Mudahnya Menjemput rezeki
Tahukah anda….? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki….?
Tarikh: 14/07/13
“Ya Allah, berilah mereka kefahaman sebagaimana kefahaman para Sahabat. Mereka terus memohon dari Allah apabila menginginkan sesuatu. Apa pun ia. Seorang Sahabat memohon terus kepada Allah mekipun sepasang selipar apabila tali seliparnya putus….”
Di atas adalah pengalaman dan pengetahuan dari penulis buku ini…
Petikan kata kata dari pembaca buku ini:
” Semua orang mahukan rezeki. Ramai orang ‘bertarung’ untuk mendapatkan rezeki. Tidak sedikit juga yang berkeluh kesah kerana tidak cukup rezeki. Kerana itulah buku ini relevan untuk semua orang, terutamanya mereka yang bergelar usahawan.
Idea yang ada di dalam buku ini memberikan perspektif yang sungguh menyegarkan mengenai rezeki. Kesegaran itulah yang bakal membangkitkan kekuatan baru bagi mereka yang ingin menggandakan apa yang telah perolehi sekarang.
Dengan memahami dan mengamalkan idea ini, rezeki akan ‘mengerumuni’ anda – sehingga anda ‘terpaksa’ menerima rezeki, bukan lagi berkeluh kesah kerana rezeki.” Tuan Hj. Fadzli Yusof, Professional Trainer, Writer.
Saya sendiri akui kehebatan buku ini..MasyaAllah tips yang diberikan adalah sangat berguna..Rezeki semakin hebat dengan amalan dengan Allah..Bak kata sifu saya.,
berniaga dengan Allah tidak rugi..Malah Allah akan gandakan lagi pulangan yang kita sendiri tidk sangkakkan.
Pesanan buat anak anak tersayang, bacalah buku itu…Tidak Rugi..Orang yang tak baca adalah orang yang rugi…
Tingkatkan amalan di bulan puasa ini…InsyaAllah doa kalian makbul.Semoga kita semua mendapat rezki yang hebat..Perbezaan Menjemput dan mencari adalah sangat berbeza…Menjemput rezeki dengan amalan kepada Allah amat mudah sekiranya betul di amalkan.Mencari rezeki spt yang saya katakan dulu, hari hari dengan usaha kamu, mengejar harta di dunia tetapi alpa dengan kewajipan di akhirat, menyebabkan kita penat dan rezeki yang berat dan sukar ditemuka…
Renungkanlah…. Mari beramal..Tingkat kan sedekah..Jangan lupa zakat harta Allah..Ia bersifat sementara…
Salam sayang dari mommy nuha dan bouchra…
One thought on “Mudahnya Menjemput rezeki”