Nak Konsisten Buat Bisnes? Cuba Buat Vision Board Seperti Ini
“Anda orang bisnes, kalau nak capai impian, mesti buat vision board.”
Siapa di kalangan anda pernah dengar tips daripada sifu-sifu bisnes di media sosial.
Hurm, anda pun macam ‘blur-blur‘ je tak berapa pasti apa itu ‘vision board‘.
Macam mana nak buat pun tak tahu nak ‘start‘.
Tenang.
Di sini Aisah kongsikannya serba sedikit sebagai pengetahuan bersama.
APA ITU VISION BOARD?
‘Vision board‘ adalah satu alat dalam menvisualisasikan impian dan matlamat yang kita mahu capai daripada bisnes yang diusahakan.
Haa, perhatikan pada perkataan visualisasi tu.
Bila bercerita tentang visualisasi ni, jadinya ‘vision board‘ adalah berkait rapat dengan imej-imej.
“Imej macam mana tu?”
Imej-imej yang dimaksudkan adalah seperti gambar dan perkataan seperti ‘caption‘ atau juga petikan ayat (‘quote‘).
Masih tak berapa jelas? Ok, tak mengapa, teruskan membaca ‘explanation‘ Aisah.
Gambar-gambar ini adalah berkait rapat dengan pelbagai impian kita. Contohnya; gambar rumah impian, kereta impian, percutian impian dan lain-lain lagi.
Kalau dahulu, gambar-gambar ini boleh diambil daripada keratan majalah atau suratkhabar. Tapi sekarang kita boleh ‘print‘ saja terus daripada internet.
Perkataan pula adalah ‘caption‘ kepada gambar-gambar tersebut.
Selain itu, anda boleh menambah ‘quote‘ berbentuk motivasi atau suntikan semangat.
Kesemua imej ini kemudiannya ditampal atau dilekatkan di atas ‘vision board‘ kita.
APA FUNGSI ATAU MANFAAT BUAT ‘VISION BOARD‘ NI?
Selepas kita dah siap tampal dan lekat tu, ‘vision board‘ tu usahlah dijadikan khazanah yang perlu disimpan rapi di dalam laci atau di balik-balik almari.
Ia seharusnya diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh kita pada setiap hari. Contohnya, di atas meja kerja.
Secara tak langsung, ‘vision board‘ menjadi salah satu alat motivasi yang kuat untuk ‘push‘kan diri kita untuk mengusahakan bisnes setiap hari.
Maka, kita pun jadi komited, konsisten atau… tak hangat-hangat tahi ayam.
Dan kalau kita menempuh momen-momen ‘down‘ semasa berbisnes, bila melihat kembali kepada ‘vision board‘ ini boleh mengembalikan semangat untuk bangkit.
TIPS VISION BOARD BERKESAN
Sebagai orang bisnes, Aisah sendiri melakukan ‘vision board‘. Dan Aisah turut mengajar perkara yang sama kepada para ahli-ahli bisnes yang bernaung di dalam organisasi Aisah.
(Aisah pun minta anak-anak Aisah buat perkara yang sama, contohnya, result exam yang diimpikan, tempat ingin dilawati, dll.)
Namun, untuk menjadikan sesuatu ‘vision board‘ itu efektif serta mampu berfungsi untuk menginspirasi dan memotivasikan kita, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Elakkan imej impian yang terlalu umum
Anda mengimpikan menjana pendapatan melalui bisnes ini. Tetapi berapakah jumlah pendapatan tersebut?
Anda mengimpikan kenderaan baru. Tetapi apakah jenis dan jenama kenderaan yang anda mahu beli?
Anda mengimpikan bercuti bersama keluarga. Tetapi di manakah lokasi sebenar percutian tersebut?
Sebaiknya, imej di dalam ‘vision board‘ itu perlulah ‘specific‘ rupa dan keadaannya.
Jadi, kita akan nampak ianya dengan lebih jelas dan dekat.
Masukkan unsur-unsur ‘non-physical material’
‘Vision board‘ yang hanya bertumpu kepada ‘physical material‘ dikhuatiri tidak mempunyai pengisian jiwa (‘soul‘).
Kesannya, anda mungkin boleh berasa ‘disconnected‘ dengan ‘vision board‘ yang dihasilkan.
Sebenarnya, anda juga boleh meletakkan elemen-elemen lain di dalam ‘vision board‘.
Antaranya, kemahiran atau skil yang anda ingin capai. Seperti berkomunikasi di hadapan audiens.
Atau juga, mungkin impian untuk menaikkan ‘branding‘ diri atau bisnes anda. Seperti mempunyai jumlah ‘followers‘ tertentu bagi platform media sosial anda.
Mungkin juga anda mahu berbuat kebajikan. Jadi, anda juga boleh letakkan impian menyumbang kepada pihak atau organisasi tertentu di dalam ‘vision board‘ tersebut.
Selain itu, anda juga boleh meletakkan impian seperti penampilan.
Contohnya, nak dikenali sebagai orang bisnes yang mementingkan penampilan. Sama ada dari segi rupa luaran, energetik dan juga kesihatan.
JOM JOIN BISNES SHAKLEE BERSAMA AISAH SEKARANG
Anda sedang tercari-cari idea untuk memulakan bisnes?
Aisah pelawa anda untuk ‘join‘ bisnes Shaklee bersama-sama.
