Lepas makan mesti nak kena ada dessert. Nak kena makan benda yang manis. Kalau tak, rasa tak puas. Atau pun asyik teringin nak makan benda manis je. Teringin nak makan kek. Teringin nak makan ais krim. Bestnya kalau dapat makan Tutty Fruty. Balik kerja ni nak singgah Secret Recipe lah. Siapa ada masalah macam ni sila angkat tangan. Tahukah anda bahawa anda sebenarnya KETAGIHAN GULA @ SUGAR CRAVING. Ramai orang yang mengalami sindrom ketagihan gula tanpa disedari, tak kira lelaki atau perempuan. Jadi, ketagihan gula ni perkara yang baik atau buruk?
Badan kita merupakan satu sistem yang sangat kompleks & canggih. Bila ada apa-apa masalah, semua laporan akan dihantar ke otak & otak akan mengeluarkan signal untuk memberitahu perumah (kita lah tu) bahawa ada masalah dalam badan kita. Untuk kes kita yang ketagihan gula, apa yang berlaku di dalam badan ialah sel-sel badan kita kekurangan nutrisi. Oleh itu, sel telah menghantar laporan kepada otak & sebagai tindak balas, otak menghantar signal kepada kita supaya makan banyak gula supaya dapat membekalkan nutrien yang mencukupi kepada badan. Otak memberi signal kepada kita supaya meningkatkan pengambilan gula supaya sel-sel dalam badan tidak menghadapi masalah kekurangan nutrien.
Ketagihan gula bukanlah sesuatu yang baik untuk diri kita kerana ia akan menyebabkan kita mengambil terlalu banyak gula dalam diet seharian & menyumbang kepada pemakanan tidak seimbang. Berikut adalah 7 sebab kenapa anda perlu hentikan ketagihan gula:
1. Gula bukan makanan. Ia mengandungi sangat sedikit nutrisi yang berharga. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan badan kita terpaksa mencuri vitamin dari organ penting badan yang lain dalam usaha untuk memproses gula berlebihan tersebut. Ia akan menyebabkan badan kita kekurangan nutrisi.
2. Gula adalah menggemukkan. Semua orang tahu rahsia ini. Gula kaya dengan kalori yang akhirnya akan disimpan didalam tisu lemak kita.
3. Gula akan menyebabkan kita gementar (nerveous). Kajian menunjukkan kaitan yang tinggi di antara pengambilan gula yang berlebihan dengan kemurungan, gementar, gelisah, skizofrenia & perasaan tidak keruan yang lain kerana tahap insulin & adrenalin yang tinggi.
4. Gula menyebabkan diabetis, masalah buah pinggang & penyakit jantung. Ini kerana pengambilan gula yang berlebihan akan mengurangkan keupayaan pankreas untuk berfungsi dengan sebaiknya.
5. Gula merosakkan gigi. Ia menyebabkan peningkatan bakteria di dalam mulut & merosakkan enamel gigi.
6. Gula mengganggu sistem imun badan & menyebabkan kita terdedah kepada penyakit.
7. Gula akan menyebabkan wajah kita cepat berkedut.
Oleh itu, ketagihan gula haruslah dirawat dengan cara memastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi agar sel dalam badan kita tidak kebuluran. Bagi anda yang mengalami masalah ketagihan gula, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengambilan SET BASIC SHAKLEE yang terdiri daripada:
Vitalea
VitaLea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di dunia. Asal namanya ialah Vitalize-Mineral dan disingkatkan kepada vitamin, damn perkataan vitamin digunakan hingga kini.VitaLea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA.
B Complex
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap untuk tubuh badan kita.
Vitamin C
Merangsang pembentukan kolagen yang merupakan asas bagi pembentukan sel badan kita.
Anda juga disarankan untuk mengambil ESP Shaklee untuk mendapat kesan yang optimum. Anda boleh baca kebaikan ESP di sini.
Berminat untuk mencuba SET BASIC SHAKLEE? Hubungi saya: