Doa Murah Rezeki Cepat Mustajab
Ramadhan ni bulan yang kita boleh pertingkatkan amalan sambil usaha yang kita buat untuk mencari rezeki keluarga. Sejak saya berkecimpung dalam dunia bisnes ni, mentor saya selalu pesankan kami untuk amalkan beberapa amalan doa murah rezeki untuk kelancaran urusan.
Tidak semestinya berniaga baru boleh buat, tapi jika bekerja pun, mana lah tahu asbab beramal Allah kurniakan rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka.
Dalam Al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” (Surah Ghafir, ayat 60)
Ayat itu jelas menunjukkan, ALLAH SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya.
“Sesungguhnya jika ALLAH SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya.”
Justeru, berdoalah kepada ALLAH SWT walau sekecil-kecil perkara atau perkara yang remeh.
Ia bukan setakat dibolehkan, bahkan juga ia sebenarnya satu anjuran yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat baginda.
Dengan berdoa walaupun hanya sekecil-kecil perkara, ia sebenarnya menunjukkan betapa tingginya pergantungan kita kepada-Nya.
Amalan Yang Boleh Meningkatkan Ketakwaan Diri Kepada Allah Dalam Memohon Kelancaran Rezeki Dan Mustajab
Antara beberapa amalan murah rezeki yang boleh kita amalkan sebagai rutin demi kelancaran kehidupan. Sebelum Subuh waktu sahur banyakkan istighfar.
Boleh baca ” Subhananallah wabihamdih, Subhanallahil azim astagfirullah” . [ 100x]
Antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh boleh amalkan
‘ Ya Hayyu Ya Qayyum La Ila Ha Illa Anta [41x] ‘ – antara amalan mudah nak minta Allah jemput umrah atau haji.
Jadikan selawat tidak putus sepanjang hari , moga menjadi asbab beroleh syafaat Rasullullah di akhirat kelak dan banyak kemudahan Allah kurniakan di dunia
Doa elak stress, anxiety, hutang yang banyak…bacalah 3x setiap kali lepas solat.
Bukalah doa murah rezeki dengan selawat dan doa pembuka ijabah.
Bacalah doa mohon kebaikan dan bimbingan Allah selalu.
Moga bermanfaat.
Allahumma solli ala saidina Muhammad.
Kredit : Master Norita Idris
Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:
Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Instagram: @sitiaisahmdibrahim
Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim