Rahsia Kurus Tapi Otot Tetap Tegap & Bertenaga!

Rahsia Kurus Tapi Otot Tetap Tegap & Bertenaga!

Ramai orang semangat nak kurus, tapi sedar tak… bila diet terlalu ketat, lemak hilang sekali dengan otot pun lesap!
Hasilnya? Berat mungkin turun, tapi badan jadi lembik, lesu dan tak bermaya.

Padahal, otot sangat penting dalam proses penurunan berat badan. Ia bukan sekadar buat badan nampak “fit” dan tegap, tapi juga membantu tingkatkan metabolisme, membakar kalori walaupun ketika kita sedang berehat.

Bayangkan bila otot berkurang kadar metabolisme menurun, tenaga pun makin kurang, dan akhirnya berat badan mudah naik semula.

KENAPA OTOT BOLEH HILANG SEMASA DIET?

  1. Kalori terlalu rendah
    Ramai sangka makin sedikit makan, makin cepat kurus. Tapi hakikatnya, bila kalori terlalu rendah, badan akan “panik” dan mula guna otot sebagai sumber tenaga. Lama-lama, jisim otot menyusut dan tenaga pun berkurang.
  2. Kurang protein dalam diet
    Protein ialah bahan asas pembentukan otot. Bila badan tak cukup protein, otot jadi sukar nak kekal kuat dan sihat.
    Jadi walaupun berat turun, bentuk badan nampak “flabby” sebab otot makin mengecut.
  3. Tiada senaman kekuatan (resistance training)
    Ramai fokus hanya pada kardio semasa diet, seperti jogging atau zumba. Tapi tanpa senaman rintangan seperti angkat berat atau latihan beban badan sendiri, otot tak dirangsang untuk kekal aktif menyebabkan ia hilang dengan cepat.

CARA ELAK KEHILANGAN OTOT SEMASA DIET

1. Pastikan cukup protein setiap hari

Otot perlukan protein untuk kekal kukuh. Ambil makanan tinggi protein seperti ayam tanpa kulit, ikan, telur, tempe, tauhu atau susu rendah lemak.
Nak lebih mudah dan cepat, ESP Soy Protein Shaklee dan Life Cinch Shake boleh jadi pilihan bijak.

Esp Protein bantu kenyang dan tenaga

Diformulasi daripada protein soya bukan GMO, ESP bantu:

  • Menyokong pembinaan dan pemulihan otot,
  • Memberi tenaga berpanjangan,
  • Dan bantu rasa kenyang lebih lama supaya tak mudah “craving” manisan.

2. Elak diet ekstrem

Turun berat secara perlahan (0.5–1kg seminggu) jauh lebih selamat dan berkesan.
Diet ekstrem hanya buat badan “terkejut”, otot menyusut, dan berat cepat naik semula bila makan normal.

Kunci utama ialah defisit kalori sederhana, bukan berlapar.

Menurut artikel e-central, Aisah kongsikan cara mengira diet defisit kalori yang boleh kita amalkan setiap hari.

Cara Kira Kalori Defisit

 Kira Basic Metabolic Rate/ Penggunaan Kalori Harian (BMR)

Basic Metabolic Rate (BMR) ialah jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dalam keadaan rehat mengikut tinggi, berat dan umur (tanpa aktiviti fizikal)

Formula Pengiraan BMR ini berbeza bagi lelaki dan wanita. Cara kira BMR adalah seperti berikut :

  • Formula Kiraan BMR untuk Lelaki :
    • 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) – (6.8 x umur)
  • Formula Kiraan BMR untuk Perempuan :
    • 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) – (4.7 x umur)

Contoh :
Azman (Lelaki)
Berat : 84kg
Tinggi : 169
Umur : 24 tahun
Kiraan :
66 + (13.7 x 84kg) + (5 x 169cm)-(6.8 x 24thn)
= 66 + (1150.8) + (845) – (163.2)
=1898.6

Jadi, jumlah kalori minimun yang diperlukan oleh Azman adalah 1898.6.

Catat Kalori Selama 10 Hari

Anda juga boleh buat catatan kalori dan berat badan selama 10 hari sambil melakukan tahap aktiviti yang sama.

Anda boleh gunakan aplikasi untuk rekod pengambilan kalori dan gunakan penimbang untuk timbang berat badan setiap hari.

Di samping itu, anda juga perlu ambil maklum bahawa berat badan anda mungkin berbeza setiap hari disebabkan pengambilan air.

Bahagikan jumlah kalori yang anda ambil selama 10 hari kepada 10 untuk dapatkan purata pengambilan kalori harian.

Kemudian, tolakkan jumlah tersebut dengan 500 kalori untuk kenalpasti sasaran pengambilan kalori baharu mengikut kaedah kalori defisit.

Sebagai contoh, sekiranya purata yang didapati adalah 2,000 kalori sehari, jumlah pengambilan kalori harian baharu anda adalah 500 kalori.

3. Lakukan senaman rintangan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Contoh mudah: latihan beban ringan, resistance band, atau bodyweight training (push-up, squat, plank).
Senaman jenis ini bantu “aktifkan” otot, tingkatkan metabolisme, dan jadikan badan lebih firm dan kuat.

4. Sokong metabolisme dengan nutrisi betul

Omega Guard Shaklee kaya dengan asid lemak Omega-3 yang bantu kurangkan lemak visceral (lemak jahat di perut) tanpa mengganggu jisim otot.


Ia juga menyokong kesihatan jantung dan sendi, penting untuk mereka yang aktif bersenam.

Performance Drink Shaklee pula bantu kekalkan hidrasi dan tenaga semasa bersenam.


Minuman elektrolit tanpa gas & tanpa gula tambahan ini memastikan tubuh tidak cepat letih, sekali gus elak kehilangan otot akibat dehidrasi.

KURUS BIAR BIJAK BUKAN SEKADAR CEPAT

Nak kurus bukan semata-mata turunkan berat badan, tapi membentuk semula tubuh jadi lebih sihat, kuat dan bertenaga.
Bila otot dijaga dengan betul, metabolisme kekal tinggi dan lemak lebih mudah dibakar.

Dengan gaya pemakanan sihat, senaman yang konsisten dan sokongan nutrisi seperti ESP, Omega Guard dan Performance Drink Shaklee, anda bukan saja kurus tapi tampil lebih sihat, yakin dan bertenaga sepanjang hari!

Di sini Aisah kongsikan juga artikel yang saya tulias berkaitan —-> Cara Untuk Kurus Lebih Cepat.

MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?

Jika anda yang mementingkan penampilannya dan nak kurus dengan cepat, anda boleh ambil vitamin di atas. Terbukti, selamat dan berkesan.

Caranya adalah dengan hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus. 

www.wasap.my/60176477837/SayaNakSlim

www.wasap.my/60176477837/SayaNakSlim

Siti Aisah Mohd Ibrahim Pengedar Shaklee Subang Jaya

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

Nak tips lebih lagi untuk sesiapa sahaja berazam nak kurus cepat boleh baca entry seterusnya. Klik link tips cepat kurus ini.

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive

#pengedarshakleeusjsubangjaya

#NextlevelBlogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *