Masalah Rambut Gugur? Rupa-Rupanya Inilah Puncanya

Masalah Rambut Gugur? Rupa-Rupanya Inilah Puncanya

Bangun tidur, nampak banyak rambut atas bantal atau katil. Lepas bersyampu dan mandi, nampak banyak rambut atas penapis lubang bilik air. Sikat rambut, rambut sendiri gugur.

Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun, masalah nampak macam makin teruk. Hati mana yang tak susah kan. Lebih-lebih lagi kalau umur belum masuk kategori warga emas.

Tapi adakah anda tahu apa yang menyebabkan seseorang itu mengalami keguguran rambut?

RAMBUT GUGUR NI NORMAL KE TIDAK?

Sebenarnya, setiap daripada kita akan mengalami keguguran rambut setiap hari. Ya, iaitu secara puratanya kira-kira 50-100 helai rambut gugur setiap hari.

Nampak banyak, tapi kenapa ada orang tak botak-botak pun kalau gugur sebanyak tu?

Sebabnya, setiap hari akan ada rambut baru yang tumbuh juga. Jadi, badan akan seimbangkan balik kuantiti rambut yang ada di atas kepala kita.

rambut gugur

Cumanya, yang menjadi masalah adalah bila jumlah di antara yang gugur dan tumbuh itu tak seimbang.

Dalam kata lain, jumlah rambut yang tumbuh tu jauh lebih rendah daripada jumlah yang sudah gugur. Atau, jumlah rambut yang gugur itu jauh lebih tinggi berbanding jumlah rambut baru yang tumbuh.

Apabila keadaan ini terjadi pada anda, maka rambut anda mulai jadi menipis. Dan jika tidak diberi perhatian serius, akan membawa kepada masalah tompok-tompok botak.

PUNCA ANDA MENGALAMI RAMBUT GUGUR TERUK

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami situasi masalah keguguran rambut yang teruk. Di sini, Aisah senaraikan sebahagian daripadanya yang anda boleh cek atau periksa.

1. Kemoterapi (Chemotherapy)

Adalah menjadi kebiasaan mana-mana pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi akan mengalami keguguran rambut.

Bukan sekadar rambut di kepala, tetapi juga rambut di seluruh badan.

2. Mendandan rambut secara berlebihan & berpanjangan

Jika anda jenis yang suka ikat rambut menerusi cara tarikan dan ikatan kuat seperti cornrows, tight braids dan pigtails, sila berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi kalau buat stail rambut ini secara kerap, atau dalam tempoh waktu yang berpanjangan.

Sebabnya, ikatan cara ini boleh memberi tekanan kepada struktur rambut. Dan kesannya, menyebabkan anda bakal mengalami masalah rambut gugur.

3. Keturunan

Masalah keguguran rambut juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik atau sejarah latar belakang keluarga anda.

Jika anda mempunyai ahli keluarga (contohnya: ibu, ayah, datuk, nenek) yang mempunyai masalah ini, besar kemungkinan anda juga akan mengalaminya.

4. Stres atau tekanan

“Rambut gugur ni mesti sebab stress teruk ni…” Pasti anda pernah dengar ayat-ayat macam ni kan.

Dan ianya bukan mitos ya. Sebab ada kes individu yang mengalami tekanan fizikal dan emosi teruk boleh mengalami keguguran rambut.

Sebab tekanan sebegini boleh menyumbang dalam menganggu hormon di dalam badan anda.

5. Perubahan hormon

rambut gugur

Ramai orang yang mengandung mengadu rambutnya banyak gugur. Ini adalah suatu kebiasaan disebabkan oleh perubahan hormon.

Dan, perkara yang sama juga boleh berlaku kepada mereka yang melahirkan anak, memasuki fasa menopause serta juga yang mengalami masalah tiroid dan PCOS.

6. Diet pemakanan

Diet pemakanan harian anda juga boleh menyumbang kepada permasalahan rambut gugur.

Menurut Akademi Dermatologi Amerika, sekiranya anda tidak mendapatkan protein yang mencukupi dalam diet, tubuh akan mendapatkan protein dengan mematikan pertumbuhan rambut.  

Protein yang cukup adalah penting untuk menyokong pertumbuhan rambut. Sebabnya, folikel rambut kita dihasilkan daripada protein.

Selain itu, mereka yang kurang mengambil mikronutrien seperti vitamin D, biotin, zat besi dan zink di dalam diet seharian juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

PEMAKANAN UNTUK RAMBUT GUGUR

Jika anda mengalami permasalahan keguguran rambut, ianya boleh dibantu menerusi sokongan pemakanan yang lebih baik. Ini bagi membantu menggalakkan pertumbuhan sihat rambut yang baru.

Minuman Protein

Salah satu minuman protein tinggi yang anda boleh ambil adalah Energizing Soy Protein (ESP) yang diperbuat daripada protein tumbuhan.

Ia mengandungi asid amino yang penting dalam pertumbuhan rambut anda.

Multivitamin

Di samping ESP yang Aisah sebutkan tadi, anda juga boleh mengambil multivitamin Vita-Lize.

Di dalam multivitamin Vita-Lize ini mengandungi beberapa mineral bagus untuk pertumbuhan rambut anda seperti biotin, vitamin D, zink dan juga zat besi.

Selain itu juga, multivitamin Vita-Lize mengandungi asid folik dan vitamin C yang juga baik dalam menyumbang kepada kesihatan rambut anda.

NAK BANTUAN DAPATKAN PROTEIN & MULTIVITAMIN?

Jika anda perlukan bantuan untuk masalah keguguran rambut, hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/RambutGugur

www.wasap.my/60176477837/RambutGugur

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *