Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Kenapa susu sedikit semasa berpantang???

Susu Sedikit Semasa Berpantang

Susu sedikit semasa berpantang? Ramai ibu yang risau kerana tidak mempunyai susu yang banyak semasa dalam tempoh berpantang. Bila pam nak dapat 2 oz pun susah.Jadi  ibu tersebut menyangka bahawa susu mereka tidak cukup untuk mengenyangkan bayi lalu susu formula menjadi pilihan. Ibu-ibu perlu tahu bahawa yang pada beberapa hari pertama selepas melahirkan, payudara menghasilkan kolostrum iaitu titisan emas yang penuh khasiat untuk bayi. Kolostrum berwarna kekuningan dan kaya dengan nutrisi. Ia kaya dengan antibody untuk melindungi bayi anda.

Mengapa sepanjang tempoh berpantang susu anda tak banyak? Jawapannya:

[✔] Saiz perut bayi adalah sangat kecil semasa baru dilahirkan. Anda boleh lihat betapa kecilnya saiz perut mereka seperti didalam gambar di bawah.


[✔] Jadi normal untuk payudara menghasilkan susu yang sedikit memandangkan bayi tidak memerlukan susu yang banyak. Penghasilan susu ibu adalah berdasarkan konsep supply & demand.


[✔] Adalah sangat normal untuk anak kerap menyusu semasa pantang. Lebih -lebih lagi kalau baby boy. Bayi anda mungkin menyusu setiap setengah jam.

[✔] Anda mungkin menyangka bahawa susu anda tidak mengenyangkan bayi anda. sebenarnya tidak. Bayi kerap menyusu kerana susu kita sangat mudah hadam. Bila susu mudah hadam, anak cepat kenyang, dan akan cepat lapar semula

[✔] Sekiranya anak anda tetap menangis selepas menyusu, itu tidak bermakna bayi anda masih lapar. Mungkin bayi anda menangis kerana hendak dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu sejuk/panas.


Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam di samping amalan pemakanan yang baik. Oleh itu, breastfeeding set Shaklee sangat membantu.

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?