Jangan Turun Berat Sampai Kurus Kering, Ini Kesan Bahayanya

“Kurus itu mungkin sihat dan cantik, tetapi sangat membahayakan diri jika terlalu kurus atau kurus kering.”
Ramai di luar sana yang sentiasa mahukan tubuh badan yang kurus.
Yang biasa kita dengar, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau kata lainnya, obesiti berazam nak menurunkan berat badan.
Tapi ada juga sebahagian dalam masyarakat yang secara fizikalnya nampak normal, tetapi tetap merasakan diri mereka gemuk. Dan mereka mahu badan yang jauh lebih kurus.
Mereka buat pelbagai cara, dan akhirnya mereka terjebak menjadi terlalu kurus. Atau dalam bahasa yang biasa orang gunakan, kurus kering atau kurus melidi.
MACAM MANA NAK TAHU SAYA NORMAL ATAU KURUS KERING?

Melihat kepada cermin untuk mengetahui sama ada anda terlebih berat badan atau kurus adalah bukan cara yang baik. Sebab ianya terlalu subjektif.
Salah satu cara yang biasa digunapakai adalah skala BMI.
Memetik dari laman kesihatan, Hello Doktor, saya senaraikan skala BMI yang akan menentukan jika anda kurang berat, normal, lebih berat atau obes:
- BMI 18.5 ke bawah: Kurang berat
- BMI 18.5 ke 24.9: Normal
- BMI 25 ke 29.9: Lebih berat
- BMI 30 ke atas: Obes
Kalau anda berada bawah BMI 18.5 dan ke bawah, maka ini menandakan anda sebenarnya sudah termasuk dalam kategori terlalu kurus. Dah jadi rupa kurus kering.

ADA MASALAH KE KALAU BADAN SAYA KURUS KERING?
Mungkin ramai di kalangan masyarakat menganggap kurus ni sihat dan cantik. Ya, itu mungkin. Tapi tidak bagi mereka yang terlalu kurus.
Sebabnya, kalau anda terlalu kurus pun boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan yang boleh membahayakan.
1. Badan Kurang Nutrisi Penting
Kalau zaman dulu-dulu, bila seseorang terlalu kurus, dia mesti akan dapat kata-kata sebegini,
“Badan kurus kering, macam orang tak cukup vitamin…”
Walaupun kata-kata ni nampak spontan, tapi ianya mempunyai kebenaran menurut sudut sains.
Ini menyebabkan badan tidak dapat nutrient penting yang cukup untuk membantu sel-sel dapat berfungsi dengan baik. Dan ini membawa kepada isu kekurangan nutrisi.
Antara tanda-tanda anda kurang nutrisi adalah selalu cepat penat atau lesu, selalu sakit, keguguran rambut, masalah pada kulit, gusi dan gigi.

2. Senang Dapat Jangkitan atau Jatuh Sakit
Antara risiko berbahaya bagi mereka yang terlalu kurus adalah sistem pertahanan badan menjadi lemah.
Mereka akan mudah dijangkiti penyakit. Dan apabila mereka jatuh sakit, ianya mengambil masa agak lama untuk pulih.
Ini termasuklah jika mereka mendapat luka-luka pada bahagian kulit. Agak lambat nak pulih berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang baik.
3. Potensi Mengalami Masalah Kesuburan
Badan wanita ni agak sensitif ya. Jika ada sebarang perubahan yang boleh memberi tekanan terhadap badan kita, ianya mungkin boleh menganggu sistem hormon.
Apabila sistem hormon wanita terganggu, maka kesannya kitaran haid anda pun mungkin bakal terganggu seperti terjadinya amonerrhea.
Amonerrhea ni merupakan situasi di mana period anda mungkin tidak datang. Bila ini terjadi, akan ada kemungkinan rahim tidak dapat menghasilkan ovulasi dan mengakibatkan anda tidak subur.
Secara tak langsung, ini boleh merungsingkan kedua-dua pasangan. Lebih lagi jika kedua-duanya sedang merancang nak mendapatkan cahaya mata.

