Review & Feedback Blogmegashaklee 1.0 dan Kenapa Nak Lagi #Blogmegashaklee 2.0
Alhamdulillah projek blogmegashaklee 1.0 baru sahaja tamat dengan jayanya. Dan alhamdulillah juga, tidak sangka rezeki projek di blogmegashaklee 1.0 menang hadiah berupa ‘collagen’ Shaklee. Best ke best? Jadi, ‘entry’ kali ini saya nak kongsikan ‘review’ dan ‘feedback’ projek blogmegashaklee 1.0 dan kenapa jadi ketagih nak sertai lagi #blogmegashaklee 2.0 yang sedang berlangsung sekarang.
Sebenarnya tujuan utama saya menyertai program blogmegashaklee 1.0 ni adalah sebenarnya ingin berblogging semula apabila setelah sekian lama blog lama saya sudah hilang dari radar. Sebenarnya, keinginan mahu menulis tu dah lama tersimpan. Tetapi selagi tidak ada first plug yang memaksa kita untuk berblogging makanya ia akan tertangguh.
Jadi dengan adanya projek blogmegashaklee ini dapat memberikan semangat diri ini terutamanya untuk kembali aktif berblogging. Bangkit dari kekecewaan lama lebih luar biasa. Hidup kena teruskan demi ‘goal’ yang mahu dicapai. Menulis ini adalah merupakan satu platform yang sebenarnya kita dapat berinteraksi dengan orang luar lebih lagi berbanding media sosial yang lain.
Wajibkah kena ada kedai blog untuk kenalkan diri kita di platform media?
Setiap platform mempunyai peranan yang berbeza-beza. Kalau ada yang tanya saya, wajibkah kena ada kedai di blog ini? Jawapan saya mudah sahaja.
Jika satu kedai anda tiba-tiba block atau tertutup sekalipun, sekurang-kurangnya anda akan ada ‘backup’ kedai lain. Jadi tak salah untuk anda muncul di semua platform dan aktif untuk ‘visibility’ anda juga bagi anda yang menjalankan perniagaan secara online.
Yang ke dua pula, setiap orang mempunyai kekuatan yang berbeza-beza. Jika kita tak mampu menguasai video sebab untuk yakin bercakap. Tapi mungkin mempunyai kekuatan menulis setelah diasah skilnya. Maka, blog merupakan medium platform yang terbaik selain facebook. Instagram mahupun twitter.
Yang ke tiga pula, melalui menulis juga kita rasa ia adalah terapi untuk diri kita sendiri. Melalui penulisan juga kita mampu melatih menulis. Kita semakin kerap membaca dan sesambil itu dapat menajamkan minda kita untuk ‘self-development’.
Feedback yang saya dapat melalui program blogmegashaklee 1.0.
Melalui program blogmegashaklee 1.0 ini, ia sangat membantu diri kita untuk lebih bersemangat sebab kita buat secara berjemaah. Jadi kita ada support sistem yang kuat. Kita lebih bersemangat dan berlumba-lumba untuk menulis. Secara tak langsung ia boleh mengasah skil penulisan kita.
Dan yang paling seronok sekali, banyak sangat ilmu yang dapat. Dapat tahu teknik dan tricks, macam mana nak cari segala keywords apabila menulis, apa yang perlu kita buat dengan blog kita setelah kita menulis dan bagaimana kita nak naikkan blog kita, walaupun blog masih baru. Rugi kalau tak sertai projek sebegini sebenarnya.
Alhamdulillah saya rasa bersyukur berada bersama dalam projek blogmegashaklee 1.0 dan bukan saya seorang sahaja. Saya lebih bersyukur kerana anak-anak bisnes di bawah T.E.A.M juga turut ambil bahagian bersama- sama dan sekaligus mengaktifkan diri mereka untuk menulis melalui paltform blog ini.
Sertai projek blogmegashaklee 1.0 siap dapat hadiah.
Paling rasa bersyukur apabila ke semua organisasi saya antara yang terpilih juga memenangi hadiah daripada penaja kami iaitu Master Norita Idris yang menghadiahkan kami hadiah produk Shaklee.
Saya juga tak ketinggalan memenangi hadiah berupa ‘collagen’ Shaklee yang bernilai RM 298. Siapa tak seronok?
Semua peserta pulang dengan hadiah hasil daripada penyertaan blogmegashaklee 1.0 ini. Dah lah ‘collagen’ ini ibarat idaman semua para wanita untuk mempunyai kulit yang lebih tegang, berseri-seri dan awet muda. Plus, ‘colagen’ Shaklee mempunyai bahan aktif ‘collagen peptide‘ yang membantu untuk kesihatan kita seperti kesihatan sendi, membantu mengurangkan risiko osteoporosis atau osteoarthritis.
Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya nak ucapkan kepada penaja kami dan moderator kami Master Salwa Zeyn di atas usaha mereka di dalam mewujudkan blogmegashaklee 1.0.
Sekaligus membuatkan kami ketagih dan nak terus menulis lagi. Dan membuatkan kami seterusnya mengambil bahagian untuk sertai program blogmegashaklee 2.0 yang telah diberikan penjelasan tentang syarat penyertaan semalam.
Kenapa saya nak lagi sertai program blogmegashaklee 2.0?
Dengan semangat juang sahabat di dalam circle projek blogmegashaklee ini ia sangat memberikan impak positif untuk saya dan seluruh organisasi terus menulis dan mengasah skil dalam bidang penulisan. Ini juga merupakan salah satu perjuangan kami dalam meneruskan misi sihat dan peluang perniagaan bersama Shaklee kepada masyarakat.
Saya doakan semoga dengan semangat dan momentum secara beramai-ramai ini membuatkan Shaklee akan terus berdiri gagah dan mekar sebagai ikhtiar untuk masayarakat sihat bersama kami.
Sebagai hadiah untuk pembaca, jemput baca entry artikel saya iaitu berkaitan dengan intermittent fasting yang pertama sepanjang program blogmeshaklee 1.0.
#blogmegashaklee1.0
#blogmegashaklee2.0
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:
Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Instagram: @sitiaisahmdibrahim
Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim
Beacon : https://beacons.ai/sitiaisahmohdibrahim