Selalu Beli Vivix Tapi Tak Dapat Cash Rebate, Baru Tahu Puncanya
“Aisah, saya ni dah lama jadi pengguna Vivix Shaklee. Tapi tak pernah merasa cash rebate.”
Di Malaysia ini, ramai penggemar dan pengguna produk Shaklee. Dari Perlis sampai ke Sabah.
Tak kiralah sama ada dari segi supplemennya, penjagaan kulit (YOUTH skin care), penjagaan rambut (Prosante hair care) atau juga penjagaan kebersihan rumah.
Oleh sebab itu, Shaklee berjaya menggondol Gold Award bagi dua tahun berturut, 2021 dan 2022, dalam The Asia Reader’s Digest Most Trusted Brand.
(Anda boleh klik beritanya di sini).
GANJARAN ‘CASH REBATE‘ DARI SHAKLEE
Apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda bukan saja mendapat no ID ahli, malahan secara automatiknya anda layak untuk mendapat ‘cash rebate‘ daripada syarikat.
Setiap produk Shaklee mempunyai poin-poin pembelian tertentu, bergantung kepada nilai harga sesuatu barangan. Di dalam Shaklee, poin ini dipanggil sebagai UV.
Katakanlah anda membeli banyak produk Vivix Shaklee dalam satu-satu bulan tersebut.
Mungkin anda beli produk tersebut untuk diri sendiri. Kemudian, ibu atau adik beradik juga pun nak sama-sama tumpang ‘order’ atas no ID anda untuk membelinya juga.
Andainya kesemua poin-poin pembelian ini melebihi jumlah minimum 150 UV pada bulan tersebut, anda layak untuk mendapat ‘cash rebate‘.
Dan ‘cash rebate‘ ini dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada bulan yang berikutnya.
Secara tak langsung, dengan penerimaan ‘cash rebate‘ ini, nilai bersih pembelian Vivix anda menjadi lebih rendah.
Usah terkejut pula bila melihat amaun ‘cash rebate‘ yang dikreditkan tu, mungkin ianya bersamaan harga satu botol vitamin Shaklee.
Umpama macam dapat sebotol vitamin percuma kan.
(Nota: Menjadi ahli Shaklee, kita tidak diwajibkan untuk ‘maintain‘ jumlah poin pembelian setiap bulan. Tetapi untuk mendapatkan ‘cash rebate‘, kita perlu mencapai poin minimum 150 UV dalam satu-satu bulan.)
KENAPA SAYA TAK DAPAT ‘CASH REBATE‘ SHAKLEE?
Aisah jadi pengguna Shaklee sejak dari tahun 2011 sehinggalah sekarang. Setiap bulan pasti membeli produk Shaklee sama ada untuk diri sendiri, suami, anak-anak, mak dan mak mentua.
Dalam masa yang sama, Aisah juga merupakan salah seorang ‘sales leader‘ di dalam Shaklee. Jadi, memang adakalanya pengguna Shaklee datang kepada Aisah bertanyakan pasal ‘cash rebate‘ ni.
Salah satu soalannya adalah,
“Aisah, saya ni dah lama jadi pengguna Shaklee. Tapi tak pernah merasa cash rebate.”
Ada banyak sebab kenapa seseorang pengguna Shaklee tersebut tak dapat merasa ‘cash rebate‘.
Di sini Aisah senaraikan sebab-sebab tersebut sebagai informasi dan rujukan bersama.
1. Tidak capai minimum poin pembelian
Bagi melayakkan mendapat ‘cash rebate‘, seseorang ahli Shaklee perlu mencapai minimum poin pembelian 150 UV dalam satu-satu bulan.
Sebagai contoh, anda dan emak berkongsi beli 2 botol Vivix sepanjang bulan Mei. Sebotol Vivix adalah 114 UV, maka jumlah poin pembelian anda adalah 228 UV.
Jadi, anda sudah boleh mendapat ‘cash rebate‘ sekitar RM38 yang bakal dikreditkan ke dalam bank anda pada bulan Jun.
Walau bagaimanapun, jika anda hanya membeli satu botol Vivix sahaja (114 UV) sepanjang bulan tersebut, maka anda tidak dapat ‘cash rebate‘ kerana tidak mencapai minimum poin 150 UV.
2. Ahli Shaklee tetapi membeli Vivix pakai…
Salah satu syarat lain untuk melayakkan anda mendapat ‘cash rebate‘ juga adalah pembelian haruslah dilakukan menggunakan ID Shaklee anda sendiri.
Sebagai contoh, anda mahu membeli 2 botol Vivix.
Cara pertama, anda boleh ‘walk-in‘ ke mana-mana cawangan Shaklee di seluruh Malaysia ini. Semasa di kaunter pembayaran, anda beritahu sahaja no ID Shaklee anda.
(Nota: Untuk mengetahui alamat cawangan Shaklee, sila klik link posting saya ini.)
Cara kedua adalah, anda buat pembelian secara online di laman web rasmi Shaklee, www.shaklee.com.my, dengan cara ‘login‘ menggunakan ID Shaklee anda.
Cara ketiga pula adalah anda lakukan pembelian daripada ‘upline‘ atau penaja yang mendaftarkan keahlian Shaklee anda.
Kemudian, ‘upline‘ lakukan pemindahan poin pembelian Vivix itu kepada ID Shaklee anda.
Ketiga-tiga cara ini boleh melayakkan anda mendapat ‘cash rebate‘, dengan syarat mencapai minimum poin pembelian 150 UV.
Namun begitu, jika anda buat pembelian Vivix tersebut daripada orang lain, maka besar kemungkinan anda tidak mendapat ‘cash rebate‘ tersebut.
Yang dapat ‘cash rebate‘ daripada pembelian anda itu adalah orang tersebut.
Rugi kan.
3. Bukan ahli Shaklee
Siapa-siapa pun boleh membeli produk Shaklee, sama ada dia sudah mendaftar menjadi ahli, atau pun bukan ahli Shaklee.
Namun, ada perbezaan di antara kelebihan dan keistimewaan bagi mereka yang bergelar ahli Shaklee (anda boleh baca mengenainya di tulisan Aisah di sini).
Salah satu daripadanya adalah ahli Shaklee layak mendapat ‘cash rebate‘ daripada syarikat.
Bagi mereka yang bukan ahli Shaklee, walaupun membeli berbotol-botol Vivix sebulan, anda tidak dapat ‘cash rebate’ tersebut.
Jadi, Aisah selalu galakkan anda membeli Vivix Shaklee dengan cara mendaftar sebagai ahli.
4. Beli Vivix Shaklee di platform e-commerce
Sekarang ini macam-macam platform e-commerce. Dan ada produk Shaklee kononnya terjual di dalam situ.
Ehem, kenapa Aisah guna perkataan ‘konon’? Sebabnya banyak terjadi kes produk Shaklee yang terjual di sana adalah tiruan.
Jadi, macam mana lah nak dapat ‘cash rebate‘ kan.
Oleh sebab itu, belilah Vivix Shaklee daripada saluran yang betul, supaya dapat produk yang betul.
MACAM MANA NAK BELI VIVIX SHAKLEE?
Jika anda mementingkan penampilan, anda boleh mencuba menggunakan Vivix Shaklee.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/NakVivix
www.wasap.my/60176477837/NakVivix
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Selain itu, Aisah akan membantu anda mendapat ‘cash rebate‘ daripada pembelian produk Vivix Shaklee.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Vivix Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
Dan boleh juga dapatkan cash rebate untuk kawasan Labuan link seterusnya.