4. Risiko Tinggi Mendapat Osteoporosis
Kalau dalam filem P Ramlee Labu Labi dulu ada satu momen di mana wataknya kurus kering. Walaupun fizikal begitu, dia mengatakan dirinya mempunyai urat dawai tulang besi.
Siapa ingat dialog ni? Hehehe.
Hakikatnya, orang yang terlalu kurus ni sebenarnya berpotensi bakal mengalami osteoporosis, iaitu struktur tulang jadi lemah dan rapuh. Senang untuk patah.
Sangat bahaya ya. Sebab antara fungsi tulang ni menyokong struktur badan dan melindungi organ dalaman kita.
APA YANG SAYA BOLEH LAKUKAN UNTUK KELUAR DARI SITUASI KURUS KERING?

Apabila fizikal menjadi terlalu kurus, berikut adalah langkah-langkah anda boleh ambil untuk bantu keluar daripada permasalahan tersebut.
- Makan lebih kerap – Tambahkan portion diet harian anda dengan cuba makan lebih dari 3 kali sehari. Anda boleh makin kerap makan sekitar 5-6 kali tapi pada kuantiti yang kecil dan berlebihan.
- Pilih nutrisi betul – Walaupun anda dah tambah kekerapan makan, tapi anda kena pastikan diet betul, Perbanyakkan karbohidrat dan juga protein dalam diet seharian anda.
- Jauhi manisan – Cuba elakkan ambil makanan atau minuman tinggi kandungan gula. Nanti timbul isu kesihatan lain pula.
- Elak minum sebelum makan – mengambil minuman sebelum anda makan boleh membuatkan perut anda jadi sebu dan rasa cepat kenyang. Dan ini membuatkan anda jadi kurang berselera nak makan.
- Lakukan senaman – Bersenam bukan saja untuk mereka yang nak turunkan berat. Tetapi juga untuk anda yang nak tambah berat. Anda digalakkan buat strength training seperti angkat berat, tekan tubi, squat dan plank untuk menambahkan otot. Sebab otot lebih berat daripada lemak.
- Ambil multivitamin – Multivitamin boleh membantu anda perbetulkan keadaan kekurangan nutrisi akibat terlalu kurus. Lagipun, ia juga ada vitamin B yang menukarkan makanan yang anda ambil kepada tenaga. Selain tu, ia ada vitamin D, magnesium dan kalsium bagi meningkatkan kepadatan tulang anda, yang seterusnya membantu berat anda bertambah.
MULTIVITAMIN & PROTEIN APA YANG SAYA BOLEH AMBIL?

Antara multivitamin yang anda boleh ambil bagi membantu dalam proses keluar dari permasalahan terlalu kurus adalah Vita-lize dari Shaklee.
Ia bukan saja mengandungi nutrien yang Aisah sebutkan di atas tadi, malahan juga mempunyai vitamin C dan E yang membantu untuk meningkatkan sistem imun badan anda.

Untuk protein pula, anda boleh ambil minuman Energizing Soy Protein, atau juga dikenali sebagai ESP. Ia bukan saja kaya dengan protein, malahan memberi tenaga.
Jika anda selalu rasa letih dan lesu yang berkemungkinan dari kekurangan berat tadi, maka minuman ESP ni sangat membantu.
Cara menyediakannya mudah saja. Anda bancuh dengan air suam. Tak sampai 2 minit pun. Dan anda minum ESP ni selepas makan.
MACAM MANA SAYA NAK DAPATKAN MULTIVITAMIN & PROTEIN SHAKLEE NI?
Sekiranya anda perlukan bantuan bagi mendapatkan multivitamin dan protein ini, anda boleh hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang di 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/NakTambahBerat
www.wasap.my/60176477837/NakTambahBerat
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus dari rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).





