Nak Kulit Cantik? Ini Antara Produk Shaklee Yang Boleh Bantu Anda

Tiap-tiap individu yang bergelar wanita pastinya mahukan kulit cantik. Kalau boleh dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tak mahu terhad sekadar pada kawasan kulit muka sahaja.
(Ehem, termasuklah diri Aisah sendiri).
Namun, nak capai impian ni bukanlah mudah untuk sesetengah para wanita. Pasti ada saja masalah yang hadir dalam hidup kita ni kan.
Kulit berminyak. Berjerawat. Kering atau mengelupas. Kusam. Sensitif. Bersisik. Dan paling ditakuti sekali pastinya… mula timbul kedutan-kedutan halus.
Oh tidak.

Masalah sebegini bukan saja boleh muncul di bahagian muka. Tapi juga di bahagian tubuh badan lain.
Antaranya seperti di bahagian dada, bahu, belakang, tangan, kaki dan lain-lain lagi.
Bila jadi macam ni, mulalah susah hati. Adakalanya timbul juga sakit hati bila ada yang menegur. Haish.
Bila jalan-jalan dekat pusat beli belah, tengok pula geng adik-adik lelaki promoter yang jual minyak wangi tu. Amboi, cantik betul kulitnya, mengalahkan kebanyakan perempuan. Hahaha.
CARA UNTUK MENDAPATKAN KULIT CANTIK
Secara teorinya, pengamalan gaya hidup sihat dapat membuatkan kulit kita kelihatan sihat dan cantik. Dan ia juga dapat melambatkan proses penuaan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut;
1. Minum air kosong dengan cukup
Hidrasi adalah kunci utama untuk mendapatkan kulit cantik. Jadi, anda kena minum air kosong yang cukup, iaitu sekitar 8 gelas sehari.
Selain itu, kurangkan terus minuman manis. Sebab air sebegini bersifat diuretik, yang menyingkirkan air dalam badan anda.

2. Tidur yang cukup
Anda disarankan untuk tidur secukupnya setiap hari. Kalau orang dewasa ni adalah sekitar 7 jam.
Tidur adalah penting untuk memberi ruang kepada organ kulit kita untuk berehat dan memulihkan kembali segala kerosakan yang berlaku ke atasnya sepanjang hari.
Sebagai contoh, terdedah pada sinaran UV matahari dan juga pencemaran seperti habuk, debu, asap kenderaan dan juga rokok.

3. Jauhi makanan terproses
Kentang goreng. Wedges. Sosej. Burger. Makanan dalam tin. Makanan sejuk beku.
Ini adalah sebahagian daripada contoh makanan terproses. Makanan sebegini kebiasaannya tinggi garam atau sodium, lemak tepu (saturated fat) dan bahan tambahan seperti ‘sulphites‘.
Kesemua ini boleh membuatkan kulit menjadi terhidrasi dan melemahkan fungsi collagen.

4. Selalu bersenam
Bersenam dapat meningkatkan aliran darah ke sekitar lapisan kulit kita. Ini membuatkannya menjadi lebih sihat.
Sebabnya, salah satu fungsi darah ni adalah menghantar oksigen dan juga nutrien daripada pemakanan yang kita ambil ke sel-sel kulit.
Di samping itu, bersenam juga adalah satu aktiviti yang mengurangkan tekanan atau stres. Tekanan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kulit wanita.

Mudah je kan nak buat perkara ini?
Ya, nampak mudah bagi sesetengah orang. Tapi bagi sesetengah yang lain macam sukar, terutamanya bagi yang tinggal di bandar besar.
Kesibukan kerja seharian mencari rezeki membataskan banyak perkara.
Tak cukup masa nak bersenam. Tak cukup rehat. Stres dengan kerja, jalan jem, dan mengurus rumah tangga pun tinggi.
Itu belum campur lagi dengan tarikan makanan viral yang tinggi gula dan garam.
Jika anda tergolong dalam golongan sebegini, anda mungkin boleh mengambil beberapa makanan tambahan untuk membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan melambatkan penuaan.
SENARAI PRODUK SHAKLEE BANTU UNTUK DAPAT KULIT CANTIK
Mungkin ada di kalangan anda pernah nampak produk vitamin atau suplemen Shaklee, tapi tak tahu apa manfaatnya kepada anda kan. Di sini saya kongsikan pada setiap gambar.

VITAMIN C – Bantu percepatkan pemulihan luka, sangat bagus untuk kulit awet muda, bantu kecutkan jerawat dan mengurangkan masalah kulit kusam.

VITAMIN E – Sangat bagus dalam membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda. Ambil bersama vitamin C untuk kesan lebih tinggi.

MINYAK IKAN OMEGA Membantu mengurangkan inflamasi jerawat yang muncul pada kulit.

ZINC PLUS – Membantu mempercepatkan pemulihan luka serta menyokong pemulihan kulit berjerawat.

ESP – Minuman protein berperisa vanila yang menyokong kulit untuk sihat dan glowing serta kurangkan kerengsaan.

Collagen Plus Powder – Minuman collagen peptide yang membantu memelihara keanjalan kulit anda, melambatkan penuaan dan memulihkan luka dengan lebih cepat.

Vivix – Minuman polifenol yang membantu anda mendapatkan kulit cantik dan awet muda serta membantu kurangkan keradangan pada sel kulit.

RES-V – Suplemen polifenol yang bersifat anti oksidan, membantu anda mendapatkan kulit cantik dan awet muda dari dalam.
ANDA PERLUKAN BANTUAN UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE UNTUK KULIT CANTIK?

Aisah ada menyediakan servis penghantaran dan COD bagi mereka yang berada di Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Damansara, Bandar Kinrara, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.
Aisah juga mempunyai kumpulan ejen di kawasan Kuching, Bau, Serian dan Labuan yang menawarkan penghantaran COD Shaklee kepada anda.
Dan bagi yang di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee kegemaran anda. Saya akan beri layanan terbaik untuk anda. Anda boleh telefon saya di 017-6477837, atau mesej di link whatsapp berikut.
www.wasap.my/60176477837/NakProdukShaklee
www.wasap.my/60176477837/NakProdukShaklee
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)





