Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

9 Sebab Kenapa ‘Community’ Bisnes Shaklee Sangat ‘Best’

9 Sebab Kenapa ‘Community’ Bisnes Shaklee Sangat ‘Best’

Sejak tahun lepas di awal November 2022, kami bergabung mewujudkan gandingan usahasama secara berjemaah untuk memperjuangkan gelombang Shaklee yang sangat padu. Ia bermula wujudnya ‘community’ Mastermind Group sehinggalah sekarang.

Antara 9 point kenapa community bisnes Shaklee kami sangat best?

1.Mewujudkan ukhwah.

Melalui community yang telah kami wujudkan sekarang sekaligus dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang sangat erat tanpa batas. Tanpa mengenal dari kumpulan berbeza dan kami menganggap kami semua adalah keluarga Shaklee yang terbesar yang masa sedang memperjuang misi dan visi yang sama.

community bisnes shaklee best

2. Bertukar-tukar idea.

Melalui community bisnes Shaklee kami inilah juga sekaligus dapat bertukar-tukar pendapat, bukan hanya pada kumpulan sendiri malah kumpulan besar daripada keluarga Shaklee kami seluruh Malaysia.

3. Dapat menimba dan berkongsi ilmu.

Melalui community bisnes Shaklee kami ini juga kami dapat menimba ilmu untuk ‘improvekan’ diri kita sebagai seorang usahawan Shaklee yang berjaya dalam membina sebuah empayar yang besar dan kukuh tanpa mengira perbezaan kumpulan. Inilah yang dikatakan bisnes yang sangat harmoni malah mendapat ganjaran di akhirat kelak.3

bisnes shaklee best

4. Pengisian kerohanian.

Ini serius, saya antara yang paling suka dalam memperbaiki diri saya melalui dalaman. Tak sempat untuk diri kita slow momentum. Malah bila duduk di dalam community bisnes Shaklee kami sangat memberikan pengisian yang kuat secara rohani.

Ada saja pengisian ilmu agama yang dikongsikan dan diterapkan kepada kami untuk membantu kami lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. Balik kepada fitrah. Dan kena faham analogi ini, yang mana apa pun yang terjadi segalanya daripada Allah.

5. Dapat kelas khas daripada doktor.

Haa yang ini saya rasa susah juga untuk kita dapat jika tanpa gandingan bersama. Saya sangat rasa bersyukur dan berterima kasih kepada sahabat kami Master Salwa Zeyn yang sentiasa memberikan peluang kepada kami untuk belajar bersama para doktor terutamanya ilmu berkaitan kesihatan wellness ini.

Kita bukanlah untuk menjadi sebagai seorang pakar nutrisi tetapi tidak salah untuk kita perbaiki skil pengetahuan kita didalam bidang kesihatan secara asasnya dan seterusnya ia dapat membantu diri kita dari segi konsultasi terutamanya apabila berdepan dengan pelanggan kita.

6. Travel bersama-sama.

Bila kita berkumpul dalam sebuah ‘community’ Shaklee yang besar, bila kita dapat travel bersama Shaklee khasnya, kita akan jauh lebih gembira. Sebab dapat lebih berkenalan secara rapat bersama ‘circle’ kita dan mestilah kita akan lebih sayangkan perniagaan kita dan menyebabkan kita komited untuk teruskan perjuangan ini.

7. ‘Support’ sistem yang kuat.

Walaupun kita pada mulanya tak kenal antara satu sama lain tetapi bila duduk dalam sebuah community bisnes Shaklee yang besar ini secara tak langsung kita akan memberikan semangat antara satu sama lain.

Contoh seperti dalam projek blogmegashaklee 1.0 dan 2.0 yang sedang berlangsung ini, bila kita melihat semangat sahabat kita menulis, membuatkan kita akan terus bersemangat dan lagi berkobar-kobar nak menulis. Tiada istilah kita lemau dan tiada semangat.

8. Dapat meluaskan ‘networking’ yang lebih besar.

Apabila kita bergabung, seterusnya ia dapat meluaskan jaringan networking kita bukan hanya pada kumpulan sendiri malah kumpulan yang lebih besar. Apa yang kita dapat, ye lah networking ni hanya antara bisnes Shaklee saja kot?

Ya betul mungkin dari segi bisnes kita mungkin tidak dapat dari segi sales sebab berbeza kumpulan dan sebagainya . Tetapi kita akan dapat meluaskan jihad kita dengan mudah menuju ke jalan Allah. Betulkan?

Nak buat pahala ini sangat mudah. Biar diri kita tidak dikenali di dunia tetapi diri kita mendapat ganjaran di akhirat yang sangat besar. InshaAllah. Dan segala kebaikan yang kita buat, pasti Allah balas dengan kebaikan yang lebih hebat dan luar biasa.

9. Dapat melatih sahsiah peribadi untuk lebih sabar dan bertolak ansur

Bila berganding bahu bersama-sama dalam menjayakan sesebuah projek, apa yang saya perasan secara tak langsung dapat melatih diri saya untuk lebih bersabar dan bertolak ansur antara satu sama lain. Ini dapat melatih jiwa kita sebagai seorang leader yang mempunyai penampilan yang sangat ‘firm’.

Dan yang paling best tidak ada isu iri hati dan hasad dengki antara satu sama lain. Malah kami sentiasa memberikan semangat antara satu sama lain malah mendapat perkongsian tips yang best pula tuh.

Secara kesimpulannya, saya sangat bersyukur berada di bawah ‘circle community’ bisnes Shaklee yang sangat best ini. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk sertai ‘community’ kami. Peluang berniaga bersama Shaklee sentiasa terbuka. Jika anda berminat boleh terus hubungi saya sebagai mentor bisnes Shaklee anda!

Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:

Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim

Instagram: @sitiaisahmdibrahim

Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim

Beacon : https://beacons.ai/sitiaisahmohdibrahim

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?