Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

KURUS DENGAN SIHAT

TIPS KURUS DENGAN MUDAH

Selain daripada mengamalkan set kurus shaklee atau set slimming budget shaklee, di sini saya berikan tips untuk kurus dengan cepat. Tajuk yang sangat catchy kan! Semua orang nak kurus. Semua orang nak cantik. Semua orang nak tau petua untuk kurus. Bukan senang nak kurus & tak semua orang mampu untuk keluarkan duit untuk membeli set kurus yang mahal di pasaran. Kita keluar duit beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit pun belum tentu kita kurus. Ini kerana pengambilan set kurus sahaja tidak mencukupi.  Ianya perlu disertakan dengan pemakanan yang seimbang & senaman yang teratur. Ingat, pemakanan yang seimbang ye, bukan berlapar. Alhamdulillah sejak mengamalkan diet yang seimbang, saya rajin mencari tips untuk kurus & ini adalah kompilasi saya. Alhamdulillah berkesan. Anda yang tengah mengamalkan diet seimbang pun boleh cuba try test tips & petua ni ye:

1. Elakkan makanan segera (fast food)
KFC, McD, Pizza Hut…. memanglah sangat-sangat menguji keimanan. Orang Malaysia memang suka makan fast food. Makanan segera harus dijauhi sekiranya anda ingin kurus kerana kandungan kalorinya sangatlah tinggi & khasiatnya hampir tiada.

2. Minum teh + lemon sejuk tanpa gula (ice lemon tea tanpa gula)
Teh & lemon memang sangat berkesan untuk membuang lemak di dalam badan. Green tea is the best. Tanpa gula kerana dalam misi untuk kurus, kita kena kurangkan pengambilan gula. Anda boleh baca kesan buruk lebihan gula terhadap badan di sini. Air yang sejuk menjadi pilihan kerana apabila kita minum air sejuk, badan kita akan menjadi sejuk & terpaksa bekerja untuk kembali kepada suhu yang normal. Dalam proses mengembalikan badan kepada suhu yang normal, pembakaran lemak telah berlaku. 

3. Makan sup
Jika kita nak kurus, boleh amalkan memakan sup. Meehon sup, kuew teow sup, mee sup, sup sayur, semuanya sedap-sedap belaka. Makanan yang direbus & distim juga adalah bagus. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau bersantan.

4. Makan buah
Buah-buahan adalah sangat berkhasiat & sedap. Epal. oren, anggur, tembikai. Kalau kat rumah saya ni, buah feveret adalah pisang. Bila mulut rasa nak mengunyah, daripada kita makan jajan yang tinggi kalori & takde khasiat, lebih baik kita makan buah. Tak payah nak risau pasal kandungan lemak atau gula.

5. Makan sayur
Tiap kali makan nasi, pastikan sayur lebih banyak daripada nasi. Lagi bagus kalau kita suka ratah sayur. Kalau tak suka makan sayur, cuba jadi kreatif. Buat sup sayur & dalam tu letak fishball, fishcake, isi ketam ke. Wallah sedapnya.

6. Makan makanan yang kita tak suka.
Bila makan kat kedai atau memasak, masak makanan yang kita tak suka. Contohnya kalau kita tak suka makan nasi goreng kerabu sebab berperisa sangat, haaaaa order yang tu. Sebab apa? Bila kita tak suka makanan tu, kita takkan makan banyak. Makan sikit je dah kembang tekak. Idea yang bernas kan?

7. Mandi air sejuk sebelum subuh
Say no to water heater. kenapa air sejuk pada waktu subuh? Sebab kalau kita mandi waktu tu, ia akan dapat membunag segala toksin kat dalam badan kita. detoks adalah perkara yang sangat penting untuk kurus.

8. Kunyah makanan sebanyak 40 kali
” Tak mampu lah! Kalau tiap kali suap nak kena kunyah 40 kali, berapa jam nak habis makan sepinggan nasi.”  Kalau anda fikir macam tu, anda yang rugi. kata nak kurus. kalau nak kurus, mesti anda sanggup. Free je pun, tak payah keluar duit.

9. Minum air  kosong dengan banyak
Air kosong. Bukan air manis. Sehari sekurang-kurangnya 3 liter.

10. Sentiasa senyum
kawal emosi. Amalkan gaya hidup yang sihat. Selalu kita dengar orang kata “Bila stress mesti nak makan banyak”. Jadi, hepi-hepilah selalu.

Ini saja tips untuk kali ini. Insya Allah lain kali saya akan share tips yang lain. Selamat mencuba!

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
 Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

One thought on “KURUS DENGAN SIHAT

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?