7 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Anda Boleh Lakukan Setiap Hari

7 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Anda Boleh Lakukan Setiap Hari

Pada masa kini, kita sering mendengar tentang kepentingan mempunyai amalan gaya hidup sihat. Sama ada dari radio, televisyen, atau pun media sosial.

Apabila membincangkan tentang perkara ini, ada pelbagai jawapan daripada pihak masyarakat.

Ada yang berpendapat amalan gaya hidup sihat adalah perlu sentiasa menjaga pemakanan.

Ada pula menjawab kita haruslah sentiasa bersukan, bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.

Maka tidak hairanlah trend di Malaysia ini ada bermacam-macam diet pemakanan sihat diperkenalkan.

Kita juga boleh melihat semakin ramai mengunjungi gym, berjoging, berbasikal, hiking, dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kita juga perhatikan statistik masalah berat badan seperti overweight dan obesiti semakin meningkat dalam masyarakat.

Keadaan ini boleh mendorong risiko pelbagai penyakit seperti kardiovaskular (jantung) atau diabetes di awal usia. Ini juga menyebabkan badan mengalami proses penuaan yang lebih pantas.

Jadi, di sini Aisah akan kupas amalan gaya hidup sihat dengan lebih menyeluruh. Agar kita tidak dibebani dengan pelbagai masalah kesihatan.

Formulanya mudah saja, 7 S.

Amalan Gaya Hidup Sihat #1: Stress

Percaya atau tidak, stress sebenarnya adalah baik. Sebab stress boleh membuatkan tubuh badan kita bertindak untuk menghadapi sesuatu situasi.

Sebagai contoh, kita stress untuk hadapi temuduga, peperiksaan hatta bercakap di depan audiens.

Kita akan cuba untuk berusaha lebih kuat untuk lakukan persediaan. Dalam masa yang sama, mungkin kita juga bermotivasi untuk lakukan yang terbaik.

Walau bagaimanapun, ada situasi tertentu stress boleh beri kesan negatif.

Ini terjadi apabila badan kita mengalami stress yang berterusan saban hari. Tanpa ada ruang yang cukup untuk menenangkan, merehatkan dan memulihkan fizikal serta mental.

Ada kajian dijalankan mendapati individu yang mengalami stress berlebihan lebih mudah untuk jatuh sakit. Ini disebabkan stress yang berterusan boleh melemahkan sistem pertahanan badan.

Selain itu, stress juga boleh mengakibatkan permasalahan terhadap sistem pencernaan seseorang (gastrointestinal disorders).

Individu sebegini boleh mengalami pedih ulu hati, mual-mual, loya, cirit birit, sakit pada bahagian bawah abdomen, serta sembelit.

Di samping itu, individu yang stress juga cenderung untuk terlibat dalam aktiviti tidak menyihatkan. Antaranya merokok, pengambilan bahan terlarang serta ketagihan alkohol.

Maka, adalah penting pengurusan dan pengawalan stress sebagai faktor dalam amalan gaya hidup sihat.

Amalan Gaya Hidup Sihat #2: Sleep

tidur amalan gaya hidup sihat

Tidur merupakan suatu proses pemulihan bagi pelbagai sistem di dalam badan.

Antaranya, sistem pertahanan badan.

Penyelidik dari University of Tobingen, Jerman, mendapati tidur membantu sel pertahanan dalam badan, iaitu T cells, untuk berfungsi lebih baik.

Asasnya, apabila virus memasuki badan, sel T mengaktifkan integrins bagi membunuh mana-mana sel yang dijangkiti penyakit.

Individu yang mengalami kekurangan tidur mempunyai kadar pengaktifan sel T yang rendah berbanding dengan golongan yang tidur cukup.

Tidak hairanlah, kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang mudah dijangkiti sakit seperti batuk, demam dan selesema.

Selain dari itu, tidur yang cukup juga penting untuk kesihatan kulit.

Ketika tidur, aliran darah di sekitar kawasan kulit anda akan bertambah.

