Kenapa Badan Mudah Lebam Tanpa Sebab? Ini 7 Punca Utama!

Kenapa Badan Mudah Lebam Tanpa Sebab? Ini 7 Punca Utama!

Pernah tak terkejut bila nampak lebam muncul di tangan, kaki atau paha padahal langsung tak rasa terhentak? Situasi ni buat ramai tertanya-tanya, kenapa badan mudah lebam tanpa sebab yang jelas?

Sebenarnya, lebam berlaku bila salur darah kecil (kapilari) pecah dan menyebabkan darah terkumpul di bawah kulit. Tapi bila ia terlalu kerap berlaku, itu tanda tubuh kita mungkin kekurangan nutrisi atau ada gangguan dalaman.

Mari kita bongkar 7 punca utama badan mudah lebam dan cara untuk atasinya secara semula jadi.

7 PUNCA UTAMA KENAPA BADAN MUDAH LEBAM.

PUNCA MUDAH LEBAM PERTAMA: KEKURANGAN VITAMIN C

Vitamin C bantu kuatkan dinding salur darah dan mempercepatkan pemulihan tisu. Bila badan kekurangan vitamin C, salur darah jadi lemah dan mudah pecah walaupun hanya tersentuh sedikit.

Tanda kekurangan Vitamin C:
– Luka lambat sembuh
– Gusi berdarah
– Kulit kering dan kusam

Cara atasi:
Ambil buah-buahan seperti oren, strawberi, kiwi atau suplemen tinggi vitamin C setiap hari.

PUNCA MUDAH LEBAM KE-2: KEKURANGAN VITAMIN K

Vitamin K penting untuk proses pembekuan darah. Jika tubuh kekurangan vitamin ni, darah akan lambat beku dan menyebabkan lebam cepat timbul.

PUNCA MUDAH LEBAM KE-3 : KEKURANGAN SUMBER VITAMIN K SEMULA JADI

Kekurangan pengambilan makanan sayuran seperti brokoli, sawi dan kobis antara yang boleh menyebabkan kekurangan sumber vitamin K semula jadi yang menyebabkan badan mudah lebam terutamanya apabila jatuh atau berlaku sesuatu insiden.

PUNCA MUDAH LEBAM KE-4: KEKURANGAN ZAT BESI

Zat besi membantu penghasilan sel darah merah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh. Bila kurang zat besi, salur darah jadi lebih rapuh menjadikan badan mudah lebam.

Sumber zat besi:
Daging merah, hati ayam, kekacang, dan sayur hijau gelap.
Boleh juga gabungkan dengan vitamin C untuk bantu penyerapan zat besi lebih baik.

PUNCA MUDAH LEBAM KE-5: FAKTOR UMUR

Bila umur meningkat, kulit makin menipis dan tisu penyokong di bawah kulit makin lemah. Salur darah kecil lebih mudah pecah, jadi lebam senang muncul walaupun hanya tersentuh ringan.

PUNCA MUDAH LEBAM KE-6: KESAN UBAT-UBATAN

Beberapa ubat seperti aspirin, ibuprofen, steroid atau ubat pencair darah boleh menyebabkan darah lambat membeku. Akibatnya, lebam akan lebih mudah muncul.
Nasihat Aisah jika anda sedang ambil ubat jenis ni dan mula perasan lebam kerap, bincanglah dengan doktor sebelum hentikan sebarang ubat.

PUNCA MUDAH LEBAM KE-7: PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon — terutamanya pada wanita semasa haid, kehamilan atau menopaus — boleh menyebabkan salur darah jadi lebih sensitif. Hormon estrogen yang tidak stabil juga boleh meningkatkan risiko lebam mudah timbul.

PUNCA MUDAH LEBAM KE-8: PERUBAHAN TEKANAN DAN GAYA HIDUP TAK SIHAT

Kurang tidur, stres berpanjangan dan pemakanan tidak seimbang boleh melemahkan sistem imun dan menjejaskan kesihatan salur darah. Bila badan letih, kulit dan tisu jadi lebih mudah cedera.

CARA ATASI BADAN MUDAH LEBAM SECARA SEMULA JADI

Menjaga kesihatan salur darah dan kulit bukan hanya bergantung pada rawatan luaran, tetapi bermula daripada cara kita menjaga tubuh dari dalam.

