Renewal Shaklee Malaysia Kini Lebih Mudah, Ini Caranya
“Aisah, saya pernah jadi ahli Shaklee Malaysia, tapi saya tak tahu sama ada masih valid ke sudah expired?”
Sebelum menjawab soalan tersebut, biarlah Aisah kongsikan sedikit latarbelakang Aisah sebagai ahli Shaklee.
Aisah ingat lagi tarikh mendaftar jadi ahli Shaklee. 1 November 2011.
Hurm, ketika artikel ini ditulis, namanya sudah hampir 12 tahun Aisah jadi ahli Shaklee.
Satu sebab yang membuatkan Aisah jadi ahli Shaklee adalah disebabkan Aisah mengalami masalah susu ‘drop‘. Ketika itu, anak pertama Aisah, Nuha, baru sahaja beberapa bulan.
Oleh sebab Aisah memang bercita-cita nak ‘fully breastfeed‘ secara eksklusif, maka Aisah perlu mencari produk yang boleh menaikkan kembali penghasilan susu badan.
Dan Aisah pun diperkenalkan dengan set penggalak susu (‘milk booster‘) daripada Shaklee.
Maka bermulalah perjalanan Aisah menjadi sebahagian daripada keluarga besar ahli Shaklee Malaysia.
MANFAAT JADI AHLI SHAKLEE
Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya-tanya apakah manfaat menjadi ahli Shaklee. Ada banyak sebenarnya. Di dalam artikel ini, Aisah senaraikan sebahagian daripadanya.
1. Akses kepada harga lebih rendah
Ahli Shaklee layak untuk mendapatkan produk Shaklee pada harga ahli. Dan tentunya harga ahli ini jauh lebih rendah berbanding dengan harga bukan ahli (‘retail price‘).
2. Layak mendapat ‘cash rebate‘
Setiap produk Shaklee, tidak kiralah sama ada vitamin, supplement, penjagaan muka (YOUTH skin care), penjagaan rambut (Prosante hair care) serta produk penjagaan rumah, kesemuanya ada poin pembelian.
Jika jumlah poin pembelian melebihi amaun tertentu, ahli-ahli Shaklee layak untuk mendapat ‘cash rebate‘. Dan ‘cash rebate‘ ini dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada bulan yang berikutnya.
Pembelian ini tidak semestinya dilakukan oleh anda. Ia boleh jadi juga pembelian oleh mak ayah, adik beradik atau rakan sekerja, tetapi dilakukan dengan menumpang atas nombor keahlian anda.
3. Layak mendapat pemeriksaan kesihatan
Di setiap cawangan Shaklee ada disediakan mesin pemeriksaan kesihatan. Jadi, ahli-ahli Shaklee boleh buat ‘booking‘ untuk tempahan slot pemeriksaan.
(Senarai cawangan Shaklee Malaysia ada di dalam posting blog Aisah di sini.)
Antara mesin yang disediakan adalah ‘scan‘ tulang. Jadi, kita boleh tahu tahap kepadatan tulang, sama ada baik, atau berada pada tahap osteopenia dan juga osteoporosis (tulang rapuh).
Selain itu, disediakan juga mesin untuk ‘scan‘ kulit muka, bagi mengetahui tahap kelembapan dan juga kesihatan muka anda.
Ada juga mesin untuk ‘scan‘ tubuh badan kita. Dari ‘result‘ yang keluar itu, kita akan tahu BMI, peratusan serta lemak dan otot di beberapa bahagian badan anda.
Paling ‘best‘ sekali, anda boleh simpan result tu, dan datang kembali ke mana-mana cawangan Shaklee selepas beberapa bulan untuk melihat ‘progress‘ tubuh anda.
Berapa harganya?
Percuma sahaja untuk ahli Shaklee. Kalau anda buat di luar, ada kos yang perlu dikeluarkan.
4. Akses kepada pembelian secara ‘online‘
Apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda akan diberi nombor ID.
Dengan menggunakan nombor ID tu, anda diberi kemudahan untuk mengakses kedai online Shaklee, dengan cara ‘log in‘ laman web rasmi Shaklee di shaklee.com.my/login.
Di sana, anda boleh lakukan pembelian mana-mana produk yang ‘available‘ secara ‘online‘. Kemudian, Shaklee akan mengeposkan pesanan anda tersebut.
5. Layak tawaran istimewa dari Shaklee Malaysia
Dari semasa ke semasa Shaklee ada menyediakan kempen tertentu yang khusus hanya untuk ahli Shaklee. Salah satu contohnya adalah cabutan bertuah.
Hadiah banyak dan bukan sebarangan. Ada satu bulan tersebut, hadiah utamanya adalah telefon bimbit iPhone yang baru saja dilancarkan.
Dan ada juga satu bulan yang lain, hadiah utamanya pula berupa bar emas.