Jadi, kulit akan membina kembali penghasilan collagen dan memperbaiki sel-sel kulit rosak akibat pencemaran dan juga sinaran UV matahari.

Dan akhir sekali, kekurangan tidur juga boleh membahayakan keselamatan diri terutamanya ketika memandu.

Individu sebegini boleh mengalami situasi microsleep yang mengundang kemalangan jalan raya.

Amalan Gaya Hidup Sihat #3: Sport

senaman amalan gaya hidup sihat

Kita disarankan untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu.

Anda banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan.

Anda boleh lompat skipping di depan rumah. Atau juga berjalan cepat (brisk walk) serta berjogging di sekitar kejiranan anda.

Bersenam dapat meningkatkan kesihatan jantung serta kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis.

Selain itu, bersenam juga membantu badan merembeskan hormon endorphins.

Hormon ini membantu untuk mengurangkan stress dan juga memperbaiki mood anda menjadi lebih baik.

Oh ya, jika anda selalu mengalami masalah sukar untuk mendapatkan tidur cukup dan berkualiti, bersenam juga boleh menjadi solusinya.

Amalan Gaya Hidup Sihat #4: Screening

amalan gaya hidup sihat pemeriksaan kesihatan medical screening
Aisah buat medical screening bersama Dr Audrey

Ramai di kalangan masyarakat menentukan tahap kesihatan diri berdasarkan pemerhatian fizikal luaran sahaja.

Sebagai contoh, keadaan bentuk badan, atau tahap kekerapan pergi klinik akibat sakit dalam setahun.

Sedangkan ada penyakit tertentu yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar. Dan ia mungkin berada di dalam tubuh badan.

Maka sebab itu, salah satu amalan gaya hidup yang sihat penting adalah sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan (health screening). Sekurang-kurangnya setahun sekali.

Antaranya, pemeriksaan darah dan air kencing, tekanan darah, pemeriksaan jantung (ECG), pep smear, dan sebagainya.

Pemeriksaan sebegini membolehkan kita tahu status kesihatan dengan lebih tepat. Jika ada apa-apa risiko kesihatan (contoh: paras gula, kolestrol, dll), kita dapat mengambil langkah awal untuk mengawalnya.

Selain itu, pemeriksaan ini juga dapat mengesan penyakit dengan lebih awal. Dapatlah kita mendapatkan rawatan pantas untuk mengawalnya sebelum menjadi lebih teruk.

Amalan Gaya Hidup Sihat #5: Spiritual

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT SPIRITUAL KEROHANIAN

Amalan gaya hidup yang sihat yang menyeluruh bukan sekadar menfokuskan kepada aspek fizikal dan mental sahaja. Ia turut meliputi aspek kerohanian atau spiritual.

Memiliki kerohanian yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan seharian secara lebih tenang dan memdapat sudut pandang positif.

Ini dapat dicapai dengan amalan kerohanian seperti sembahyang, doa, bacaan kitab suci, puasa, zikir dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, kesihatan rohani juga menjadikan seseorang itu sentiasa bersyukur, bertawakal dan redha.

Maka tidak hairanlah, ada individu yang nampak tenang semasa keadaan gembira atau juga dilanda cabaran.

Dan kesannya kesihatan rohani ini juga menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal.

Amalan Gaya Hidup Sihat #6: Stomach

Anda pernah dengar tak ayat ini, “Perut adalah gudang kepada penyakit”.

Ini disebabkan perut kita sentiasa disuapkan dengan pelbagai jenis makanan dan minuman, beberapa kali setiap hari.

Maka sebab itu makanan dan minuman yang diambil boleh menentukan sama ada kita sihat atau sebaliknya.

Zaman ini ada pelbagai jenis bentuk makanan yang mungkin tidak begitu popular puluhan tahun dahulu. Dan makanan ini pula sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudarat.

