Penyusuan dua tahun


NUHA DUA TAHUN


Nuha bergaya terkini…




Alhamdulillah dah genap dua tahun anak sulung saya ni.Dan dengan itu , dua tahun jugala dia menyusu dengan ibu nya…Akhirnya tercapai juga impian saya untuk menyusukan anak saya dua tahun..


Pelbagai rintangan dan cabaran..Semua itu tersimpan di dalam diary mama..Memang sangat manis..Masih ingat lagi bila stok susu dah habis, pernah cuba top up Nuha dengan susu formula..Tetapi secara mengejut Nuha dapat AGE atau dikenali sebagai cirit yang teruk dan muntah..Terus langsung saya buang susu formula tu ke dalam tong sampah..Sedih menengoknya…Saya rasa berdosa sangat pada masa itu..

Air susu saya merudum sebab saya masa tu mengandungkan anak ke dua saya yang dah pun mencecah 6 bulan..Saya tekad gagah kan diri untuk mencari ibu susuan Nuha..Alhamdulillah akhrinya saya berjumpa dengan hamba Allah yang baik hati dan sudi mendermakan susu perahan beliau disebabkan anak beliau tidak boleh menerima susu perahan yang di simpan lama…


Ibu susuan nuha bersama adik beradik nuha



Ini lah dia keluarga susuan nuha..Terima kasih mama Asmah yunos..semoga beliau dilindungi Allah bersama keluarga beliau..Kini beliau tengah sarat mengandungkan bakal adik nuha yang baru..InsyaAllah…Tengah tunggu masa je tu..Semoga selamat melahirkan nanti..Terima kasih papa, mama dan hero hero mama tu…Salam sayang dari adik Nuha sini..InsyaAllah raya kita datang ye…


Favourite Nuha…Dia memang suka makan base choc..ape ape la choc mmg terangkat!!!
Hobi nuha…memasak..Master chef milleniium


                                                  

Nuha kalau mama dan ayah dia nak keluar dia orang pertama akan di pintu…JOM!!!!


Rasa puas hati sangat ..Selama dua tahun bersama susu ibu…Saya puas hati dengan perkembangan nuha..Ya Allah peliharala anak anak ku Ya Allah..Jauhkan la mereka dari malapetaka..Berikan la mereka kesihatan yang optimum..Nuha pun sekarang ni pengamal tegar OMEGA GUARD dan MEALSHAKE.hihi..


Anda bagaimana???Perlu yakin…Tanamkan azam yang kita mahu menyusukan anak kita sampai 2 tahun..InsyaAllah..


                                                     

Di sini ingin saya kongsikan bersama tip tips penyusuan yang saya selalu amalkan sebagai panduan semua..

10 tips yang saya amalkan:


1- Kerapkan menyusukan bayi setiap 2 jam sekali ataupun mengikut keperluan bayi tersebut

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini


2- Jangan tunggu payudara sehingga penuh


Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan


3- Air masak 3 liter


4- Think positive – fikir bayi fikir menyusu hahhaha


Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.


5- Berdisiplin – jangan sesekali ponteng sesi perahan

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali “ponteng” sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.

6- Amalkan tendum pumping – buat perahan semasa bayi menyusu di sebelah payudara

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.

7- Amalkan teknik marmet..Saya jadikan teknik marmet sbg teknik wajib dipercayai 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dngan amalan teknik marmet selepas perahan ia menoptimumkan penghasilan susu ibu.


8- Menyusu/ mengepam lebih lama 

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9- Penyusuan/ perahan malam- waktu malam hormon prolaktin tinggi,Rangsangan penyusuan /perahan malam boleh meningkatkan penghasilan susu ibu

10- Urutan payudara dengan cara tuam menggunakan tuala yang direndam dengan air suam dan belajar teknik urutan melalui www.breastfeeding.com

Tapi saya nak pastikan diri saya menerima nutrisi yang cukup megikut piawaian piramid makanan seharian, saya adalah seorg pengamal tegar vitamin shaklee..Alhamdulillah hasilnya sgt memberangsankan..

Set 3M penyusuan shaklee




Boleh dapatkan SET POPULAR BREASTFEEDING dengan saya..Boleh klik di link ini.


Semoga saya dapat teruskan penyusuan saya untuk anak ke dua saya Bouchra yang kini dah berusia 7 bulan
Bouchra dah 7 bulan

SANGAT PUAS HATI..SUSU PEKAT!!1 ANAK KENYANG!!! BERBALOI BALOI!!!!

PM /WHASTAPP 0176477837
SID 867656

PM ME FOR THE BEST PRICE!!!

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *