Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Supplemen Kalsium Untuk Ibu Hamil

Supplemen Kalsium Untuk Ibu Hamil

Osteoporosis vs kalsium benda yang saling berkaitan dan sinonim. Sejak saya munculkan diri di dalam medium TikTok, ramai yang meluahkan perasaan melalui ruang komen sering sakit pinggang walau baru trimester ke dua, dan ada juga mengalami sakit kaki dan pinggang seawal 9 minggu. Siap ada para ibu bertanyakan kepada saya apakah supplemen kalsium yang sesuai untuk ibu hamil trimester 1 ataupun trimester ke3?

Saya membayangkan kalau awal trimester dah sakit macam tu, bagaimana pula ya para ibu nak lalui fasa apabila bayi membesar. Kita tahu semakin bayi membesar dalam rahim ibu, bayi dalam kandungan akan memerlukan kalsium dari si ibu lebih lagi.

Ada juga yang berkata saya setiap hari minum susu segelas sehari, saya ambil sayur hijau juga setiap hari tapi kenapa  saya tetap juga sakit pinggang. Malah setiap malam tak tinggal kejang kaki. Untuk pengetahuan anda semua, keperluan pengambilan sumber kalsium bagi ibu hamil adalah 1200 mg sehari, lebih tinggi dari ibu biasa.

kalsium untuk ibu hamil

Jadi tak hairanlah walaupun setiap hari anda dah ambil sumber kalsium dari real foods tapi semestinya masih tidak mencukupi. Terimbas balik cerita lama saya semasa kandungan anak pertama saya, Nuha. Masa tu saya mengalami masalah cramp kaki yang teruk setiap malam. Plus, saya seorang ibu yang tak suka minum susu sehinggalah sekarang.

Saya rujuk kes saya dengan doktor saya masa tu dan menyarankan saya untuk mengambil kalsium dalam  bentuk supplemen sebab dipercayai saya mengalami masalah kekurangan kalsium yang agak teruk. Sejak dari itulah saya mencari vitamin kalsium di luar.

Apakah jenama supplemen kalsium yang saya amalkan semasa hamil sehinggalah sekarang?

Saya memilih supplemen kalsium jenama Ostenutrix dari syarikat nutrisi Shaklee. Saya sudah mengamalkannya sejak 2011 sehinggalah sekarang disebabkan habit buruk saya tidak suka minum susu malah kuantiti sumber kalsium yang saya ambil dari sumber lain pun agak rendah.

Kenapa Ostenutrix Shaklee menjadi pilihan saya?

Ostenutrix Shaklee diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Ostenutrix adalah merupakan vitamin asas untuk ibu hamil dan sangat disarankan juga di ambil seawal trimester pertama untuk membantu para ibu dari mengalami masalah sakit pinggang, mudah letih, sakit kaki, lenguh sendi dan sebagainya.

ostenutrix kalsium ibu hamil
ostenutrix shaklee ibu hamil

Selain daripada itu, keistimewaan kalsium  jenama Ostenutrix Shaklee mempunyai gabungan vitamin D yang membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium dan bila anda amalkan akan mendapat kesan yang lebih cepat dan lebih optimum jika dibandingkan kalsium kosong semata.  

Dipercayai juga vitamin D3 dan Cooper dapat membantu meningkatkan kesihatan mental seperti mengalakkan kita tidur yang lena, mengurangkan kadar tekanan seharian dan juga mampu merehatkan otot.

Sebab itu, walaupun saya dah tidak mengandung lagi sekarang tapi saya tetap amalkan vitamin kalsium ostenutrix sehingga sekarang kerana ia sangat membantu kesihatan tulang saya daripada mengalami risiko osteoporosis mahupun osteoarthritis.

Jika anda ibu hamil, ibu menyusu, mahupun ibu seperti saya sedang mencari jenama supplemen kalsium yang terbaik, saya sangat mensarankan jenama Ostenutrix Shaklee kerana saya sendiri pun sudah mencubanya dan alhamdulillah walaupun umur dah masuk 41 tahun kali ini, saya setakat ini tidak mengalami lagi masalah kekurangan kalsium seperti zaman saya mengandung dulu. Hakikatnya ibu hamil amatlah memerlukan vitamin untuk pastikan nutrisi mencukup bagi bayi dalam kandungn.

Macam mana nak dapatkan kalsium yang saya ambil ini? Boleh hubungi kami sekarang!

9 thoughts on “Supplemen Kalsium Untuk Ibu Hamil

  1. Betul. Memang tak boleh takde oste. Ingat lagi pernab dapat kalsium dari kkia, tapi tak dapat kesan pun. Rupanya memang ada beza ya tak ada yang sama dengan osteNutrix ni.

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?