Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Menu Sahur Sihat Supaya Laki Bini Tak Gaduh

Menu Sahur Sihat Supaya Laki Bini Tak Gaduh

Haa biasanya masa sahur ni mesti kalutkan? Masa dah lah pendek.Terutamanya pasangan yang sukakan makanan panas-panas. Ada masa ke nak masak beria untuk sahur. Kadang tu nak menu sahur sihat pun kelaut.

Boleh gaduh laki bini.

Jadi kalau dah kalut macam ni. Bila kita tanya suami, “Bang esok nak sahur apa? Entahlah Yang.” Kadang tu boleh uji kesabaran juga hehe.

Persolannya di sini bagaimana ya kalau boleh kita nak rumahtangga bahagia dan harmoni. Tak nak lah pasangan suami isteri bergaduh pula kan time sahur.

Kadang benda kecil macam ni pun boleh timbul perselisihan faham. Jika ia berlarutan boleh menyebabkan parah dan si isteri mula memendam rasa sampai makan bertahun-tahun.

Sekarang ni isu peceraian topik yang terlalu hangat. Taknak juga kita nak menyimpulkan keadaan sebagai orang luar.

Tetapi cukuplah dijadikan sebagai pengajaran untuk memastikan pasangan kita bahagia.

Isu Penceraian

Menurut data analisis yang dilaporkan melalui berita harian pada 23 Mac 2023, Negeri Selangor dan Johor mencatatkan kes penceraian yang paling tinggi. Daripada keseluruhan 45,420 kes penceraian yang didaftarkan di seluruh negara pada 2021, Selangor mencatatkan 8,811 kes, diikuti Johor 5,058 kes, Perak 4,215 kes dan Kelantan 4,093 kes.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, “Antara punca utama yang dikenal pasti ialah tiada persefahaman antara pasangan, faktor kewangan, gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pasangan curang dan campur tangan keluarga.”

Salah satu punca tu perselisihan faham. Makanya, di sini Aisah nak kongsikan tips kepada kalian semua. Nak jaga keharmonian rumah tangga walaupun hanya tindakan kecil tapi percayalah inshaAllah keluarga bahagia dan terhindar daripada perkara-perkara negatif ini.

6 tips yang kalian wajib tahu dan baca sampai habis artikel.

menu sahur sihat

Membuat Persediaan Awal

Laki bini hendaklah membuat persediaan awal untuk sahur terlebih dahulu. Seperti menyediakan bekalan makanan dan minuman di dapur.

Memastikan meja makan disediakan untuk menyambut hidangan sahur.

Ini semua boleh mengurangkan rasa stres pasangan anda dan memberi ruang untuk kelancaran sahur kita semua termasuklah anak-anak.

Dapat Berkomunikasi Bersama Suami Dengan Baik

Jika terdapat sesuatu yang perlu diatur semasa sahur. Contohnya seperti memasak, membersihkan atau membuat persediaan hidangan sahur. Pastikan laki bini kena berkomunikasi dengan baik dan saling memahami.

Ini dapat mengurangkan risiko perselisihan faham atau ketegangan dalam perhubungan suami isteri.

Membuat Keputusan Bersama

Jika terdapat keputusan yang perlu diambil seperti nak memilih menu sahur apa atau jadual sahur kita. Pastikan untuk membuat keputusan kena sepakat bersama-sama. Sentiasa mempertimbangkan keperluan dan kesenangan masing-masing.

Tidak Mengkritik Atau Mempersoalkan Hidangan

Hindari mengkritik atau mempersoalkan hidangan yang disediakan oleh pasangan semasa sahur. Jika terdapat sebarang masalah, cuba untuk berbincang secara tenang dan membina.

Menghargai Usaha Pasangan

Sentiasa saling menghargai usaha yang diberikan oleh pasangan dalam menyediakan hidangan sahur dan membantu dalam persiapan. Ini dapat meningkatkan semangat kerjasama dan keharmonian antara suami dan isteri.

Sekarang ni kita dah faham keadaan. Tapi kita juga nak pastikan suami isteri sihat. Nak elak dari perbalahan.

Berbalik pada persoalan yang pertama di atas, kita kena memastikan hidangan sahur yang disediakan sihat dan seimbang.

