Vita-Lize, Multivitamin Shaklee Baru, Sokong Kesihatan Ibu Hamil
Multivitamin Shaklee mempunyai sejarah yang sangat panjang, sejak tahun 1915 lagi.
Pada tahun tersebut, Dr Forrest C Shaklee menjadi antara individu terawal di Amerika Syarikat yang menghasilkan multivitamin.
Awal dahulu, multivitamin yang dihasilkan oleh Dr Forrest C Shaklee ini dikenali sebagai Vitalized Minerals, yang seterusnya menjadi singkatan kepada perkataan vitamin.
Dekad demi dekad, dengan hasil penyelidikan dan penemuan sains, multivitamin Shaklee sentiasa dipertingkatkan.
Ini membawa kepada penghasilan multivitamin Shaklee yang dikenali sebagai Vita-Lea Iron Plus.
Dan bermula pada Jun 2023, multivitamin Vita-Lize pula akan menggantikan multivitamin Vita-Lea Iron Plus.
Multivitamin Vita-Lize, Bukan Sekadar Nama Baru
Multivitamin Shaklee berwajah baru, Vita-Lize, bukan sekadar nama baharu. Formulasi mikronutrien di dalamnya juga ditingkatkan berbanding Vita-Lea Iron Plus.
Asid folik (‘folic acid‘)
Kandungan asid folik (‘folic acid‘) di dalam multivitamin Shaklee terdahulu adalah 200 mcg (micrograms) bagi setiap tablet. Bagi Vita-Lize terbaru pula, kandungan ‘folic acid‘nya adalah 300 mcg.
Jadinya, ia adalah penambahan sebanyak 100 mcg ‘folic acid‘.
Vitamin D
Multivitamin Shaklee terdahulu mengandungi vitamin D sebanyak 200 IU, iaitu sekitar 5 mcg . Manakala bagi Vita-lize pula, kandungan vitamin D nya adalah 350 IU, iaitu sekitar 8.75 mcg.
Ini adalah pertambahan sebanyak 150 IU, bersamaan 3.75 mcg.
Kebaikan Asid Folik untuk Wanita Hamil
Asid folik merupakan sejenis vitamin B yang sangat penting untuk ibu mengandung.
Ini kerana ia membentu mengurangkan risiko kecacatan pada otak bayi serta tulang belakang (neural tube defects-NTDs).
Dalam sesetengah kes, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan.
Antaranya, ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi NTDs dalam kehamilan terdahulu.
Kebaikan Vitamin D untuk Wanita Hamil
Memetik daripada laman web Hello Doktor, kebanyakan pakar menyarankan pengambilan harian vitamin D perlulah antara 600-2,000 IU.
Anda boleh mendapatkan vitamin D melalui sinaran cahaya matahari, dengan cara ‘berjemur’ sekitar 10 minit.
Walau bagaimanapun, sinaran ultra ungu (UV) boleh meningkatkan risiko perubahan pigmentasi, menyebabkan warna kulit tidak sekata.
Oleh itu, kebanyakan doktor menyarankan supaya wanita hamil mendapatkan vitamin D daripada makanan atau suplemen, dan mengelakkan pancaran matahari.
Vitamin D menggalakkan tubuh badan anda menyerap kalsium, iaitu mineral penting dalam membantu pertumbuhan tulang, gigi, jantung, otot, dan saraf bayi.
Kekurangan vitamin D semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan rangka dan tumbesaran bayi.
Multivitamin Shaklee Vita-Lize Juga Mempunyai Nutrien Lain
Selain daripada asid folik dan vitamin D, Vita-Lize juga mengandungi pelbagai mikronutrien asas yang lain di dalamnya.
Antaranya adalah seperti berikut;
Zat besi (‘iron‘)
Jika ibu hamil kurang pengambilan zat besi, badan akan secara automatik menggunakan simpanan zat besi dalam tubuh.
Jika keadaan ini berterusan, simpanan zat besi yang ada akan mula berkurangan. Dan ini mengakibatkan anda mendapat anemia.
Antara simptom-simptom bagi ibu hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi adalah:
- Keletihan dan kelesuan melampau
- Kulit, bibir dan kuku pucat
- Sakit dada
- Pening kepala
- Kesukaran memberi tumpuan
- Jantung berdegup kencang
Selain itu, risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi.
Pengumpulan zat besi dalam badan juga penting sebab ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.
Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Vitamin C
Vitamin C membantu mengekalkan sistem imun yang sihat dan bertindak sebagai antioksidan dalam tubuh.
Jadi, vitamin C membantu badan melawan jangkitan dan melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas.
Selain itu, vitamin C dapat membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi tubuh.
Tanda-tanda kekurangan vitamin C termasuklah;
- keletihan,
- keradangan gusi,
- luka yang lambat sembuh,
- kulit lebam
- kulit kering
Vitamin A (berasaskan carotenoids)
Antara manfaat vitamin A adalah ia membantu fasa perkembangan bayi di dalam kandungan.
Umumnya vitamin A mempunyai dua jenis;
- preformed vitamin A seperti retinol. Ianya bersumberkan daripada haiwan
- provitamin A caratenoids seperti alpha-carotene dan beta-carotene. Ianya bersumberkan daripada tumbuh-tumbuhan.
Untuk ibu mengandung, makanan yang terlalu tinggi kandungan preformed vitamin A adalah perlu dielakkan.
Antaranya, organ dalaman seperti hati, limpa dan paru-paru. Sebab ia dikhuatiri membawa kesan sampingan negatif.
Namun, untuk vitamin A jenis provitamin caratenoids adalah selamat diambil.
Untuk multivitamin Shaklee Vita-Lize, kandungan vitamin A adalah beta-carotene, iaitu provitamin A caratenoids yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.
DIET SEIMBANG IBU HAMIL
Ibu-ibu mengandung sering disarankan untuk mengambil diet pemakanan yang seimbang setiap hari.
Ini bagi memastikan ibu-ibu mendapat segala nutrisi penting yang baik bagi kesihatan diri dan juga perkembangan positif kandungan.
Walaupun begitu, ada ibu-ibu hamil mengalami masalah tidak mempunyai nutrien pemakanan yang cukup.
Ini disebabkan ibu-ibu mempunyai alahan, tidak lalu makan akibat mual-mual atau loya, dan muntah yang teruk serta berpanjangan.
Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Ibu-ibu boleh mendapatkan nasihat pakar perubatan dan ahli farmasi berkenaan pengambilan vitamin dan supplemen ini.
NAK BELI MULTIVITAMIN SHAKLEE?
Jika anda ingin mendapatkan multivitamin Shaklee, anda boleh hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/0176477837/NakMultivitaminShaklee
www.wasap.my/0176477837/NakMultivitaminShaklee
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD vitamin Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
One thought on “Vita-Lize, Multivitamin Shaklee Baru, Sokong Kesihatan Ibu Hamil”