit, sakit pun lambat nak sembuh, hormon terganggu dan sebagainya.

3. Kehilangan jisim otot (‘muscle mass’)

Untuk turunkan berat badan, secara idealnya anda boleh amalkan diet defisit kalori (‘calories deficit‘) dan juga bersenam.

Tetapi jika berat anda turun tanpa sebarang senaman, bukan saja lemak banyak hilang tetapi jisim otot (‘muscle mass‘) juga turun banyak. Lebih-lebih lagi jika penurunan berat badan yang drastik.

Memang tidak dinafikan kehilangan ‘muscle mass‘ tidak dapat dielakkan jika mahu turunkan berat badan.

Tapi secara idealnya, kehilangan tersebut perlulah diminimumkan.

Mempunyai kadar ‘muscle mass‘ yang sihat adalah penting untuk melawan proses sarcopenia apabila usia semakin tua, dan juga membantu anda terus bergerak.

4. Kulit menggelebeh

kulit menggelebeh kurus

Kehilangan berat badan yang banyak dalam tempoh singkat boleh membuatkan kulit kita jadi menggelebeh.

Secara teknikalnya, apabila berat badan anda naik, kulit akan meregang untuk menampung kenaikan tersebut.

Jika masalah berat badan anda dibiarkan bertahun-tahun, maka semakin lamalah kulit tersebut ‘dipaksa’ meregang. Dan ini merosakkan collagen dan juga elastin di dalam kulit anda.

Maka, kulit anda hilang keupayaan untuk kembali kepada asal dahulu.

Sebab itu, kulit jadi menggelebeh apabila anda kurus dengan cepat.

Melambai-lambai dan terbuai-buailah kulit tu.

Dan untuk sesetengah orang, kulit menggelebeh macam ini boleh mendatangkan rasa kurang selesa.

PENGALAMAN AISAH MENURUNKAN BERAT BADAN MELALUI HELLO NEW YOU

Semasa kita semua terkurung lama di rumah akibat pandemik Covid-19, berat Aisah naik hampir 65 kg.

Semuanya gara-gara nak cuba pelbagai resipi yang viral ketika zaman PKP.

Oleh kerana tabiat pemakanan yang tak menyihatkan, bukan saja berat badan Aisah naik. Kulit muka jadi kusam. Senang mengantuk dan susah nak fokus.

Rupa Aisah dahulu ketika berat 65kg

Jadi, Aisah ambil keputusan untuk perbetulkan balik tabiat pemakanan. Sebab Aisah tak mahu nanti melarat jadi masalah kesihatan pula.

Lebih-lebih lagi, Aisah pernah bekerja dalam bidang kesihatan sebagai jururawat di ICU satu ketika dulu.

Macam-macam penyakit tengok. Menakutkan.

Apa yang Aisah lakukan adalah tidak mengambil minuman bergula. Hanya air kosong sahaja. Kalau minum kopi pun hanya kosong saja.

Aisah juga buat ‘intermittent fasting‘ bagi mengawal kalori harian. Ianya bukan mudah, sebab nak lawan ‘craving‘ pada gula dan makan.

Dengan bantuan dari Hello New You dari Shaklee, memang berjaya putuskan rasa ‘craving‘ tu.

Itu yang Aisah boleh tahan lapar sampai 16 jam, dari pukul 6 petang sampai 10 pagi. Dan Aisah tak ada pun tolak nasi, mi atau roti dari diet seharian.

Selain itu, Hello New You juga mengandungi mikronutrien yang membantu mengelakkan situasi ‘nutrient deficiency‘.

Hasilnya, Aisah turun ke 57 kg dan mudah nak ‘maintain‘ berat tersebut sampailah kini. Tanpa kulit menggelebeh atau mengganggu sistem penghadaman dan imun badan.

Berat saya kini 57 kg, memang senang nak maintain kurus ni sebenarnya dengan Hello New You

HELLO NEW YOU, SET KURUS SHAKLEE

Shaklee menjalankan kempen program Hello New You dalam membantu pengurusan berat badan.

Antara produk yang membantu mencapai objektif demikian adalah;

Cinch Mixed Soy Protein Shaklee

Minuman cinch shaklee shake tips cepat kurus

Cinch Mixed Soy Protein merupakan sejenis minuman protein yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan (“weight loss”).

Sebab di dalamnya mempunyai beberapa bahan-bahan yang berkesan dalam tujuan sedemikian.

  • Ekstrak Guar Gum

Juga dikenali sebagai guaran, dan diesktrak dari tumbuhan kekacang guar.

Guar gum merupakan salah satu jenis makanan tergolong dalam kategori serat larut (‘soluble fiber‘).

Makanan jenis ini membantu memperlahankan penghantaran makanan dari perut untuk sampai kepada usus.

