MAMA DI SANA SINI
Sebagai seorg wanita yang berkerjaya memang kite akan sibuk dengan dunia pekerjaan..Macam mama ni hurm kena la sibuk dgn student mama.Bukan senang nak menjadi profession macam mama ni.Ye lah bukan saje kite ni nak perhatikan pelatih,tapi kite juga kena pastikan keselamatan pesakit ketika pelatih membuat latihan klinikal.Di samping tu mama kena la buat perbincangan ataupun kelas dalam latihan..Kalo nak dikatakan dah boleh jd seorang pensyarah gitu.Nampak ringan tapi sebenarnya tanggung jawab yang diberikan amatlah besar sebab mama adalah sebagai icon di mata student mama bakal melahirkan jururawat yang berkaliber dan berpengetahuan supaya satu hari nanti mereka akan menjadi seperti mama..hehehe..
Si buk kerja pun tapi tak pernah lupe akan tanggungjwb mama sbg seorg ibu ni.Inilah aktiviti mama setiap hari dan disinila mama akan berehat..Maklumlah mama ni takde office.
Breast feeding Room Ward 2 Hospital Labuan |
View bahagian dalam bilik ala ala office mama yang penuh dgn pengetahuan berkaitan dengan penyusuan.Lagi membakar semangat mama untuk teruskan perjuangan. |
Dan di atas adalah bekalan mama setiap hari bekerja:
1. Botol air berisi 1.5 liter cukup tuk cover sepanjang shift (7am-2pm / 2pm-9pm )
2. Beg yang berisi segala dokumen berkaitan dgn hal pelajar dan buku berkenaan serta hal peribadi
3. Cooler bag yg berisi ice pack autumz x3 packs dan alat alat mengempam seperti botol susu
4. Beg menyusu yang berisi spectra 3 pump dan plastic storage ebm,poncho beserta marker.
Tarrrrrrraaaaaaaaaaaaaaa: Magic kan..hehehe dalam yang tersembunyi dgn pump spectra 3 peneman hidup dikala berjauhan dgn nuha…
Kalau mama bekerja sesi perahan mama ade due jadual;
a) 7am -2pm b) 2pm -9pm
i) 8am i) 3pm
ii) 11am ii) 6pm
iii) 1pm iii) 8pm
Hehe kena buat mcm tu sebab mama kena kerja shift..huhuhu…Alhamdulillah dan hasilnye lihat la:
Hasil tuaian mama… |