Bukan untuk pasangan aje tau. Malah untuk anak-anak anda juga yang bersahur sama. Pastikan juga nutrisi menu yang disediakan nanti cukup protein.

Cukup Serat. Cukup karbohidrat yang kompleks. Tapi tak nak kalori dan gula tinggi yang boleh mengundang penyakit.

Menu sihat ni penting untuk keluarga kita sentiasa bertenaga walaupun sedang berpuasa. Suami isteri dapat lebih kosentrasi melakukan kerja seharian dan beribadah.

Anak-anak lebih fokus dan cerdas walaupun terpaksa menjalani persekolahan semasa berpuasa.

Saya bagi beberapa idea menu sihat yang anda boleh cuba di waktu sahur anda yang pasti akan memikat isi hati suami anda.

Menu Sahur Sihat 1: Oatmeal

Oatmeal adalah hidangan sarapan yang mudah dan sihat. Ia kaya dengan serat dan memberikan tenaga yang tahan lama.

Anda boleh menambahkan buah-buahan segar seperti pisang atau strawberi untuk memberikan rasa yang lebih lazat.

menu sahur sihat

Anda juga boleh menambahkan kacang-kacangan seperti almond atau kacang pistachio untuk memberikan rasa yang lebih kaya dan memberikan tenaga yang lebih tahan lama.

Untuk membuat oatmeal yang lebih sihat, gunakan oat yang tidak dimurnikan dan tambahkan sedikit madu sebagai pengganti gula.

Menu Sahur Sihat Ke 2 : Roti Gandum dengan Telur Mata

Roti gandum adalah sumber karbohidrat yang baik dan memberikan tenaga yang tahan lama. Anda boleh menghidangkan roti gandum dengan telur mata yang kaya dengan protein.

Untuk membuat telur mata, masukkan telur ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. Biarkan telur masak sehingga kuning telur tidak terlalu cair.

Anda boleh menambahkan sayur-sayuran seperti tomato atau cendawan. Rasa dia lebih lazat dan sihat.

menu sahur sihat

Anda juga boleh menghidangkan roti gandum dengan keju rendah lemak atau mentega kacang sebagai pengganti telur mata.

Menu Sahur Sihat Ke 3 : Smoothie Buah-buahan

Smoothie buah-buahan adalah hidangan yang sihat dan mudah untuk disediakan pada waktu sahur.

Anda boleh menggabungkan pelbagai jenis buah-buahan seperti pisang, strawberi, blueberry, dan kiwi untuk memberikan rasa yang lebih lazat.

Tambahkan susu almond terutamanya pada anda yang mahu jaga kalori untuk turunkan berat badan. Ia juga memberikan tenaga yang lebih tahan lama.

Anda boleh menambahkan sedikit madu sebagai pengganti gula.

menu sahur sihat

Anda juga boleh menambahkan sayur-sayuran seperti bayam atau timun untuk memberikan hidangan yang lebih sihat dan memberikan nutrien yang lebih banyak.

Menu Sahur Sihat Ke 4 : Sup Ayam dengan Sayur-sayuran

Sup ayam dengan sayur-sayuran adalah hidangan yang sihat dan mengenyangkan untuk sahur. Haa ni anak=anak pun suka. Ia memberikan nutrien yang diperlukan untuk menjalani ibadah puasa sepanjang hari.

Untuk membuat hidangan ini, masukkan ayam ke dalam periuk dan masak sehingga ayam empuk. Kemudian, tambahkan sayur-sayuran seperti carrot, kentang, dan bayam ke dalam periuk dan masak sehingga sayur-sayuran empuk.

menu sahur sihat

Anda juga boleh menambahkan bawang putih untuk memberikan hidangan yang lebih lazat dan memberikan manfaat kesihatan yang lebih banyak.

Menu Sahur Sihat Ke 5: Telur Rebus dengan Salad Sayur-sayuran

Telur rebus dengan salad sayur-sayuran adalah hidangan yang sihat dan mudah untuk disediakan pada waktu sahur. Telur rebus adalah sumber protein yang baik dan sayur-sayuran adalah sumber nutrien yang baik.