Bukan saja sama-sama menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Tetapi juga berpotensi untuk kelihatan lebih sihat dan muda lebih lama, dengan peluang penggunaan produk Shaklee.
Selain tu, Shaklee menawarkan pelbagai insentif.
Antaranya pakej percutian mewah ke luar negara, bonus kereta, serta majlis gilang gemilang meraikan pencapaian bisnes anda.
Anda boleh baca perkongsian Aisah tentang insentif ni dengan lebih ‘detail‘ dalam artikel sebelum ni, anda boleh kliknya di sini.
APA KELEBIHAN BISNES BERSAMA SHAKLEE?
Ada banyak kelebihan bisnes bersama Shaklee. Maka tak hairanlah Aisah kekal komited dalam bisnes ini sejak dari 2012 lagi.
1) Fleksibel
Bisnes Shaklee boleh dijalankan di mana-mana saja. Pada bila-bila masa.
Anda tak perlu pening nak keluar modal nak buka kedai. Tak perlu pening kalau hari hujan ribut menimpa payung meja jualan anda.
Anda boleh buat bisnes Shaklee secara ‘online‘ atau ‘offline‘. Bila-bila masa.
Sama ada ketika anda di rumah, mahu pun di kampung.
Mungkin juga ketika anda menaiki pengangkutan awam. Atau ketika pasangan anda sedang memandu kereta.
Boleh juga dibuat ketika anda lepak-lepak di cafe. Atau juga ketika menunggu anak keluar dari sekolah.
2) Modal Permulaan Rendah
Mungkin syarikat lain mewajibkan anda mengeluarkan sekian-sekian duit untuk membeli selambak stok sebelum layak menjadi rakan bisnes.
Tetapi tidak di Shaklee.
Aisah memulakan bisnes Shaklee pada 2012 dengan hanya mengumpul order sahaja dari rakan sekerja di hospital.
Mereka bayar order. Dari duit tersebut Aisah belikan vitamin Shaklee dipesan. Dan kemudian saya hantar kepada mereka.
Mudah kan.
Tak perlu anda pening nak cari modal. Atau sampai nak berhutang.
3) Kewangan Syarikat Stabil
Ini paling penting. Aisah memang titikberatkan perkara ini. Sebab ada banyak syarikat yang ‘struggle‘ nak bayar komisen kepada team sales mereka.
Ada yang bayar lambat. Ada yang tak dapat bayar penuh. Ataupun ada yang sangkut terus.
Sedangkan kita ada komitmen setiap bulan yang perlu dijelaskan. Setuju?
Sepanjang Aisah berbisnes di Shaklee, tak pernah lagi komisen bonus lambat bayar. Malah ada ketikanya dibayar lebih cepat beberapa hari. Dan tak pernah terkurang walau satu ringgit pun.
Oh ya, slip ‘income‘ Shaklee boleh buat loan dengan bank.
Kalau slip pendapatan kerja hakiki tak lepas, anda boleh tambahkannya dengan slip ‘income‘ Shaklee masa memohon pinjaman tu.
4) Syarikat & Produk Yang Dah Established
Di Malaysia, Shaklee dah bertapak sejak tahun 1990-an lagi. Memang lama dah.
Tapi kalau dalam dunia, Shaklee lagi lama. Shaklee dah ditubuhkan sejak 1956 di Pleasanton, California. Lagi tua dari negara kita Malaysia yang tercinta ni.
Macam mana syarikat Shaklee boleh bertahan sebegini lama?
Tentulah sebab produk dia.
Mana mungkin sebuah syarikat yang mengeluarkan produk tidak berkualiti boleh bertahan lama.
Mana mungkin juga sebuah syarikat yang mengeluarkan produk tak digemari orang boleh bertahan lama.
Maka sebab itu produk Shaklee terbukti selamat dan berkesan.
Lebih-lebih lagi saya ni dahulunya pernah bekerja dalam bidang kesihatan.
Sudah pasti Aisah dan keluarga tidak akan mengambil produk yang diragui keselamatan kandungannya.
Dan tentu sekali Aisah tidak mahu menjual produk sebegitu kepada orang.
Oh ya, Shaklee juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.
Buktinya, Shaklee memenangi anugerah SuperBrand Award selama bertahun-tahun.
SIAPA SAYA DI DALAM BISNES SHAKLEE?
Saya merupakan seorang bekas jururawat dan juga clinical instructor.
Saya memulakan bisnes Shaklee secara separuh masa pada tahun 2012 setelah melihat kesan positif daripada penggunaan produk penyusuan bayi.
Lebih kurang setahun kemudian, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menfokuskan kepada Shaklee secara sepenuh masa.
Pada Februari 2015, saya telah mencapai ranking tertinggi di dalam Shaklee, iaitu Master Coordinator.
Kini, saya telah membimbing ramai usahawan menjadi ‘sales leader‘ di dalam Shaklee. Dan membantu mereka mencapai objektif yang diimpikan daripada bisnes ini.
Hubungi Aisah sekarang dengan klik link ini;
www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee
www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee
Nak call Aisah pun boleh terus. Dail nombor Aisah ini, 0176477837.
Follow saya di media sosial
Instagram @sitiaisahmdibrahim
Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim
Tiktok sitiaisahmohdaibrahim