Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Pentingnya Vitamn Untuk kesihatan yang optimum

Perlukah Vitamin Untuk Tubuh yang sihat??

1. Ramai yang berkata kata, kenapa kita perlu ada dengan vitamin ini semua..Tak cukup kah dengan apa yang kita makan untuk keperluan tubuh kita sendiri.
2. Tapi ada juga yang kata, tak da ka vitamin tuk penyakit saya ni(sudah di timpa tangga, baru nak repair.. alamatla jawabnya)
Bila anda berfikir sejenak dengan situasi di atas, situasi yang mana satu kah anda??
Bagi yang kata tak cukup kah vitamin dalam badan kita, ye betul tapi ada tak dengan kesibukan harian kita ni , makan mengikut peraturan dan kumpulan makan dalam piawaian piramid makanan seharian?? dengan kesibukan skrg kita sendiri tak pasti jumlah kandungan makanan yang kita ambil sama ada cukup atau tidak. Betul tak?
Bagi yang kata bila dah sakit baru nak cari vitamin alamatnya memang payah..Sebab sel badan dah trigger dgn penyakit.Jadi vitamin bukan la jalan penyelesaian utk sembuh.Namu anda masih boleh berusaha untuk memperbetul kan sel badan kita supaya kembali normal dan kuat untk melawan peyakit InsyaAllah..Ia perlu di amalkan secara berterusan supaya dengan mengikut peringkat umur kita, badan sentiasa beresedia daripada keadaan yang lebih teruk..
Nak tahu lagi??
Vitamin adalah antara zat yang membina tubuh kita. Tubuh kita terbina oleh jutaan sel yang membentuk organ dan sebagainya.
Kita mendapat vitamin secara semulajadi melalui makanan kita. Secara amnya, keperluan vitamin kita berbeza setiap orang. Keperluan ini juga agak generik untuk setiap bangsa berdasarkan aktiviti, iklim, cuaca dan sebagainya.
Misalnya orang-orang di tempat sejuk makan banyak makanan berlemak, selain dari memberi perlindungan semulajadi kepada tubuh mereka dari kesejukan, kebanyakan tempat sejuk adalah bergunung-ganang. Kegiatan harian memerlukan lebih tenaga dengan aktiviti melawan graviti. Oleh itu walaupun penduduk Switzerland banyak makan keju dan makanan berasaskan tenusu namun mereka tidak gemuk dan tidak terdedah kepada risiko sakit jantung.
Masyarakat khatulistiwa seperti Malaysia, asal makanan kita mengandungi banyak karbohidrat. Ia memang logik jika kita balik ke 100 tahun dulu, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan meneroka, berkebun, berladang… Yang memerlukan banyak tenaga.
Namun berbeza dengan kita hari ini, lebih banyak duduk dari berjalan. Nak bersenam pun kena paksa, tapi masih mengamalkan cara makan yang biasa.
Jadi untuk kesihatan optimum wajar untuk kita menukar menu harian dan aktiviti harian kepada yang lebih sesuai dengan tubuh kita.
Namun di zaman moden ini, bukan itu saja yang harus kita timbangkan. Perkembangan teknologi dan revolusi industri menjadikan kita terdedah kepada pencemaran, radiasi dan sebagainya.
Keadaan ini menyebabkan kita perlukan lebih banyak vitamin untuk kesihatan optimum.
Keperluan RNI digariskan sebagai dos nutrien minima untuk tubuh kita agar menjadi sihat, namun tubuh kita perlukan lebih banyak untuk menjalankan fungsi lain, misalnya vitamin C 75mg cukup untuk mencegah skurvi dan fungsi normal sel, namun bagi kerja-kerja memperbaiki sel, penstabilan dari tindakan radikal bebas dan sebagainya, kita perlukan purata 500mg Vitamin C sehari. Apa lagi untuk tujuan penyembuhan dan kecantikan, dos yang lebih tinggi diperlukan.
Vitamin BUKAN pengganti zat makanan. Untuk kesihatan yang baik, menurut Dr Bruce Miller, kita perlukan – makanan seimbang, bersenam, dan suplemen. Menurut Ibn Qayyim, satu lagi perkara adalah kesihatan jiwa. Jadi 4 elemen ni penting untuk menjadi sihat – Makanan, Senaman, Suplemen dan Amalan Kerohanian.
Bila makan vitamin, niatlah supaya menjadi lebih sihat dan menyahut seruan Rasulullah SAW untuk menjadi hamba yang dicintai Allah – insan yang kuat.
Semoga kita lebih banyak bersyukur dari mengeluh.
Bila sakit, biasanya lebih mudah mengaduh dari mengucapkan “Alhamdulillah”

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?