Dah Berjaya Nak Kurus, Tapi Apa Kes Period Tak Datang Pula Ni?

Dah Berjaya Nak Kurus, Tapi Apa Kes Period Tak Datang Pula Ni?

“Elakkan diri dari menormalisasikan period tak datang.”

Anda naik atas mesin timbang berat badan.

“Yes!!!” jerit hati anda. Memang puas hati.

Terasa berbaloi anda kawal pengambilan kalori dengan sangat berdisiplin dan konsisten pergi ke gimnasium semenjak hampir dua bulan yang lepas.

Hasilnya, baju zaman remaja dulu terasa muat untuk dipakai. Rakan-rakan di tempat kerja mahu pun dalam media sosial anda memuji-muji perubahan anda.

Walhal, ada antara mereka ni dulu mengecil-ngecilkan impian anda nak turun berat badan. Sampai dia selalu saiko ajak kita makan dekat tempat sedap-sedap. Nakal.

Pujian-pujian ni menambahkan lagi semangat anda untuk mendapatkan dan mengekalkan badan langsing.

Tapi ada perasan suatu perkara… kitaran haid anda macam ada yang tidak kena. Period tak datang seperti kebiasaan.

KENAPA SAYA PUNYA PERIOD TAK DATANG?

Keadaan period tak datang ini dikenali sebagai amenorrhea dalam bidang perubatan. Dan ianya tidak boleh dipandang ringan,

Jadi, anda haruslah mengelakkan diri dari menganggapnya sebagai sesuatu yang normal.

Secara asasnya, badan wanita kita ni boleh dikira sebagai sensitif. Sekiranya ada perubahan di luar kebiasaan, maka secara tak langsung keadaan hormon kita boleh terganggu.

Dan salah satu hormon itu adalah haid.

Apabila anda mengubah gaya hidup anda pada tahap drastik untuk menurunkan berat badan, antara kesan sampingannya adalah kitaran haid terganggu.

Ini termasuklah jika anda melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan atau juga mengamalkan  pengurangan kalori secara agresif.

Sebabnya, badan anda sedang melalui fasa tekanan.

TAPI SAYA RASA OK, TAK ADA STRES PUN

period tak datang

Secara mentalnya, anda mungkin okay dan sangat teruja melihat perubahan terkini. Tetapi mungkin tidak bagi tubuh badan anda.

Apabila kita melalui perubahan fizikal seperti ini, sistem dalam badan akan menafsirnya sebagai tekanan. Dan ini mengaktifkan situasi “fight or flight response”.

Kalau diterjemah dalam bahasa yang tak rasminya, badan mengeluarkan tindak balas lawan atau lari.

Akibatnya, sistem dalam badan kita akan mula berubah.

Ia akan mula membina tenaga simpanan dengan cara mengurangkan penghasilan hormon, dan ini boleh membuatkan haid anda terhenti.

Sebabnya tenaga yang tersimpan tadi akan digunapakai oleh badan untuk fungsi yang lebih penting demi survival anda. Antaranya, sistem pernafasan dan penghadaman.

APA KESAN KALAU SAYA ADA ISU PERIOD TAK DATANG?

Amonerrhea atau tak datang period ni sebenarnya boleh memberi pelbagai kesan sampingan terhadap anda. Dan ianya bergantung pada setiap individu.

Antara kesannya adalah seperti berikut;

1. Ketidaksuburan

Apabila tidak datang haid, ada kemungkinan rahim anda tidak dapat menghasilkan proses ovulasi. Dan ini membuatkan anda sukar untuk hamil.

2. Tidak Tahu Bila Subur

period tak datang

Dalam situasi yang lain, ada kemungkinan anda sebenarnya boleh subur walaupun kitaran haid terganggu.

Cumanya, anda tidak dapat meneka dengan baik pada waktu bilakah anda subur. Ini sedikit sebanyak menyukarkan anda jika sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata (TTC).

Selain itu, ketidakhadiran haid juga boleh buatkan anda mempunyai tanggapan salah yang anda tidak akan hamil. Dan anda seperti berasa selamat untuk bersama suami.

Tapi tup tup tup lain pula yang jadi, hamil secara tak dirancang. Ter’accident’ orang kata.

3. Emosi Terganggu

Jika anda sudah terbiasa datang haid setiap bulan, menghadapi amonerrhea secara tiba-tiba mungkin boleh membuatkan anda jadi tak tenteram.

Macam-macam persoalan boleh timbul. Dan ini boleh sedikit sebanyak menganggu tumpuan dan mood anda.

4. Osteoporosis

Jika period tak datang berlarutan lebih daripada 6 bulan, risiko untuk anda untuk mendapat osteoporosis atau tulang rapuh semakin tinggi.

Ini kerana paras hormon estrogen dalam badan anda menurun. Fungsi hormon ini adalah untuk membantu badan anda menyerap kalsium daripada pemakanan.

Dan kebaikan kalsium pula adalah membantu menguatkan struktur tulang kita.

APA YANG ANDA PERLU BUAT KALAU PERIOD TAK DATANG?

period tak datang

Sekiranya period anda tak datang, dan dalam masa yang sama anda ada melakukan hubungan suami-isteri, perkara yang disarankan adalah lakukan ujian kehamilan terlebih dahulu.

Ini sangat penting, sebab apabila seseorang wanita sudah hamil, banyak yang perlu dikawal dan diperhatikan dengan lebih teliti.

Dan jika anda tidak datang period lebih tiga bulan tanpa sebab yang jelas seperti hamil, menyusukan anak dan mengambil alat perancang, sebaiknya berjumpalah dengan pegawai perubatan sakit puan.

Dalam masa yang sama, anda boleh berikhtiar untuk mengambil suplemen yang kaya dengan omega-6 seperti Gamma Linolenic Acid (GLA) bagi normalkan kembali kitaran haid.

DI MANA NAK DAPATKAN SUPLEMEN GAMMA LINOLENIC ACID (GLA)?

suplemen period tak datang

Salah satu suplemen GLA yang berada di pasaran adalah di bawah jenama Shaklee. Ramai klien Aisah sendiri yang telah mengambilnya sebagai bantuan untuk menormalkan kembali kitaran haid.

Sekiranya anda perlukan bantuan bagi mendapatkan suplemen GLA Shaklee ini, anda boleh hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/NakBantuanGLA

www.wasap.my/60176477837/NakBantuanGLA

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *