PENEROKAAN DUNIA BARU SI MANJA



Penerokaan Si Manja




Lebih banyak rangsangan di beri, minda anak akan menjadi bertambah cekap. Namun, walau banyak mana rangsang yang diberi, anda seharusnya tahu mengenai empat perkembangan penting yang dialami si manja.

Lazimnya seorang anak yang semakin membesar, mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam. Jadi tidak mustahil mereka sentiasa berasa hairan dan menghabiskan banyak masa melihat, memerhati dan meniru. Dengan kata lain, golongan ini sentiasa sibuk meneroka dunia mereka setiap hari.

Kadar perkembangan anak bergantung sebahagiannya kepada peluang untuk mewujudkan kemahiran yang berbeza. Sesetengah anak kecil didapati suka memberi tumpuan terhadap apa yang dilakukan dalam sesuatu masa. Malah ada juga menunjukkan tingkah laku berupaya bergerak ke suatu tempat dengan merangkak, malah ada yang langsung tidak menunjukkan keinginan untuk berjalan. Sementara itu ada juga yang mengambil masa yang singkat mengheret pinggul sebelum cepat pandai berjalan.

Sepanjang perkembangan anak-anak dalam peringkat ini pelbagai peristiwa yang berlaku kerana ia merupakan petunjuk bahawa anak-anak semakin membesar. Bagaimanapun anak-anak ini mempunyai keperibadian tersendiri dalam membentuk identitinya. Ikuti beberapa petunjuk perkembangan anak anda seperti di bawah :

Kemahiran Fizikal (Motor Halus Dan Motor Kasar)
• Memasukkan kiub di dalam kotak
• Belajar berjalan tanpa sokongan
• Berjalan, berhenti dan memusingkan badan
• Memegang sesuatu dalam tangan sambil berjalan
• Memanjat sebuah kerusi dengan selamat
• Menyuapkan sendiri dengan sudu
• Beralih daripada cawan bayi kepada cawan biasa
• Melontar objek walaupun tidak dalam garisan lurus

Sosio Emosi
• Belajar untuk berpisah dengan anda untuk jangka masa yang tertentu (ke sekolah)..
• Bermain bersama kanak-kanak lain.
• Menunjukkan tingkah laku mesra terhadap suatu alat permainan, haiwan peliharaan atau kanak-kanak lain.
• Mungkin membantu anda membuat kerja rumah.

Bahasa
• Maju daripada menyebut sepatah perkataan kepada menuturkan dua patah perkataan
• Bertindak balas secara lisan terhadap pertanyaan anda.
• Dapat menyebut nama objek harian yang dilihatnya.
• Pemahaman semakin berkembang tentang maksud sebutan anda
• Pertuturan tidak berlaku sehinggalah maksud perkataan difahami terlebih dahulu
• Mampu menjawab pertanyaan anda.
• Boleh menceritakan aktiviti sehariannya.

Kognitif
• Dapat membezakan bentuk dan saiz objek.
• Dapat mengenal anggota tubuhnya.
• Dapat memasukkan benang mengikut lubang-lubang yang disediakan.
• Dapat menyelesaikan masalah matematik yang mudah
• Dapat menerima arahan dan memberi arahan
• Dapat mengenal huruf dan mengenal makna sesuatu objek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *