Anak Kerap Mengantuk, Penat, Hilang Fokus Boleh Buat Cara Ini


“Mak, adik selalu tertidur bila subjek Bahasa Melayu ni.”
“Ibu, adik penat tak larat nak pergi sekolah agama petang.”
Ini adalah contoh beberapa keluhan yang mungkin ibu-ibu sering dapat daripada anak-anak bersekolah. Lagi-lagi apabila anak-anak bersekolah dua sesi.
Mungkin ada ibu-ibu juga menerima komen daripada cikgu-cikgu yang anak selalu terlelap di dalam kelas atau juga semasa program dan aktiviti dijalankan.
Macam mana Aisah tahu? Sebab Aisah sendiri pun ada anak yang belajar di sekolah dua sesi. Dan nak paling hebat lagi ada anak yang bersekolah di asrama.

KENAPA ANAK KITA SELALU MENGADU PENAT DI SEKOLAH?
Tak dinafikan, anak-anak kita yang bergelut dengan rasa penat, letih, lesu sehingga membawa kepada terlalu mengantuk ini boleh memberi kesan sampingan.
Antaranya, mereka menjadi kurang fokus terhadap waktu pembelajaran. Tertidur semasa di dalam kelas. Dan pastinya sentiasa kena tegur dengan cikgu-cikgu dan juga rakan-rakan.
Selain itu, situasi ini juga boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh mereka. Dan ini membuatkan mereka mudah untuk jatuh sakit, seperti demam, selesema, dan sebagainya.
Berikut antara sebab yang biasanya membuatkan anak-anak yang bersekolah rasa penat dan lesu.
Faktor Penat #1: Kurang Tidur
Ini terjadi jika kita tidak melatih anak-anak ini untuk tidur lebih awal. Aisah biasanya akan memastikan anak saya masuk tidur seawal jam 9 pagi untuk mengelak dari mengantuk.
Tetapi berbeza pula bagi anak-anak yang duduk di asrama. Untuk mendapat 8 jam tidur di asrama, terutamanya pada hari persekolahan adalah agak susah. Maka, tak hairanlah ada di kalangan anda mungkin merengek letih-letih.
Ini kerana kebiasaanya waktu mereka masuk tidur (atau dalam bahasa asramanya, light off) agak lewat iaitu sekitar 10.30-11.30 malam, bergantung kepada peraturan tiap sekolah.
Dan selepas light-off pun belum tentu mereka akan melelapkan mata. Ada yang masih aktif berborak (suatu perkara kebiasaan bila dah duduk ramai-ramai). Ataupun menyiapkan tugasan yang tertangguh dan belajar.
Selain itu, mereka juga perlu untuk bangun awal, sekitar 4.30 -5.30 pagi juga (bergantung kepada tiap sekolah) untuk bersiap memulakan jadual harian.
Dan ada juga yang memilih untuk bangun lebih awal untuk elakkan situasi berebut bilik air dan menunggu lama-lama giliran.
Faktor Penat #2: Gangguan Emosi

Kehidupan di asrama bukanlah mudah, terutamanya di dalam menguruskan emosi. Ini membuatkan sesetengah anak anda mengalami emotionally drained sehingga mereka cepat letih dan tak ada tenaga..
Ada anak-anak yang mengambil masa yang singkat untuk menyesuaikan keadaan diri di asrama.
Tetapi ada juga yang memakan masa berbulan-bulan. Dan jangan hairan, ada juga yang dah habis setahun di asrama pun masih bergelut.
Sebabnya mereka dibebani dengan perasaan ‘homesick‘, atau juga kegelisahan akibat berjauhan dengan keluarga.
Perkara-perkara sebegini yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak. Jika ia menjadi berlebihan dan berpanjangan, ia membuatkan peningkatan kortisol dan adrenalin.
Tambahan pula, selalunya mereka yang ada masalah sebegini juga mengalami gangguan tidur. Asyik berjaga di tengah malam atau sukar untuk melelapkan mata.
Ini menambahkan lagi kepenatan anak-anak yang mengalaminya.
Faktor Penat #3: Sibuk Dengan Aktiviti Harian

Bagi sesetengah asrama, jadual mereka agak padat.
Jika di sekolah berasaskan tahfiz, mereka ada sesi hafalan sebelum masuk waktu Subuh lagi. Dan ada juga sekolah yang menyediakan aktiviti kerohanian sebelum Subuh kepada pelajarnya.
Selepas waktu persekolahan biasa, mereka ada prep, kelas tambahan, masuk ke studio seni (kebiasaan bagi sekolah seni) atau aktiviti kokurikulum.
Ada sekolah yang mewajibkan pelajarnya beriadah, membuat aktiviti fizikal atau juga latihan-latihan persediaan mewakili sekolah ke pertandingan.
Di malamnya pula bersambung sesi prep atau kelas tambahan.
Jadi, mana-mana anak-anak yang masih belum terbiasa dengan jadual sebegini, mereka akan rasa cepat penat.
Dan, bukan itu saja. Ada juga sekolah berasrama ni terlalu besar kawasannya.
Pelajar-pelajar perlu berjalan kaki jauh dari blok asrama ke blok sekolah, atau juga nak ke padang dan gelanggang sukan.
Jika anak kurang stamina, itu yang ada merungut mereka cepat penat, letih dan lesu.
Bagi anak kecil saya pula sejenis aktif bersukan. Ada sehari itu jadual pack sampai petang. Sekolah dua sesi. Balik dari sekolah agam sambung latihan bola sepak sampai jam 630 petang.
Ini belum lagi jika kami masukkan rugby. Lagi penuh jadual dia.
SUPPLEMENT ATAU MAKANAN TAMBAHAN UNTUK ANAK BERSEKOLAH

Untuk anak Aisah yang berada di asrama, Aisah memang sentiasa bekalkannya dengan beberapa suplemen atau makanan tambahan.
Ini untuk membantu menambahkan tenaganya untuk melalui kehidupan seharian di asrama.
Antara suplemen dan makanan tambahan untuk anak di asrama yang Aisah berikan adalah seperti berikut dan sebab di sebaliknya,
1. Vitamin B Complex

Pertama, Aisah minta anak ambil vitamin B Complex Shaklee. Selalunya, dia ambil pada waktu pagi sebelum ke sekolah.
Selain tu, vitamin B juga membantu untuk pembentukan sel-sel darah merah baru. Sel darah merah ni sangat penting tau dalam sistem badan kita. Ini kerana sel ini yang membawa oksigen ke tisu sel di seluruh badan kita.
Kemudian tisu-tisu kita ini akan menukarkan oksigen tu kepada tenaga.
Sekiranya, anak anda tak boleh telan B Complex, mereka boleh ambil multivitamin Vita-Lea Shaklee sebagai alternatif. Sebab dalam tu pun ada vitamin B juga.
2. Minyak Ikan OmegaGuard

Minyak ikan pun antara suplemen yang Aisah minta anak makan setiap hari di asrama. Termasuk anak saya lelaki tu. Yang bersekolah rendah.
Saya wajibkan dia makan Omega untuk tingkatkan daya fokus mereka dan seterusnya membantu meningkatkan daya ingatan mereka.
Kebiasaannya, ramai orang mengsinonimkan minyak ikan ini bagus untuk minda atau memori. Kiranya, nak bagi anak jadi lebih cekap dalam pelajaran.
Ya, itu memang betul. Dalam masa sama, minyak ikan juga bagus untuk anak-anak yang mungkin mudah terganggu emosinya.
3. Minuman ESP

ESP ni adalah singkatan kepada Energized Soy Protein.
Jadi, seperti namanya, minuman ini untuk membantu untuk menambahkan tenaga kepada anak saya.
Pagi-pagi saya minta dia bancuh dengan air suam sahaja sebagai salah satu menu sarapannya (di samping dia makan menu sarapan dewan makan).
Kalau terlepas waktu pagi, dia boleh ambil semasa waktu tengah hari atau makan petang.
Dan satu lagi kebaikan ESP ni adalah membantu untuk anak saya elakkan gastrik. Sebab salah satu punca gastrik ni berlaku adalah disebabkan stres atau bahasa orang yang selalu guna sekarang, jiwa kacau.
Selain itu juga, dia membantu untuk kulit muka anak saya jadi lebih sihat, terutamanya bila alam remaja ni. Yalah, masa ini berlakunya perubahan hormon yang jadikan ramai anak remaja kita jadi berjerawat.
KESAN MENGAMALKAN VITAMIN MINYAK IKAN BANTU KEJAYAAN MEREKA.




NAK BANTUAN SUPAYA ANAK KURANG PENAT?
Jika anda perlukan bantuan untuk mengatasi masalah kerap letih lesu sehingga mengganggu urusan seharian anda, hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/VitaminAnakAsrama
www.wasap.my/60176477837/VitaminAnakAsrama
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
