Ruam Bayi Di Punggung Buat Ibu Risau? Ini Tips Mengatasinya
Ruam bayi di sekitar bahagian punggung biasa berlaku di kalangan bayi-bayi. Senario ini dinamakan sebagai ruam lampin atau nappy rash.
Walaupun ia normal, tetapi dalam masa yang sama boleh mendatangkan pelbagai perasaan kepada anda, seperti kasihan dan risau.
Ada sesetengah kes, boleh membuatkan anda jadi stress. Ini disebabkan ruam bayi nampak makin teruk. Ataupun lambat sembuh.
TANDA-TANDA BAYI RUAM LAMPIN (NAPPY RASH)
Selalunya ruam ini berlaku di bahagian tubuh badan bayi yang berada di bawah lampin.
Di situ, anda dapat lihat tompok-tompok berwarna merah jambu. Dan selalunya ruam bayi ini berbintik-bintik.
Apabila tangan menyentuh kawasan ini, anda boleh berasa ia sedikit kasar. Aduh, terasa hilang nikmat kelembutan kulit bayi sebentar.
Dalam masa yang sama, ada sesetengah kes nappy rash yang dialami oleh bayi anda boleh menjadi lebih teruk.
Kulit bayi menjadi semakin memerah, mengelupas dan boleh luka.
Akibatnya bayi anda biasanya akan rasa tidak selesa. Ini terutamanya setiap kali selepas bayi membuang air.
SEBAB BERLAKUNYA RUAM LAMPIN (NAPPY RASH)
Menurut laman myHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, ada pelbagai faktor yang mengakibatkan bayi kita mengalami ruam lampin.
Pertama
Kulit bayi terlalu lama dibiarkan terdedah kepada kencing dan najis.
Di dalam kencing dan najis bayi ini mengandungi pelbagai bakteria. Dan ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.
Kedua
Kulit bayi alah terhadap bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.
Ini kerana dalam lampin tersebut mempunyai bahan penyerap sintetik atau agen pembasmi kuman. Dan ia mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi kita.
Ketiga
Kulit bayi mungkin alah terhadap serbuk pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin.
Ada agen pencuci ini yang agak “keras” kerana kandungan bahannya. Dan ia berpotensi untuk memberi kerengsaan kepada kulit bayi.
LANGKAH MENCEGAH BAYI NAPPY RASH
Walaupun ruam lampin ini adalah normal, tetapi ibu bapa atau penjaga tetap disarankan untuk mengambil langkah berikut.
Ini untuk memastikan keselesaan dan kesihatan bayi anda.
- Periksa lampin bayi anda secara kerap.
Jika bayi baru saja lepas membuang air besar, cepat-cepat mencuci punggungnya dan menukarkan kepada lampin baru.
Begitu juga dengan kencing bayi. Kalau ia sudah banyak membasahi lampin mereka, anda dikehendaki untuk menukarkannya.
- Cuci punggung serta kemaluan bayi dengan cermat
Anda boleh menggunakan air paip biasa untuk mencuci.
Sekiranya anda nak tambah sabun pencuci atas sebab nak hilangkan bau, tiada masalah. Tetapi pastikan sabun pencuci tersebut sesuai untuk kulit bayi.
Jika anda menggunakan baby wipe, pastikan anda betul-betul membersihkannya dengan teliti.
Ini supaya tiada sebarang sisa atau bekas najis tinggal pada bahagian kemaluan dan punggung bayi.
- Elakkan bahagian punggung dan kemaluan bayi basah
Sebelum memakaikan lampin baru, pastikan anda mengelap kemaluan dan punggung bayi kering-kering.
Kondisi lembap di bawah lampin juga boleh menyumbang kepada ruam lampin.
- Elakkan memakai lampin terlalu ketat
Jika lampin bayi anda terlalu ketat, ia boleh membuatkan kulit bayi anda melecut. Ini seterusnya mencetuskan kerengsaan dan juga ruam.
Jadi, apabila anda memakaikan lampin tersebut kepada bayi, pastikan ianya sedikit longgar.
Tapi usahlah terlalu longgar, nanti bocor pula kencing dan najis ya.
- Gunakan ubat sapu & sabun pencuci pakaian yang sesuai untuk bayi
Memandangkan kulit bayi adalah sensitif, anda boleh menggunakan ubat sapu & pencuci pakaian yang bebas bahan kimia keras.
Barangan sebegini amat lembut pada bayi anda.
AMALKAN PRODUK HILANGKAN RUAM BAYI YANG SELAMAT & BERKESAN
Ini merupakan produk-produk yang dapat membantu anda dalam mengelakkan masalah ruam bayi daripada berlaku.
1. Krim Herbal Blend
Kandungan Utama Herbal Blend
- Yarrow – dipercayai sejak dari turun-terumun boleh memberhentikan luka dan merawat luka kecil. Sifatnya juga seolah-olah antiseptik yang boleh bertindak untuk menghalang jangkitan kuman dan radang pada kulit.
- Daud sage – menghalang dan merawat jangkitan kuman. Mengandungi asid rosmarinic, phenolic yang memang terkenal sebagai anti radang yang kuat dengan membantu mempercepatkan pengecutan tisu-tisu yang bengkak. Melegakan radang dan merawat luka. Sage juga sangat dikenali dengan sifatnya yang antikulat.
- Horse Chestnut Seed – mengandungi sebatian aescin yang bertindak sebagai anti radang dan mengurangkan edema. Edema ialah bengkak ataupun bengkak berair yang terjadi akibat trauma kesan dari kecederaan pada tisu badan. Horse Chestnut ini sangat popular di eropah dan digunakan secara meluas oleh atlet-atlet semasa temasya sukan.
- Daun rosemary – memang terkenal kan biasanya dalam masakan-masakan cara barat? Tahukah kita bahawa daun rosemary ini sebenarnya antiseptik yang kuat dan bertindak sebagai anti radang yang kuat. la juga antikulat dan boleh menyingkirkan jangkitan dan toksin. Rosemary juga boleh membantu perjalanan darah yang baik dan antiseptik yang baik untuk membalk pulih luka dan kulit.
Manfaat Herbal Blend
Dengan adanya ke semua bahan aktif itu tadi sangat membantu:
- Ruam pada baby – Baby sememangnya mudah sangat terkena ruam. Lebih-lebih lagi ruam lampin. Sapukan jer Herbal Blend. Herbal Blend nih akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan mengurangkan ruam bayi.
- Digunakan sebagai daily lotion – supaya kulit sentiasa lembut. Tidak semestinya bayi sahaja. Orang dewasa juga boleh gunakannya. Herbal blend ini tidak berminyak dan sangat selesa bila digunakan.
2. GetClean Fresh Laundry Concentrate
Apa Kelebihan Fresh Laundry Powder Sebagai Sabun Basuh Baju Bayi Yang Mengalami Ruam?
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
Punca lazim berlakunya tindak balas alahan.
Di antara bahan perengsa yang selalu digunakan ialah Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate yang disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit serta mata.
Jika terhidu akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma atau sesak nafas.
Kulit yang kerap bersentuhan dengan bahan berbahaya ini pula akan menjadi kering dan gatal.
Sebab itu kepada bayi yang mempunyai kulit sensitif sangat mudah ruam. Kita tak mahulah bahan sebegini meresap ke dalam tubuh anak kesayangan kita.
Sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini, mahupun bahan berbahaya yang lain.
Kelebihan Fresh Laundry Concentrate:
(1) Fresh Laundry Concentrate Selamat
- Hipoalergenik.
- Tanpa klorin.
- Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh.
- Tiada bahan kimia berbahaya.
(2) Fresh Laundry Concentrate Berkesan
- Berkepekatan tinggi.
- Hanya 1 oz (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana.
- Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk.
- Mengekalkan warna pakaian yang putih, menjadikan pakaian berwarna lebih berseri.
(3) Fresh Laundry Concentrate Mesra Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan.
- Surfaktan mudah biorosot.
- Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa.
- Bungkusan yang boleh dikitar semula.
- Tanpa bahan pewarna.
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan.
Jelas ternyata sabun basuh baju Fresh Laundry Concentrate mempunyai kurang filler berbanding sabun jenama lain.
Ia juga mengandungi cleansing power yang tinggi.
Sabun beginilah yang kita mahukan dalam penggunaan harian. Kerana ia juga memainkan peranan untuk tidak menyebabkan lebih teruk lagi.
Rumusan enzim semula jadi di dalam sabun basuh baju bayi Fresh Laundry Concentrate bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi.
Dengan kata lain, kita boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
3. GetClean Soft Fabric
Soft Fabric Concentrate membantu melembutkan pakaian dan kain, serta menjadikan tuala lebih gebu.
Kedutan juga berkurangan kerana ia mengurangkan kesan statik, dan menjadikan pakaian lebih mudah digosok!
Tambahan lagi bila baju kurang kedutan atau kasar, ia tidak akan menjejaskan kulit bayi yang kering itu tadi.
Kelebihan:
- Bahan semula jadi: Pelembut fabrik daripada sumber semula jadi dan garam mineral.
- Melembut secara semula jadi, mengurangkan kedutan dan mengawal kesan statik, menjadikan pakaian lebih gebu dan lembut apabila disentuh.
- Sangat sesuai pada mereka yang mempunyai masalah kulit seperti eczema, allergik kulit mahupun ruam bayi.
Keistimewaan Shaklee:
- Tidak-bertoksik
- Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
- pH seimbang untuk pelembutan berkesan
- Sangat pekat-Hanya 15ml untuk melembutkan satu muatan sederhana basuhan
- Membantu mengurangkan kedutan dan kesan statik
- Bahan semula jadi
- Surfektan terbiodegradasi – mengurai kepada hasil buangan yang ditemui pada alam sekitar
- Tanpa fosfat, borat dan nitrat – tidak menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem
- Selamat untuk sistem septik – tidak membentuk mendapan
Ketiga tiga produk ini sangat membantu kepada bayi anda yang mempunyai masalah ruam bayi dan lampin.
Kepada ibu-ibu yang mengalami masalah ruam lampin bayi boleh cuba usaha amalkan tips berkesan ini untuk bayi kesayangan anda.
Dengan pengalaman kesihatan yang saya ada, saya akan berikan konsultasi yang terbaik tentang set ruam bayi untuk bayi kesayangan anda. Kami akan guide tips cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Subang Jaya, USJ, Sunway, USJ Height, Putra Height, Puchong dan seangkatan dengannya.
Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:
Instagram: @sitiaisahmdibrahim
Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim