Musim Banjir, Ini Senarai Persediaan Ibu Hamil Jika Diarah Berpindah
Bila hujan tak berhenti-henti, mula timbul rasa risau, kan? Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan rendah atau berisiko dilanda banjir.
Kalau ibu hamil lagilah berganda-ganda risaunya. Perlu berfikir tentang keselamatan diri dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, persediaan awal sangat-sangatlah penting ya ibu-ibu.
Untuk penulisan kali ni, saya kongsikan beberapa langkah yang ibu-ibu hamil boleh ambil jika diarahkan oleh pihak berkuasa untuk berpindah.
Ini demi untuk kesihatan fizikal serta mental buat ibu-ibu dan juga bayi yang dikandung.
Persediaan Banjir #1: Buku Rekod Kesihatan Ibu
Pastikan buku rekod kesihatan ibu atau nama popularnya, buku pink, dibawa bersama jika anda diarahkan berpindah.
Buku ni sangat penting, dan anda tak boleh tinggalkannya setiap kali melangkah keluar dari pintu rumah. Senang cerita, mesti sentiasa dibawa bersama-sama.
Sebabnya, buku rekod kesihatan mengandungi semua maklumat penting mengenai kandungan, sejarah pemeriksaan, dan sebarang rawatan yang pernah anda terima.
Selalunya, di pusat pemindahan sementara akan ada petugas perubatan yang bertugas. Jadi, mereka boleh merujuk buku pink ini, jika anda memerlukan sebarang perhatian dan juga rawatan.
Persediaan Banjir #2: Barangan Peribadi
Ibu-ibu yang hamil kena siapkan beg lengkap dengan keperluan peribadi asas. Contohnya, tuala wanita, alat kebersihan diri, pakaian selesa dan mudah dipakai dan lain-lain lagi.
Kalau perlukan bantal untuk keselesaan kepala dan kaki, ibu-ibu boleh juga sediakan awal-awal.
Dan selalunya pusat pemindahan sementara ni agak ramai orang dan dalam keadaan tertutup. Jadi, ibu-ibu boleh juga bawa hand sanitizer dan face mask untuk kurangkan risiko keberjangkitan penyakit.
Persediaan Banjir #3: Barangan Bayi
Ini adalah tips khusus untuk ibu-ibu yang dah masuk trimester ketiga, terutamanya menunggu hari-hari nak bersalin. Bawalah juga barangan bayi jika diarah berpindah sebagai berjaga-jaga.
Pastikan dah siap satu beg awal-awal. Kalau diarah berpindah, boleh terus ambil dan bawa bersama Sahaja.
Persediaan Banjir #4: Bekalan Ubat-Ubatan & Supplement
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu mungkin ada mengambil ubat-ubatan (yang telah disyorkan oleh pegawai perubatan) dan juga supplement atau vitamin seperti asid folik, kalsium, vitamin C, omega-3 dan lain-lain lagi.
Ini bagi memastikan kesihatan anda dan juga bayi dikandung berada dalam tahap optimum, lebih-lebih lagi semasa musim banjir yang berisiko tinggi dengan pelbagai penyakit berjangkit.
VITAMIN UNTUK IBU HAMIL
Jikalau anda sedang tercari-cari vitamin sepanjang kehamilan, anda boleh cuba vitamin yang berikut. Aisah sendiri pernah mengambilnya semasa mengandung ketiga-tiga anak.
Anda boleh klik link ini untuk cerita mengenainya.
1. Vitamin B Complex Shaklee
Vitamin B Complex with folic acid ni mengandungi pelbagai jenis vitamin B. Antaranya B1, B2, B3, B6, B12 dan asid folik.
Aisah ambil vitamin ni untuk bantu kurangkan risiko NTDs, mendapat anemia dan meroyan (post partum depression) selepas bersalin.
2. Kalsium Ostenutrix Shaklee
Supplemen kalsium yang Aisah ambil ni sebenarnya bukan semata-mata mengandungi kalsium. Tapi ia juga ada magnesium dan vitamin D.
Aisah ambil supplemen ni untuk elakkan otot kaki rasa kejang-kejang semasa bersalin dan masalah gigi semasa mengandung.
Selain tu juga, ia membantu untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat bagi bayi yang dikandung.
3. Multivitamin Shaklee
Multivitamin mempunyai pelbagai mikronutrien dan mineral penting untuk nutrisi wanita mengandung. Antaranya vitamin C, vitamin D, zat besi, vitamin A berasaskan carotenoids, dan lain-lain lagi.
Selain itu, ia juga membantu dalam penghasilan darah merah yang cukup sepanjang kehamilan, untuk kesihatan Aisah dan juga bayi dalam kandungan.
4. Protein Soya ESP Shaklee
Aisah juga ambil sejenis minuman protein soya semasa mengandung.
Minuman protein soya yang Aisah minum ni membantu memberi tenaga sepanjang kehamilan. Tak adalah Aisah mudah letih.
Protein soya ni juga bagus untuk membantu pembentukan kulit, rambut dan kuku bayi yang sihat. Nanti nampak cantik je.
5. Minyak Ikan Omega-3 Shaklee
Akhir sekali, Aisah ambil juga minyak ikan omega-3 sepanjang kehamilan. Nak tahu kenapa?
Menurut American Pregnancy Association, omega 3 sangat diperlukan untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi.
MACAM MANA NAK DAPATKAN VITAMIN IBU MENGANDUNG SHAKLEE?
Jika anda berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee untuk ibu mengandung, anda boleh hubungi Aisah.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung
www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).