Contohnya, makanan terproses (seperti sosej, burger, nugget, kentang goreng), makanan segera, makanan sejuk beku, minuman tinggi gula dan lain-lain.

Selain daripada itu, ada juga tabiat pemakanan buruk yang semakin dinormalisasikan. Sebagai contoh, eat all what you want, dan juga pemakanan cara buffet.

Tabiat begini sebenarnya membuatkan kita terbiasa untuk makan secara berlebihan dan menyumbang kepada kesan kesihatan.

Maka sebab itu prinsip pemakanan sihat yang sering diajar adalah makan hanya semasa lapar, dan berhenti sebelum kenyang.

Amalan Gaya Hidup Sihat #7: Supplement

Setiap hari kita menghadapi pelbagai elemen yang boleh mencetuskan keradangan (inflammation) di dalam badan. Dan kebanyakannya tidak dapat dielakkan.

Keradangan ini terjadi akibat gaya hidup seharian dan persekitaran kita seperti;

  • kesukaran mengawal dan menguruskan stress atau tekanan
  • diet pemakanan yang tidak sihat seperti makanan terproses, gula, pewarna serta perisa tambahan, dll
  • tidak mempunyai tidur yang cukup
  • merokok, atau mereka yang sering terdedah dengan asap rokok
  • sinaran ultraviolet di dalam cahaya matahari
  • pencemaran

Keradangan ini boleh meningkatkan risiko pelbagai kesan kesihatan terhadap sistem pertahanan badan, jantung, paras gula, tekanan darah, pencepatan proses penuaan dan lain-lain lagi.

Bagi mengurangkan risiko ini, kita boleh mengambil supplement yang mempunyai bahan anti-keradangan (anti-inflammatory).

Memetik laman web kesihatan Healthline, antara bahan-bahan anti keradangan yang anda boleh perhatikan pada supplement adalah seperti berikut;

  • Cucurmin
  • Minyak ikan
  • Resveratrol
  • Vitamin C
  • Ekstrak teh hijau
  • Bromelain
  • Spirulina
  • Garlic
  • Ginger

SUPPLEMENT ANTI-KERADANGAN (ANTI-INFLAMMATION) DARI SHAKLEE

Menerusi penyelidikan berterusan, syarikat nutrisi kesihatan terkemuka Amerika Syarikat, Shaklee menghasilkan beberapa supplement bersifat anti-keradangan.

1. Omega Guard

supplement kesihatan anti inflammation anti radang amalan gaya hidup sihat minyak ikan omega guard shaklee

Supplement minyak ikan yang didatangkan dalam bentuk gel kapsul.

Jadi, ia mudah ditelan tanpa bau dan rasa ikan yang terlalu kuat, berbanding minyak ikan berbentuk cecair.

2. Res-V

supplement kesihatan anti inflammation anti radang amalan gaya hidup sihat minyak ikan omega guard shaklee

Supplement berasaskan resveratrol yang didatangkan dalam bentuk gel kapsul yang mudah ditelan.

Resveratrolnya didapati daripada sumber buah yang paling tinggi kandungan polyphenolnya, anggur muscadine.

3. Vivix

Aisah ambil Vivix

Seperti Res-V, Vivix juga bersumberkan daripada resveratrol. Jika Res-V adalah dalam bentuk gel kapsul, Vivix pula adalah dalam bentuk sebatian cecair.

Jadi, sekiranya anda kurang menggemari menelan supplement resveratrol berbentul gel seperti Res-V, maka bolehlah memilih Vivix sebagai alternatifnya.

Anda juga boleh mendapat beberapa tips amalan gaya hidup sihat untuk entri seterusnya.

BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE HARI INI?

Jika anda sedang mencari minyak ikan, anda boleh mendapatkan OmegaGuard dari Shaklee hari ini.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Puchong dan Subang Jaya, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp Aisah secara terus;

www.wasap.my/60176477837/NakSihat

www.wasap.my/60176477837/NakSihat

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

2 thoughts on “7 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Anda Boleh Lakukan Setiap Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *