Gastrik Masa Puasa? Ini Benda Mudah Yang Anda Boleh Lakukan
Bila bercakap tentang amalan berpuasa, Aisyah pasti ramai yang sinonimkannya dengan pelbagai manfaat kesihatan.
Antaranya, dapat mengawal paras gula dalam darah, mengawal inflamasi dan kolestrol, dan banyak lagi. Dan ianya memang terbukti betul pun melalui kajian-kajian saintifik.
Tetapi dalam masa sama, ada juga yang yang risau tentang ibadah berpuasa ni. Sebabnya takut-takut membuatkan dia menghadapi masalah kesihatan. Paling popular tentulah sakit gastrik.
Betul?
Maka tak hairanlah ada di kalangan mereka merasakan berpuasa sukar atau mustahil untuk dilaksanakan, terutamanya di bulan Ramadan.
Lebih-lebih lagi ketika berpuasa, pola atau corak pemakanan kita turut berubah.
Yalah, pada hari kebiasaan sesi makan pertama kita adalah sarapan pada sekitar pukul 8-9 pagi. Tetapi ketika berpuasa, ianya adalah sahur yang dilaksanakan sebelum terbitnya fajar atau waktu subuh.
Dan selepas bersahur, perut kita akan kosong tanpa diisi sebarang makanan dan minuman selama kira-kira 14 jam, mengikut konteks kebiasaan tempoh berpuasa di Malaysia lah kan.
Dek kerana kekosongan perut inilah, ramai beranggapan ianya boleh menyebabkan gastrik berlaku.
APA ITU GASTRIK?
Sebelum pergi jauh, ada baiknya kita faham serba sedikit latar belakang tentang penyakit gastrik terlebih dahulu.
Walaupun kita selalu sebut sakit gastrik, tetapi dalam bidang perubatan ianya dikenali sebagai gastritis. Ada bezalah sikit ya.
Tetapi kalau anda jumpa pegawai perubatan, terma gastrik tetap digunakan sebab perkataan itu yang dah menjadi kebiasaan kan.
Dalam masyarakat, ramai yang menganggap gastrik dan GERD ni adalah sama.
Kepercayaan ini mungkin disebabkan kita mengalami kesakitan pada tempat yang sama, iaitu kawasan perut.
Hakikatnya, gastrik dan GERD adalah dua penyakit yang berbeza. Tak sama ya.
Secara umumnya, gastrik terjadi disebabkan inflamasi atau keradangan yang terjadi pada lapisan permukaan perut yang dipanggil sebagai mukosa.
Manakala GERD pula merupakan penyakit refluks cairan perut melalui saluran esofagus.
Sekarang anda boleh nampak lebih jelas kan. Walaupun kedua-dua penyakit ni melibatkan perut, tetapi ia berlaku pada bahagian yang berbeza.
TANDA-TANDA GASTRIK
Menurut laman web kesihatan terkenal, Hello Doktor, antara tanda-tanda seseorang itu terkena gastrik atau gastritis adalah seperti berikut;
- Rasa sakit perut seperti mencucuk atau rasa terbakar
- Perut terasa kembung, atau berangin
- Rasa mual-mual atau loya
- Pening dan muntah
- Hilang selera makan
- Pedih hulu hati
- Najis menjadi warna hitam atau gelap.
Maka tak hairanlah, sakit gastrik ni boleh buat seseorang itu rasa merana dan serba tak kena jadinya.
TABIAT PEMAKANAN KETIKA BERPUASA
Antara salah satu perkara yang menyebabkan punca gastrik berlaku adalah gaya pemakanan kita sendiri.
Ini kerana makanan yang diambil itu berpotensi untuk mencetuskan keradangan kepada tisu lembut permukaan perut kita.
Oleh sebab itu, mereka yang cenderung untuk mengalami gastrik, perlulah mengamalkan tabiat pemakanan yang bersesuaian ketika berpuasa.
Sebagai contoh, anda perlulah melambatkan sahur, dan menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
Sebagai contoh, semasa berbuka, anda boleh bermula dengan kudapan ringan terlebih dahulu, seperti buah kurma dan air kosong.
Selepas itu, lakukan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum menjamah makanan berat.
Paling penting, hindarilah diri dari tidur selepas berbuka puasa, walaupun diri mungkin sudah keletihan berpuasa seharian kan.
Ini supaya dapat memberi masa kepada sistem pencernaan dalam nak mencernakan makanan yang diambil tadi sebelum kita berbaring.
Selain itu, pastikan minum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya dua liter, dari sejurus waktu berbuka sehinggalah azan Subuh dilaungkan.
Air ni penting ya. Selain daripada menjaga hidrasi kita, ia juga untuk mengurangkan risiko terjadinya kembung.
MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI OLEH ORANG GASTRIK
Selain daripada tabiat pemakanan yang baik, mereka yang mengalami gastrik juga boleh elakkan makanan berikut ketika berpuasa.
- Minuman tinggi kafein seperti kopi, teh, atau juga sesetengah minuman tenaga (energy drink).
- Makanan yang bergoreng, berminyak dan berlemak.
- Makanan pedas dan berempah.
- Minuman bergas atau berkarbonat.
- Makanan yang tinggi asid seperti jus lemon atau oren, tomato, jeruk dan juga makanan di dalam tin.
- Makanan yang mengandungi tinggi gluten seperti roti, biskut dan juga pasta.
Dalam masa yang sama, jika anda merokok, jadikan berpuasa sebagai permulaan untuk menghentikan tabiat merokok.
Sekiranya anda tak merokok, elakkan diri dari terdedah asap rokok, sebab ia boleh memberi kesan keradangan kepada tisu perut anda.
MINUMAN UNTUK BANTU REDAKAN GASTRIK
Antara minuman yang dapat membantu anda yang mengalami masalah gastrik adalah ESP Shaklee.
ESP Shaklee mempunyai kandungan protein daripada tumbuhan yang tinggi. Ianya dapat membantu sistem pencernaan anda bekerja dengan lebih baik.
ESP Shaklee boleh menggantikan susu. Dan ianya bagus untuk bantu membina semula, memulihkan dan menggantikan sel-sel rosak lapisan mukosa perut yang terjadi akibat keradangan.
Penyediaannya mudah sahaja. Hanya bancuh dengan air kosong dan boleh terus minum. Cepat sangat.
TESTIMONI ESP SHAKLEE BANTU CARA HILANGKAN GASTRIK
MACAM MANA NAK BELI PRODUK ESP SHAKLEE?
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
https://www.wasap.my/60176477837/NakESPShaklee
https://www.wasap.my/60176477837/NakESPShaklee
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
4 thoughts on “Gastrik Masa Puasa? Ini Benda Mudah Yang Anda Boleh Lakukan”