AKTIVITI NUHA

Nuha dah genap 5 bulan..semakin hari bile tgk perkembangan die mmg memuaskan..mama sayang nuha..mmuahhh…Hari hari nuha diberi pendedahan buku,perkenalkan huruf hijayiyah melalui video, flash card buatan sendiri je,ABC dan macam macam lagi demi merangsang perkembangan otak bayi seawal yang mungkin..Nuha telah diberi pendedahan semasa umur die dah mencecah hampir 3 bulan..Dan Alhamdulillah response yg sangat positive dan memberangsankan..Hari hari saye tak tggl mendengarkan ayat ayat suci al -Quran di kala die nak menidurkan diri ataupun di kala saye tgh sibuk berbuat sesuatu,..Memang die akan sangat peka mendengarkan lunak merdu bacaan Al Quran..

10 cara merangsang perkembangan otak anak yang optimal.

Sihat saat  kehamilan dan lingkungan merupakan faktor penting dalam mencerdaskan dan memaksimalkan fungsi otak bayi. Pada tahun-tahun pertama sistem perkembangan otak bayi berkembang sangat cepat. Tahun pertama juga merupakan  waktu yang paling penting dalam memaksimalisasi perkembangan otak bayi. Disamping itu perhatikan pula gangguan tumbuh kembang anak.
Pengaruh lingkungan mendominasi dalam perkembangan otak bayi, sebagai contoh dengan memberikan kasih sayang yang riil pada bayi akan meningkatkan perkembangan sirkuit otak bayi.
Lalu bagaimana cara memaksimalkan fungsi otak pada bayi anda agar berkembang dengan baik.
1. Cinta
Cinta dan perhatian merupakan kebutuhan riil pertama. Bayi Anda tidak pernah mengatur atau memanipulasi Anda. Dia sangat perlukan cinta mesra Anda. Cinta Anda yang tidak terbatas memperkuatkan lagi penghargaan diri dan meningkatkan perkembangan  otak bayi Anda.
2. Bicaralah pada bayi Anda sesering, selembut mungkin dengan kazanah kata sebanyak mungkin, serta berbagai ekspresi. Suara Anda adalah suara kesukaan bayi Anda, sebab dia sudah mulai mendengarnya sejak berada di dalam  kandungan lagi.
3.  Jawab permintaan bayi Anda (misalnya cuba memahami tangisan bayi Anda) tanpa ragu-ragu.Hal ini akan mengajarkan pada bayi Anda untuk berani berkomunikasi dengan orang lain, dan menstabilkan emosi dan kepercayaan yang tinggi untuk dia.
4. Sentuh bayi Anda. Para ahli menemukan bahwa bayi pramatang yang sentiasa dibelai  dengan kasih sayang akan tumbuh dengan lebih cepat dan akan segera diperbolehkan  pulang dari pusat perubatan daripada yang tidak dibelai.
5.Ekspresi yang positif. Bayi Anda akan hafal dan paham betul  dengan suara, ekspresi wajah, dan gerak Anda. Maka buatlah dia kenal ekspresi dan suara yang positif.
6. Biarkan bayi Anda mengalami lingkungan yang berbeza; ajak jalan-jalan, tunjukkan hal-hal yang menarik di sekitar lingkungan Anda.
7.Biarkan Bayi Anda mengenali berbagai tekstur dan suhu(tentu jangan terlalu dingin, panas, atau keras). Sediakan lingkungan yang aman bagi eksplorasi bayi.
8.Bacakan buku-buku.Walaupun bayi Anda belum bisa mengikuti atau membaca, namun gambar-gambar dan suara Anda baik buat dia.
9.Mainkan video berbentuk pendidikan atau biarkan bayi Anda mendengarkan musik seperti bacaan Al Quran,huruf hijaiyah misalnya. Penelitian membuktikan bahwa ia dapat merangsang perkembangan neuron-neuron otak bayi.
10. Jangan sesekali berkasar dengan bayi atau  cube mengeluarkan perkataan yg negatif ,ingatlah bahawa dia akan membentuk peribadi yang negatif dan menyumbangkan gejala gejala negatif akan datang.

Oleh kerana perkembangan otak bayi berkembang dengan aktif dan bayi pula sentiasa berada bersama ibubapa pada peringkat awal, maka tidak hairanlah ibubapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan mereka. Sentuhan, pendengaran dan semua benda yang dilihat dan dihidu oleh bayi membantu pembentukan jalinan sel-sel otak. Sebab itulah ibubapa digalakkan meransang kesemua deria bayi dengan penuh kasihsayang untuk memastikan otak berkembang dengan sempurna. Perkembangan otak akan terhenti sekiranya ransangan tidak diberikan secara berterusan. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ransangan yang sempurna biasanya mempunyai otak yang kecil berbanding dengan kanak- kanak yang mendapat ransangan dan didedahkan kepada pelbagai pengalaman. Para doktor mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan di persekitaran yang kurang ransangan, otak mereka lebih menyerupai otak pesakit “Alzheimer’s”. Binatang-binatang yang dipelihara di zoo memunyai otak 20% – 30% lebih kecil daripada binatang-binatang liar yang hidup di hutan.

Satu kajian yang telah dibuat ke atas 1000 orang kanak-kanak yang terbiar tanpa ransangan, sentuhan, kasihsayang dan pengalaman yang sedikit dengan alat-alat permainan (toys). Kajian tersebut mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai otak 20% – 30% lebih kecil dari kanak-kanak yang sebaya mereka yang mendapat ransangan sempurna. Separuh daripada kanak-kanak tersebut di dapati bahagian otak yang tidak mendapat ransangan telah hilang begitu saja.

Satu lagi kajian mendapati, kanak-kanak yang mengalami trauma seperti di dera dan melihat pembunuhan yang ngeri, mengalami kesan fizikal dan emosi yang berterusan walaupun kejadian itu telah lama berlalu. Kanak-kanak yang trauma ini mempunyai debaran jantung yang kuat, kadar hormon “stress” yang tinggi dalam darah dan mengalami gangguan tidur. Semua ini adalah disebabkan pengalaman ngeri yang mereka alami yang kekal tersimpan di dalam otak mereka. Sekiranya trauma ini tidak ditangani dengan baik, kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah emosi, tingkah laku dan pembelajaran. 

Bayi dan kanak-kanak akan mempelajari sesuatu melalui interaksi dengan persekitaran. Bayi menangis ketika lapar dan tidak selesa, Apakah tangisan itu mendapat perhatian atau sebaliknya? Sekiranya ibubapa memberi respon yang positif terhadap tangisan dan memenuhi keperluannya, bayi itu akan merasa selamat (secure) dan memfokuskan perhatian untuk meneroka persekitarannya. Ini akan membantu perkembangan otak bayi tersebut. Sebaliknya, kalau tangisan dan keperluannya tidak mendapat perhatian dan tidak dihiraukan ataupun mendapat perhatian secara negatif (seperti herdikan atau tengkingan), bayi tersebut akan merasa tidak selamat dan memfokuskan seluruh perhatiannya untuk memastikan keperluannya dipenuhi. Ini akan menyebabkan bayi tersebut akan hilang tumpuan dan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan persekitaran (manusia dan objek). Lama kelamaan, sekiranya keadaan ini berterusan perkembangan otak akan terbantut.

Mungkin kita tertanya-tanya, apakah pengaruh genetic terhadap perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak? Faktor baka atau genetic memang memainkan peranan dalam menentukan kepintaran dan kecerdasan seseorang kanak-kanak, Namun begitu, keadaan keliling tempat seseorang itu membesar sesungguhnya menjadi faktor penentu untuk menentukan sejauh mana bakat dan kepintaran yang diwarisi itu akan meningkat dan berkembang. Dengan lain perkataan, kedua-dua faktor ini saling kait-mengait dan bantu- membantu

saye cube kongsikan di sini demi menjaga pertumbuhan mental dan kognitif kanak kanak dan saye masih lagi cube berusaha ke arah itu.My Princess Nuha;
Inilah video kesukaan Nuha..Hari hari mesti dengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *