Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Tips Kempiskan Perut

Senaman Kempiskan Perut

Senaman kempiskan perut. Perut yang kempis sememangnya idaman setiap lelaki & wanita. Dah penat sapu macam-macam produk kempiskan perut, tapi tak juga berkesan. Dah penat amalkan macam-macam petua, perut tak juga berjaya dikempiskan. Sebenarnya, asas utama untuk mengempiskan perut ialah senaman. Tanpa senaman, sia-sia sahaja segala macam produk yang disapu atau dimakan. Tidak dinafikan ada produk kurus yang berkesan untuk mengempiskan perut, contohnya Set Kurus Shaklee (klik untuk baca). Tetapi kesannya mungkin lambat. Walau pun kita dah berjaya kurangkan berat badan sehingga mendapat berat ideal, kadang-kadang bumper di perut masih jelas kelihatan. Malah tak pelik kalau kita tengok orang kurus pun ada yang buncit. Terdapat 4 jenis senaman kempiskan perut yang saya nak kongsi untuk kali ini. Mudah sahaja, hanya 4 langkah, 10 minit sehari. Peralatan yang diperlukan: 

  • Pakaian yang sesuai
  • Jam untuk mengira masa
  • Kerusi
  • Tikar yoga
Untuk mendapatkan senaman yang berkualiti, pastikan anda bersenam dalam keadaan rileks & santai. jangan paksa diri untuk bersenam kerana ia hanya akan menyebabkan otot kita tercedera. bersenam dalam suasana yang tenang & damai. Bagi ibu yang bersalin melalui pemdedahan, lakukan secara perlahan-lahan. Berhenti jika anda merasa sakit atau tidak selesa. Berikut adalah 4 langkah senaman untuk mengempiskan perut yang boleh anda amalkan di rumah atau pejabat :



Langkah 1: Gaya Vakum



Berlutut di atas lantai, membentuk sebuah meja. Pindahkan berat badan ke tangan & lutut. Pastikan belakang badan adalah rata, tidak melengkung. Tarik nafas dalam-dalam sehingga perut menjadi kempis. Tahan selama 3 saat. Hembuskan nafas. Tahan selama 3 saat. Ulang sehingga seminit.

Langkah 2: Gaya Papan


Meniarap. Luruskan kaki seperti gambar di atas. Angkat badan secara perlahan-lahan dengan memindahkan berat ke lkedua-dua lengan. Pastikan badan kita lurus seperti papan. Tahan selama seminit. 

Perhatian: Diperingkat permulaan, mungkin anda tidak mampu untuk bertahan selama seminit. Tidak mengapa. Jangan paksa diri anda. Bila rasa badan tak mampu nak buat, berhenti. Insya Allah, lama-kelamaan anda akan mampu untuk bertahan selama seminit.

Langkah 3: Duduk Berpalang


Duduk diatas kerusi. Pastikan badan tegak. Peha & betis berada dalam posisi 90 darjah. Angkat tangan, pastikan posisi bahu 90 darjah dengan lengan seperti gambar di atas.


Kemudian, angkat lutut kanan & bawa siku kiri ke lutut kanan (bersilang). Rujuk gambar di atas. Selepas itu, angkat lutut kiri & bawa siku kanan ke lutut kiri. Ulang selama seminit.

Langkah 4: Kerusi Kapten


Duduk tegak. Letakkan tangan di sisi seperti dalam gambar.



Tarik & hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada seperti gambar diatas. Tahan selama 3 saat. Ulang sehingga satu minit. Selesai. Mudah saja kan! Untuk mendapat perut yang kempis dengan lebih cepat, anda boleh mengamalkan senaman ini + mengambil set kurus Shaklee. Klik di sini untuk membaca tentang Set Kurus Shaklee.

Hubungi saya untuk mendapatkan set kurus anda.

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?