Untuk membuat hidangan ini, rebus telur selama 6-7 minit dan tanggalkan kulit telur. Kemudian, potong sayur-sayuran seperti tomato, timun, dan selada dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun dan jus lemon sebagai sos salad.

menu sahur sihat

Anda juga boleh menambahkan sedikit garam laut dan lada hitam untuk memberikan rasa lebih enak.

Menu Sahur Sihat Ke 6 : Mee Goreng Sayur-sayuran

Mee goreng sayur-sayuran adalah hidangan yang sihat dan lazat untuk sahur. Ia memberikan nutrien yang diperlukan untuk menjalani ibadah puasa sepanjang hari.

Untuk membuat hidangan ini, rebus mee sebelumnya dan toskan. Kemudian, tumis sayur-sayuran seperti kubis, carrot, dan bawang putih dalam sedikit minyak kelapa.

Tambahkan mee ke dalam kuali dan gaulkan dengan sayur-sayuran. Anda boleh menambahkan sedikit sos cili atau sos tiram untuk memberikan rasa yang lebih lazat.

menu sahur sihat

Saya kongsikan 6 menu sihat yang mana seisi keluarga boleh nikmati hidangan ini. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan menu yang sihat anda boleh dapat.

Tapi nak tau tak rahsia besar kami bersahur sihat. Tak sampai dua minit pun siap! Yang ni confirm laki bini tak gaduh. Tengok video di bawah. Suami saya bancuh protein Life Shake tak sampai dua min untuk sahur dia.

Ini bukan Farid Kamil ye. Ini suami saya. Sejak tahun lepas kami bertekad nak turunkan berat badan. Sejak umur nak masuk 40 tahun ni kami dah mula ada kesedaran untuk jaga kesihatan.

Jadi sejak Ramadhan tahun lepas kami bersahur dengan protein Shake Shaklee. Suami saya kegemaran dia Elderbery Life Shake. Saya pula suka Cinch Shake Choc dan Esp seperti ada dalam Set Puasa Shaklee.

Kadang tu tukar mood nak bersahur dengan Cinch Shake Caffe Latte. Life Shake Matcha. Kalau kami rajin kami akan campur buah-buahan untuk buat seperti smoothies.

Set puasa shaklee

Kalau tahap kerajinan tu kurang jadi kami bancuh plain dengan susu almond milk. Macam suami dia tak suka almond milk. Dia gunakan full cream milk atau fresh milk. Bagi mereka nak jaga kalori diet tidak digalakkan guna low fat milk sebab gula dia lebih tinggi dari dua susu tadi.

menu sahur sihat

Kami memilih shake protein ni sebab dia mengandungi lengkap vitamins dan mineral. Dan juga mempunyai leusine tinggi yang membantu dalam shape-up kan badan balik dan elak otot menggelebeh.

Minum ni serius kenyang. Sebab fiber tinggi dan membantu dalam pelawasan juga. Takde isu perut sebu dan sentiasa kekal tenaga sepanjang hari berpuasa. Surprisingly berat kami pun turun. Saya masa tu lost 4 kg! Dan tahun ni pun kami hanya bersahur dengan shake protein saja. Bagi anda yang nak keterangan lanjut tentang protein shake sihat yang kami amalkan ni boleh terus hubungi kami.

wasap.my/60176477837

wasap.my/60176477837

Kesimpulannya

Secara kesimpulannya, menyediakan hidangan sahur yang sihat adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang di bulan Ramadhan. Dengan menggunakan idea menu sahur yang saya kongsikan ini sekurang kurangnya anda dah ada idea untuk menu sahur anda.

Plus, saya tambah lagi tips extra untuk kekalkan keharmonian rumah tangga dengan pasangan anda. Ingatlah bahawa Ramadan adalah bulan yang penuh dengan pengorbanan dan kesederhanaan, serta kesempatan untuk memperbaiki hubungan dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Pengedar shaklee subang jaya

Dengan mengamalkan beberapa tips di atas, diharapkan suami dan isteri dapat berpuasa dengan harmoni dan tenang. Semoga Ramadan ini memberi banyak keberkatan untuk kita semua.

Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:

Instagram: @sitiaisahmdibrahim

Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim

#blogmegashaklee

#shakleetriumph

#shakleethrive

#pengedarshakleesubangjaya

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?