Apabila ini berlaku, badan anda akan mengambil lebih masa untuk menghadam dan menyerap nutrien makanan.

Kesannya, anda akan berasa kenyang lebih lama. Atau dalam kata lain, lambat nak lapar.

Secara tak langsung, guar gum membantu mengawal serta menurunkan selera makan anda.

  • Leusine

Membantu dalam pengawalan insulin dan glukosa dalam badan.

Orang yang selalu rasa nak kerap makan (‘craving‘) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.

Dengan pengambilan leusine, ia membantu dalam pengawalan kedua-kedua kandungan tersebut di dalam badan.

Kesannya, ia dapat mengawal perasaan keinginan anda nak makan.

Selain itu, leusine juga membantu badan anda daripada kehilangan jisim otot (‘muscle mass’).

Mengekalkan ‘muscle mass’ adalah penting dalam menurunkan berat badan.

Sebabnya, ototlah yang membantu badan anda untuk membakar lebih banyak kalori setiap hari.

Selain itu, minuman ini juga mengandungi mikronutrien seperti vitamin A, B, C, D, E, kalsium, magnesium dan zink.

Oh ya. Minuman Cinch Mixed Soy Protein Shaklee ini didatangkan dalam 3 perisa.

Vanilla. Cokelat. Cafe Latte.

Jadi, anda boleh pilih mana-mana satu yang menepati selera kegemaran anda.

OmegaGuard Shaklee

OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan berbentuk softgel (gel lembut) yang mengandungi tinggi Omega 3.

Ada kajian menyatakan Omega-3 mampu menaikkan kadar metabolik badan.

Apabila tinggi kadar metabolisme badan, maka semakin banyak kadar lemak dibakar. Dan ini membantu dalam penurunan berat badan, ‘inch loss’ (kehilangan inci) dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan.

Lecithin Shaklee

Lecithin dikenali sebagai emulsifier (emulsi) semulajadi, dan merupakan ejen pemecah lemak kepada molekul-molekul kecil untuk penghadaman,

Memandangkan lecithin berupaya untuk memecahkan lemak, ia juga membantu menghalang sel-sel lemak untuk menempel di bahagian dinding arteri darah dan juga jantung.

Jadi, secara tidak langsung, lecithin juga berupaya membantu menurunkan paras kolestrol.

Herb-Lax Shaklee

Herb-lax shaklee

Tabiat pemakanan mungkin boleh membuatkan kita mengalami masalah penghadaman.

Ini boleh terjadi jika kita kurang untuk minum air yang cukup serta kekurangan pengambilan menu mempunyai serat. Terutamanya serat jenis larut (‘soluble fiber’).

Jika kita tidak membuang air besar dalam tempoh yang lama, ia boleh menjadi toksin di dalam badan.

Salah satu bahan utama di dalam Herb-Lax Shaklee adalah daun senna atau juga dikenali sebagai daun gelenggang. Daun senna berfungsi sebagai pelawas.

Anda boleh mengambil 1-2 kali sebulan sebagai fungsi detoks bagi melegakan penghadaman. Dan memudahkan untuk anda membuang air besar.

Jadi, ia bagus untuk anda rasa puas semasa membuang.

Alfalfa Complex Shaklee

alfalfa shaklee tips cepat kurus detox

Alfalfa Shaklee diperbuat daripada bahan utamanya iaitu esktrak secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan alfalfa.

Tumbuhan alfalfa ini memang terkenal mempunyai pelbagai jenis mineral dan nutrien termasuklah serat (‘fiber’) yang membantu dalam penghadaman anda.

Antara kandungan mikronutrien alfalfa adalah vitamin K, vitamin C, zat besi dan magnesium.

Optional: Collagen Shaklee

Di pasaran, ada pelbagai jenis collagen yang diperbuat daripada sumber-sumber;

  • marine‘ seperti ikan,
  • poultry‘ seperti ayam,
  • atau ‘bovine‘ seperti lembu dan khinzir.

Dan setiap daripadanya tergolong dalam keluarga atau jenis collagen yang berbeza. Dan ini juga memberi fungsi dan manfaat yang berbeza.

Macam Collagen Shaklee diperbuat daripada ikan, maka ia tergolong di dalam kategori collagen type I.

Antara manfaat collagen type I adalah dapat mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit, serta membantu kesihatan sendi seperti tulang rawan.

Jadi, kalau kulit menggelebeh selepas kurus atau masih sakit-sakit lutut akibat berat badan lampau, anda boleh mengambil collagen ini.

Collagen Shaklee juga mengandungi mikronutrien vitamin C.

MACAM MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?

Jika anda nak turun berat badan atau kurus dengan cara yang lebih sihat, anda boleh cuba produk di atas.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/NakImejBaru.

www.wasap.my/0176477837/NakImejBaru.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya yang juga merupakan pengedar Shaklee Labuan.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

vitamin anak Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?