Salah satu langkah paling penting ialah dengan mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan vitamin C, K dan zat besi.

Ketiga-tiga nutrisi ini berperanan besar dalam menguatkan salur darah, mempercepatkan pembaikan tisu serta memastikan oksigen mencukupi ke seluruh badan. Jadi, pastikan setiap hidangan harian mengandungi buah-buahan sitrus seperti oren dan kiwi, sayuran hijau seperti bayam dan brokoli, serta sumber zat besi seperti daging merah dan kekacang.

Dan boleh juga didapati dalam bentuk supplemen sebagai tambahan terutamanya kepada mereka yang picky eater atau sibuk. Antaranya seperti Vitamin C dan Vita-lize Shaklee (Multivitamin).

Produk Shaklee Vitamin C

VITAMIN C – Kuatkan sistem imun badan, bantu percepatkan pemulihan luka, sangat bagus untuk kulit awet muda, bantu kecutkan jerawat dan mengurangkan masalah kulit kusam.

Selain itu, jangan abaikan rehat dan tidur yang mencukupi. Ketika kita tidur, tubuh sebenarnya sedang sibuk membaiki dan memperbaharui sel. Jika tidur tak cukup, sistem imun jadi lemah dan proses pembaikan tisu terganggu sebab itu kadangkala lebam muncul lebih cepat apabila kita letih atau stres.

Tekanan emosi juga boleh memberi kesan besar pada tubuh. Bila stres, hormon jadi tidak seimbang dan salur darah lebih mudah terjejas. Ambil masa untuk bertenang berzikir, tarik nafas dalam-dalam atau berjalan santai di luar rumah. Sedikit masa untuk diri sendiri boleh bantu menstabilkan emosi dan menyegarkan minda.

Dalam masa yang sama, air kosong memainkan peranan penting. Tubuh yang cukup air bukan sahaja lebih bertenaga, malah membantu melancarkan peredaran darah dan memastikan kulit serta tisu badan kekal lembap. Cuba jadikan rutin untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari lebih lagi jika cuaca panas atau selepas aktiviti fizikal.

Untuk menyokong kesihatan dalaman dengan lebih berkesan, anda juga boleh mempertimbangkan suplemen semula jadi. Contohnya, ESP (Soy Protein Isolate) membantu membaiki tisu dan memperbaharui sel kulit, manakala Life Cinch menyokong tenaga serta metabolisme sel. Bagi perlindungan yang lebih menyeluruh, Vivix pula tinggi antioksidan yang membantu memperbaiki sel dari dalam dan menguatkan salur darah.

Produk Shaklee ESP

ESP – Minuman protein berperisa vanila yang membantu memberi tenaga,mengurangkan masalah gastrik, serta menyokong kulit untuk sihat dan glowing serta kurangkan kerengsaan.

Produk Shaklee Life Cinch

Life CinchMinuman protein yang membantu anda mencapai azam menurunkan badan dengan lebih baik dan secara sihat. Datang dalam perisa coklat atau cafe latte.

Produk Shaklee Vivix

VivixMinuman polifenol yang membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda, memberi tenaga, serta membantu mengurangkan keradangan atau inflamasi pada sel badan.

Apabila pemakanan seimbang, rehat mencukupi, stres terkawal dan tubuh cukup nutrisi anda akan mula perasan perubahan positif bukan saja pada kulit, tetapi juga tahap tenaga dan kesejahteraan keseluruhan.

ANDA PERLUKAN BANTUAN UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?

Saya menyediakan servis penghantaran dan COD bagi mereka yang berada di Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Damansara, Bandar Kinrara, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Saya juga mempunyai kumpulan ejen di kawasan Kuching, Bau, Serian dan Labuan yang menawarkan penghantaran COD Shaklee kepada anda.

Dan bagi yang di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee kegemaran anda. Saya akan beri layanan terbaik untuk anda. Anda boleh telefon saya di 017-6477837, atau mesej di link whatsapp berikut.

www.wasap.my/60176477837/NakProdukShaklee

www.wasap.my/60176477837/NakProdukShaklee

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *