Mitos Penyusuan sering menjadi isu para ibu Menyusu??

Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Macam-macam mitos  yang kita dengar tentang penyusuan susu ibu. Payudara layut, anak kurus, anak tak kenyang, anak tak cukup khasiat, dan macam-macam lagi. Kepercayaan pada mitos merupakan salah satu halangan bagi ibu yang menyusu. Motos ini sebenarnya wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi & diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kita pun menerima mitos ni tanpa usul periksa.  Berikut adalah beberapa mitos yang sering kita dengar tentang penyusuan susu ibu:


[✔] Air susu ibu pada hari pertama perlu dibuang.

Susu yang keluar pada hari pertama disebut kolostrum yang mengandungi kadar protein dan antibodi yang tinggi. Ianya berwarna kuning & pekat. Orang-orang tua selalu mengatakan bahawa susu tersebut perlu dibuang kerana ianya sudah basi. JANGAN!!!!! sayang kalau cecair emas itu dibuang kerana kolostrum kaya dengan antibodi.

[✔] Susu ibu sedikit semasa berpantang, jadi anak tidak kenyang. Perlu ditambah susu formula.

Semasa tempoh berpantang payudara akan menghasilkan susu yang sedikit kerana bayi hanya perlukan jumlah susu yang sedikit untuk perutnya yang cuma sebesar guli. Jadi, tiada isu bayi kekurangan susu. Kalau bayi anda masih menangis selepas disusukan, itu mungkin kerana bayi anda ingin dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu panas/ sejuk. Anda boleh baca blog entry saya yang ini untuk mengetahui tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang (sila klik).

[✔] Sekiranya anda berjauhan dengan bayi & lama tidak mengosongkan payudara, susu yang lama didalam payudara harus dibuang kerana telah basi.

Selama susu ibu berada dalam payudara ibu tidak ada istilah susu ibu yang basi. Cairan susu ibu sama keadaannya seperti darah yang mengandungi mikroorganisma hidup. susu tidak akan sesekali basi semasa berada didalam payudara ibu. Ia sentiasa segar.

[✔] Banyak berehat boleh membanyakkan susu ibu

Tidak dinafikan susu akan bertambah banyak sekiranya ibu mendpat rehat yang mencukupi tapi itu tidak bermakna ibu yang aktif akan menghasilkan susu yang sedikit. Penghasilan susu ibu akan meningkat jika payudara kerap dikosongkan atau makan milk booster seperti set breastfeeding shaklee. Semuanya bergantung kepada konsep supply & demand.


[✔]  Susu ibu yang pekat lebih berkhasiat daripada susu ibu yang cair

Susu ibu yang cair, keruh dan kuning tidak bermaksud kualitinya tidak bagus. Apa sahaja yang dimakan oleh ibu mempengaruhi warna susu ibu. Warna susu akan sedikit keruh jika si ibu mengambil banyak protein seperti EPS (sila klik) dan alfalfa (sila klik). Anda boleh membaca testimoni bagaimana pengambilan supplement dapat membantu penyusuan susu ibu di sini (sila klik).

[✔]  Susu ibu menyebabkan bayi obes

Biasanya bayi bersaiz besar terutama pada 6 bulan pertama jika bayi mendapat susu yang mencukupi jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula. Ia tidak bermaksud bayi itu mengalami kegemukan atau obesiti. Tiada istilah obesiti bagi bayi yang menyusu badan secara ekslusif.

[✔]  Susukan bayi dengan kedua-dua payudara secara bergilir-gilir setiap 15 minit

Biarkan bayi yang menentukan berapa lama dia ingin menyusu dan bukannya mengikut aturan waktu yang dipetapkan oleh ibu. Percaya kepada naluri keibuan anda. Bayi itu lebih tahu akan keperluannya dan akan berhenti menyusu bila dia sudah berasa kenyang. Batasan masa menyusu akan mengganggu bekalan nutrisi sekali gus mengganggu pertumbuhan bayi anda.

[✔]  Susu ibu boleh menyebabkan bayi mengalami penyakit kulit

Memang ada satu penyakit kulit yang dipanggil milk dermatitis atau ruam susu. Ia biasanya menyerang daerah pipi bayi. Namun penyebabnya bukan susu ibu atau hasil interaksi kulit dengan cairan susu.Ianya disebabkan oleh kelainan pada kulit bayi. Kelainan kulit ini atau bahasa mudahnya kulit sensitif adalah disebabkan oleh genetik seperti  keluarga yang memiliki sejarah ekzema dan alahan di hidung yang tanda-tandanya ialah sering bersin. 

[✔]   Bayi cirit-birit perlu diberikan teh atau air


Salah sama sekali! Bayi yang cirit-birit tidak memerlukan cairan tambahan seperti air gula dan teh kerana air susu ibu mengandungi 90 % air. Sekiranya bayi anda cirit-birit, tingkatkan kadar penyusuan. Ianya mampu mengelakkan bayi anda daripada mengalami dehydration.


[✔]   Apabila anda berhenti menyusukan anak, anak tidak akan boleh menyusukan kembali.

Ini juga salah. Anda boleh menyusukan anak semula (relactation) sekiranya anda mengambil ubat hormon & mengamalkan prinsip asas penyusuan seperti yang saya nyatakan didalam blog entry ini (sila klik di sini) . Pengambilan milk booster seperti breastfeeding set Shaklee (sila klik) juga sangat membantu anak. Prinsip yang sama boleh diguna pakai sekiranya anda mengambil anak angkat & ingin menyusukan.


Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam di samping amalan pemakanan yang baik. Oleh itu, vitamin Shaklee sangat membantu.

Kredit: Cik Puan Nurul

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *