Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

USB Dalam MLM Shaklee

USB Dalam MLM Shaklee

U.S.B DALAM BISNES MLM

Haa apa tu USB, ni bukan USB macam cucuk kat laptop tu, bukan sama sekali.

Tapi USB ni benda yang perlu ada untuk kekal dan berjaya dalam dunia MLM.

🗣 Pertama U —> USE

Saya jatuh cinta dengan Shaklee bukan kerana upline janjikan wang juta-juta. Tapi kerana saya jatuh cinta dengan produk. Jadi pengguna setia pada produk.

Saya tahu apa yang saya jual, saya dah makan apa yang saya jual. Saya dah rasa kesan dari produk yang saya jual. Pendek kata kena jatuh cinta dan betul-betul jadi pengguna setia produk.

Bukan konon-konon makan sebab nak update kat fb je. Beriya suruh orang beli tapi sendiri pun tak tahu rasa produk tu macam mana.

Mungkin boleh lah bertahan satu dua hari. Tapi ianya tak akan kekal lama.

🗣 KEDUA S —> SHARE

Tak pernah terfikir pun asalnya nak berbisnes ni. MLM pulak tu. Tapi saya hanya berkongsi manfaat produk. Niat awal nak semua ibu-ibu menyusukan bayi mereka. Dengan izin Allah produk yang saya amalkan ni sangat-sangat membantu saya menyusukan bayi sehingga 2 tahun.

Saya sharekan cerita tentang manfaat produk, saya cerita di blog, saya cerita di fb. Bila dah seronok, saya mula study pasal produk, ohh banyak sangat manfaat dan specialnya produk ni.

Saya cerita dan bagi tahu semua orang. Tak sangka dengan bercerita dan berkongsi ianya menjadi bisnes yang boleh dijadikan legasi.

🗣 KETIGA B —> BUILD

Bila dah guna, dah kongsi, dan ramai juga dah cuba. Masa ni banyak dah feedback yang dapat. Haa di sini semuanya bermula. Empayar mula di bina.

Leader-leader yang menduplikasi cara yang sama mula dilahirkan. Fasa ni fasa yang utama. Di sini, jiwa perlu kental, hati perlu kuat, telinga perlu dipekak kan.

Ikut cakap leader-leader yang lebih lama bertahan dari kita. Jangan sombong untuk belajar dan terus berlajar. Terus berkongsi dan berbaik sangka. Pasang surut berbisnes tu lumrah. Tapi sejauh mana kita bertahan itu yang utama.

Fasa ni, kalau tak cukup kuat, segala yang kita bina akan hancur sekelip mata. Sabar kena tinggi. Ego campak ke tepi.

Ingat fasa build ni bukan sehari dua, bukan sebulan dua, tapi ianya memakan masa. Jika tergelincir habis ranap semuanya.

Mudah bukan, tak sesusah mana pun sebenarnya. Tapi yang susah adalah hati kita sendiri. Sama ada mahu terus kekal berusaha dan terus berusaha. Atau berhenti sampai di sini sahaja.

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?