“Banyak Jenama Tapi Mana Satu Bagus? Ini Tips Pilih Prebiotik Probiotik Berkesan”
Tip Memilih Prebiotik Probiotik Berkesan
Tak semua suplemen sama. Bila nak beli probiotik, ini antara kriteria yang perlu ada supaya manfaatnya dapat dirasa:
- Ada strain klinikal seperti Lactobacillus rhamnosus atau Bifidobacterium lactis
- Disertakan prebiotik (gabungan prebiotik dan probiotik dipanggil synbiotic)
- Bebas gula tambahan dan bahan sintetik
- Diluluskan KKM dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang

Kalau ada masalah perut yang sensitif, pilih produk yang mesra usus dan lembut pada sistem penghadaman.
Siapa Yang Perlu Ambil Prebiotik & Probiotik?
Prebiotik dan probiotik penting untuk semua, tapi ada sesetengah golongan yang sangat perlukan sokongan tambahan untuk kesihatan usus mereka. Antaranya:
1. Individu yang selalu alami masalah perut
- Kerap kembung, sembelit atau cirit-birit
- Rasa perut tak selesa lepas makan
- Alami gastrik, GERD atau angin berlebihan
2. Ibu berpantang atau lepas bersalin
- Sistem penghadaman perlahan semasa berpantang
- Perlu sokongan imun dan kesihatan hormon
- Elak sembelit semasa penyembuhan
3. Mereka yang baru habis antibiotik
- Antibiotik bukan saja bunuh bakteria jahat, tapi juga bakteria baik
- Probiotik bantu pulihkan flora usus selepas rawatan
4. Anak kecil yang sering demam atau selsema
- Probiotik bantu kuatkan sistem imun
- Kurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan dan penghadaman
5. Orang dewasa yang cepat letih dan lesu
- Usus yang tak sihat boleh ganggu penyerapan nutrien
- Bila penyerapan tak optimum, badan jadi cepat penat
6. Penghidap ekzema, jerawat atau alahan
- Kajian menunjukkan hubungan antara flora usus dengan kesihatan kulit
- Probiotik bantu kurangkan keradangan dari dalam
7. Individu yang nak kawal berat badan
- Flora usus yang seimbang bantu kawal hormon lapar dan metabolisma
- Probiotik tertentu bantu turunkan berat secara semula jadi
Prebiotik & Probiotik Shaklee : Menjadi Pilihan Ramai
Usus sihat menghasilkan tubuh badan yang sihat. Tapi berapa ramai antara kita yang benar-benar jaga kesihatan usus? Sedangkan usus adalah organ penting yang bukan sahaja mencernakan makanan, tapi juga mempengaruhi imuniti, emosi dan kecantikan kulit.
Kini, gabungan prebiotik dan probiotik untuk kesan yang lebih efektif, terbaru dari Shaklee. Ia sangat mudah diamalkan dan sedap; Prebiotic + Probiotic Raspberry Fruit Drink Premix.

Ini kelebihan dan kenapa produk ini wajib ada dalam rutin harian kita.

Kelebihan Preprobiotik Shaklee?
Ini bukan probiotik biasa. Ia diformulasikan dengan gabungan saintifik dan semula jadi untuk memberi manfaat menyeluruh kepada kesihatan usus dan tubuh. Setiap sachet mengandungi:

Tips #1 Memilih Prebiotik dan Probiotik : 10 Bilion CFU Probiotik Aktif
Kandungan tinggi bakteria baik daripada pelbagai strain yang terbukti menyokong kesihatan usus dan sistem imun.
Tips #2 Memilih Prebiotik dan Probiotuk : 3g Inulin Prebiotik
Inulin adalah sejenis serat larut semula jadi yang menyuburkan bakteria baik dalam usus.
Tips #3 Memilih Prebiotik dan Probiotik : Perisa Raspberi Semulajadi
Rasa masam manis menyegarkan, sesuai untuk diambil setiap hari tanpa rasa jemu.
Tips # 4 Memilih Prebiotik dan Probiotik : Tanpa Gula Tambahan, Pewarna atau Pengawet
100% bersih dan selamat. Tiada bahan kimia yang meragukan.

Siapa Yang Sesuai Ambil Preprobiotik Shaklee?
Sesuai untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Termasuklah mereka yang dalam kategori ini,
- Ibu yang sedang berpantang atau menyusu
- Mereka yang baru lepas habis antibiotik
- Individu yang kerap alami sembelit, kembung atau cirit-birit
- Orang yang mudah jatuh sakit
- Mereka yang mahu jaga kulit, hormon dan imun dari dalam
- Kanak-kanak 4 tahun ke atas & warga emas
Kesan Pengambilan Secara Konsisten
- Sistem penghadaman lebih lancar
- Masalah sembelit atau angin makin berkurang
- Perut rasa lebih ringan dan selesa
- Sistem imun lebih kuat
- Kulit lebih bersih dan berseri
- Emosi lebih stabil (gut-brain connection)
Cara Pengambilan
- Ambil 1 sachet sehari
- Bancuh dengan 100–120ml air sejuk atau suhu bilik
- Elakkan air panas (sebab ia akan mematikan bakteria baik)
- Ambil sebelum makan
Testimoni Pengguna Prebiotic + Probiotic Shaklee
“Masalah keputihan berkurang”
– Puan Ira, ibu anak 2

“Angin banyak keluar”
– Puan Amirah

“Reflux dah berkurang”
– Puan Malar, Cheras

Kenapa Wanita Perlu Jaga Kesihatan Usus?
Ramai tak tahu, kesihatan usus sangat berkait rapat dengan hormon, emosi dan kitaran haid wanita. Bila usus sihat:
- Hormon lebih stabil
- Emosi lebih tenang
- Kulit makin bersih
- Masalah keputihan & angin pun boleh berkurang
Kesihatan usus adalah asas kepada kesihatan keseluruhan badan. Bila usus sihat, tubuh lebih kuat, emosi lebih stabil dan kulit pun makin berseri. Dengan hanya 1 sachet sehari, kita akan nikmati manfaat berganda daripada Prebiotic + Probiotic Shaklee yang selamat, semulajadi dan berkesan.