BERAPA LAMAKAH KEAHLIAN SHAKLEE?
Seperti kebanyakan syarikat dan organisasi lain, keahlian Shaklee juga mempunyai tempohnya.
Secara umumnya keahlian Shaklee adalah selama setahun. Namun, ia bergantung kepada tarikh lahir kita.
Sebabnya tarikh lahir inilah yang akan menjadi tarikh luput atau ‘expiry date‘ keahlian Shaklee.
Tak berapa jelas?
Ok, Aisah bagi beberapa contoh situasi supaya kita lebih nampak.
Situasi pertama
Siti mendaftar jadi ahli Shaklee pada 25 Mei 2023. Dan tarikh lahir Siti adalah 19 Jun. Maka, tarikh luput keahlian Shaklee Siti adalah pada 19 Jun 2024.
Jadi, tempoh keahlian Shaklee bagi Siti adalah lebih kurang setahun sebulan.
Situasi kedua
Adik kepada Siti, Nurul turut mendaftar menjadi ahli Shaklee pada tarikh yang sama, iaitu 25 Mei 2023. Tarikh lahir Nurul pula adalah 28 Februari.
Memandangkan asas keahlian Shaklee adalah minima setahun, maka tarikh expired bagi Nurul adalah 28 Februari 2025. Bukannya 28 Februari 2024.
Jadi, tempoh keahlian Nurul adalah sekitar setahun dan 9 bulan.
BAGAIMANA NAK RENEW KEAHLIAN SHAKLEE JIKA SUDAH ‘EXPIRED‘?
Seperti yang Aisah sebutkan di atas, seseorang ahli Shaklee boleh mengakses kepada portal shaklee.com.my.
Setelah log in, kebiasaannya sistem akan memberitahu status keahlian kita, sama ada ‘active‘, ‘expiring‘ atau ‘expired‘.
Jika berstatus ‘active‘, maka keahlian Shaklee kita adalah masih aktif.
Jika keahlian Shaklee kita bakal tamat dalam masa 3 bulan mendatang, maka statusnya adalah ‘expiring‘.
Sekiranya keahlian telah melepasi tarikh luput, maka statusnya adalah ‘expired‘.
Sebenarnya, seseorang ahli Shaklee sudah boleh memperbaharui keahlian mereka dari saat statusnya ‘expiring‘.
Dan selepas itu, status keahlian bertukar menjadi aktif. Dan tarikh luput keahlian baru dilanjutkan ke tarikh lahir tahun hadapannya pula.
“Bagaimana nak renew?”
Mudah dan senang. Anda ‘log in‘ ke laman web Shaklee, dan lakukan apa-apa pembelian produk Shaklee yang anda gemari.
Tetapi jika tiada sebarang ‘renewal‘ sehinggalah tarikh luput, maka status keahlian Shaklee anda bertukar menjadi ‘expired‘.
Tapi anda usah risau. Setiap daripada ahli Shaklee yang ‘expired‘ diberi tempoh 6 bulan untuk memperbaharui keahlian mereka.
Cara nak ‘renew‘nya pun sama seperti yang Aisah terangkan di atas tadi.
Bagi mana-mana individu yang pernah mendaftar di bawah organisasi Aisah, perkara ‘renewal‘ ini boleh Aisah uruskan bagi pihak anda.
Anda hanya beritahu sahaja kepada Aisah produk apa yang mahu dibeli.
TAPI AISAH, ID SAYA DAH LAMA EXPIRED, MACAM MANA TU?
Sekiranya ID sedia ada sudah ‘expired’ lebih daripada 6 bulan, besar kemungkinan anda perlu mendaftar semula keahlian Shaklee.
Caranya mudah sahaja, anda hubungi saya bagi tujuan pendaftaran semula.
Selepas daftar, saya juga akan ‘guide‘ anda cara menggunakan portal shaklee.com.my bagi tujuan pembelian di masa akan datang.
Setakat ini, yuran pendaftaran keahlian Shaklee adalah RM35.
“Alah, kena bayar ke?”
Tak apa. Usah risau.
Ada cara alternatif untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma. Setiap bulan, Shaklee ada buat kempen tertentu yang boleh melayakkan anda menjadi ahli secara percuma.
Boleh klik seterusnya nak fahami tentang ‘renewal Shaklee‘ lagi.
Oleh sebab kempen ini berbeza setiap bulan, anda boleh ‘contact‘ Aisah untuk maklumat lanjut.
Anda boleh call Aisah di 017-6477837. Atau boleh juga mesej Aisah dengan cara klik link berikut;
www.wasap.my/0176477837/DaftarShaklee
www.wasap.my/0176477837/DaftarShaklee
Follow Aisah di media sosial
Instagram @sitiaisahmdibrahim
Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim
Tiktok sitiaisahmohdaibrahim
One thought on “Renewal Shaklee Malaysia Kini Lebih Mudah, Ini Caranya”